3 ♡

38 10 0
                                    

TING!

Fokus aku untuk membuat kerja terganggu apabila telefon aku berbunyi. Aku terlupa untuk meletakkan telefon aku di dalam mod senyap.

Tangan aku pantas mencapai iPhone 7 Plus milikku. Tidak berniat untuk membalas mesej daripada sesiapa.

Tetapi dahi aku berkerut selepas membaca mesej yang masuk di lockscreen.

H :
Good luck trial SPM

Huh? Siapa pula ni? Tiada nombor telefon yang tertara memandangkan notifikasi yang masuk ini dari aplikasi Telegram.

Kejap... Aku rasa aku dah boleh agak yang mesej ni datang daripada mana.

Pantas saja aku membalas mesej daripada si 'dia' yang aku tidak kenali ini. Hanya ucapan terima kasih disertakan dengan emoji senyum kepadanya.

H :
How's your paper today?

Aku ada pilihan untuk mengabaikan dia tapi, aku rasa aku tak patut. Jangan tanya kenapa, mungkin diri aku sendiri yang membuatkan aku tidak boleh berhenti menjadi seorang yang peramah. Asalkan dia tak tanya soalan yang bukan-bukan, aku okay.

Me :
Good as well. How about you?

H:
I think I messed up one paper.
My bad, I forgot to introduce myself.
Nama I Harith Uzair. Apa nama you?

Me:
Nisa.

H:
So, Nisa you ambil aliran apa? I student perniagaan.

Me:
Science student but I'm not a top student. I harap you tak fikir semua science student ni budak pandai.

H:
Yea, I will not. I know you all mesti struggle kan?
A lot of pressure from everyone.

Aku mengangguk sendirian, tidak pula aku membalas mesejnya. Dia tak salah dan itulah hakikat seorang pelajar sains. Menjadi pelajar harapan sekolah. Mereka hanya mahukan yang terbaik daripada yang terbaik.

H:
I hope we can be friends.

Me :
Sure.

H:

I guess you're busy right now. Am I right?

I pun nak sambung study kejap lagi.

Wah menarik! Lelaki ni macam boleh baca fikiran aku ke sekarang ni. Aku tak adalah sibuk mana cuma, aku tak mahu diganggu.

Me:
Ya, dan I harap you boleh kacau I nanti.

H:
Okay noted! May I know bila lagi you free?

Me:
I'm not sure.Tapi bukan dalam masa yang terdekat.

H:
Okay, study elok-elok.

Mesej terakhir daripada dia aku biarkan sepi sebelum menutup telefon. Okay, macam mana aku nak terangkan dekat dia yang sebenarnya aku tak ada niat nak tekan bot ni?

Ya, ini adalah match and meet new friends , salah satu bot di telegram. Pada asalnya aku tidak tahu menahu pasal benda ni sehingga kawan-kawan aku buka cerita tentang ini.

Atau dalam kata lain, dia menarik dimata aku untuk dua saat dan aku tak pernah peduli sehingga hari ini. Ya! Hari dimana lelaki entah siapa-siapa approach aku.

Okay, apa-apapun delete account tu dulu! Pengaruh rakan sebaya itu benar! Cukup seorang, aku tak nak ada yang lain lagi.


⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇


KERUSI dihadapan aku ditarik dan diduduki oleh seseorang. Salah seorang rakan kelas aku juga.

"Tak nak share apa-apa ke harini? Biasanya kau ada je cerita." kening sebelah milik Elisha terangkat, seolah-olah tahu bahawa sesuatu telah terjadi.

Atau lebih tepat, ada lelaki yang approach aku di Telegram. Aku mengeluh seraya memeluk tubuhku, bersedia untuk membebel sebentar lagi.

"You know what? Aku tak rasa yang aku suka lelaki tu." jawapan daripada aku membuatkan Tihani mengukirkan senyumannya.

"Oh my god! It's mean kau dah jumpa satu! Tihani, kau dengar tak??? Tak lama lagi Nisa bakal menamatkan zaman single dia! Aku excited!" meja aku digoyangkan sekuat yang mungkin.

Ya, Elisha benar-benar teruja sekarang ni. Aku hanya mampu mencebik bibir sebelum merungut dalam diam.

Bakal lah sangat. Dia tak tahu ke yang aku ni tak tertarik dengan mana-mana lelaki? Bukan tak nak, cuma aku tak mahu melayan. Sekadar kawan mungkin boleh.

"Now tell us.. Siapa nama lelaki yang approach kau tu?" Kali ini Tihani pula sekepala dengan Elisha.

Sebelum ini dia bukannya berminat dengan cerita-cerita macam ni. Entah apa yang merasuki dia ni sampai dia nak tahu benda-benda macam ni.

"Harith Uzair. Sebaya dengan kita. Dia cuma cakap nak jadi kawan je dan aku tak rasa yang kita orang akan pergi ke peringkat seterusnya." balasku selamba.

Menunjukkan yang aku sangatlah tidak berminat untuk bercinta buat masa sekarang.

"Hmm kau orang kenal lah hati budi masing-masing dulu lepasni dah boleh proceed step seterusnya. Lepastu merasalah nasi minyak, uhm sedapnya! Kan Tihani?"

Tihani mengangguk laju, bersetuju dengan apa yang Elisha katakan. Iya, teruskanlah dengan kau orang punya harapan tu.

"Aku risau kau rasa nasi minyak Nisa dengan orang lain je ni."

Pantas Tihani dan Elisha menoleh ke arah Haura yang tiba-tiba sahaja muncul. Entah dari mana dengan buku dan kertasnya.

Haura yang terasa diperhatikan lama mengangkat muka memandang Tihani dan Elisha.

"Apa? Aku cakap je."

Tihani dan Elisha menoleh kearah aku semula. Aku hanya sekadar mengangkat bahu. Tidak berminat untuk berkata apa-apa.

"Explain lah!" serentak Elisha dan Tihani menjerit kecil kearah aku.

Aku tidak memberikan respons lain, hanya sekadar tersenyum kecil. Malas aku nak layan dua ekor ni. Makin lama makin sakit otak.

Untuk pengetahuan korang, Elisha dan Tihani punca semuanya. Entah apa lagi lah budak dua ekor ni nak sebarkan lepasni.





BERSAMBUNG...

P/S : Dah baca jangan lupa vote dan comments okay! thank you sebab sudi singgah dan baca 🥰

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now