9 ♡

30 6 0
                                    

"NISA― Ya Allah aku ingatkan kau tak nak bangunlah tadi. Berpuluh-puluh kali aku ketuk pintu kau, tak menyahut! Ingat tidur mati lah tadi."

Haura memeluk tubuhnya dan memandang tajam kearah aku yang masih lagi sibuk membetulkan shawl jersey yang aku selimpangkan begitu sahaja.

"Sorry, terlajak tidur tadi. Maklumlah cuti." beg galas kecil aku bewarna pintu aku bawa. Kad kunci pintu bilik aku selitkan di dalam beg tersebut.

"Kau drive boleh? Perut aku tengah cramp ni. Sedap juga kan kalau dapat makan bihun tomyam panas-panas harini?"

"Eh kau ni! Menyempat lagi kan?" Haura menjeling kecil kearah aku. Aku hanya ketawa kecil sebelum melangkah berlalu kearah lif.

Teringat pula kejadian tengahari tadi. Ugh! Lelaki tidak dikenali itu tiba-tiba sahaja bermain di fikiran aku. Sakit hati sebab dia gelarkan aku budak kecil. Apa kau ingat muka aku ni macam budak-budak bawah umur ke?

Sampai di ground floor kaki aku pantas melangkah keluar dari perut lif tanpa menunggu Haura.

"Eh? Budak kecik! Nak pergi mana tu?" mata aku membulat apabila aku mengecam suara lelaki itu. Dia lagi?! Sibuk pula lelaki ni nak tahu aku pergi mana. Lelaki ni memang tak ada kerja ke macam mana?

Apa dia buat dekat ground floor ni? Aku menjeling tajam kearah lelaki tersebut yang masih tidak lekang dengan senyuman. Alis keningnya yang elok terletak, mata lelaki itu kelihatan lebih bulat berbanding pertama kali aku berjumpa dengan dia. Anak mata dia yang bewarna hazel juga menambah aura seorang lelaki itu.

Alamak! Bahaya! Ini sudah melebih kalau pandang lelaki stranger tetapi segala pujian yang keluar di dalam hati.

"Budak kecil tengah termenung apa? Aku kacak sangat ke malam ni?" Rambut lebat lelaki itu yang terletak kemas dikuak kebelakang.

"Saya? Termenung sebab awak ni kacak sangat?? Minta simpang ya! Lagipun, encik buat apa dekat sini? Encik ikut saya ya?" aku menjungkitkan kening aku keatas. Haura yang baru sahaja tiba disebelah aku menyenggol bahu aku lembut.

"Siapa ni? Pengganti baru ke?" Haura menilik sekilas lelaki itu dan aku boleh agak yang pandangan dia agak berpuas hati dengan pemakaian lelaki itu.

"Lah, budak kecil datang dengan kawan ke dekat sini? Cantik betul kawan budak kecil ni." aku menarik nafas dalam, sedaya upaya untuk tidak menghamburkan amarah kepada lelaki ini.

Lelaki itu tergelak kecil melihat gelagat aku ketika ini. Ha! Gelak selagi mampu, gelak-gelak!

Haura disebelah aku pula sudahpun tersipu-sipu malu. Jarang Haura begini dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

'Sukanya orang puji kita! Bukan selalu kena puji macam ni hohohohoho'

"Encik, pernah dengar tak kalau perempuan tengah lapar jangan cari pasal dengan dia?" tiba-tiba saja Haura bertanya tetapi aku agak itu lebih kepada amaran supaya jangan menyakat aku. Dah lah tengah lapar ni!

"Pernah baca tapi tak pernah rasa nak tahu dengan details. Maklumlah aku ni terlalu single dan terlalu sibuk untuk tahu. Kenapa? Ada gunung berapi bakal meletus ke?"

"Bingo!" serentak dengan itu Haura memetik jarinya.

"Alamak! Bahaya ni! Apapun aku rasa lebih baik aku pergi dulu sebab takut ada gunung eh― bukan-bukan. Sebab aku ada urusan dengan kawan aku. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi." Takut-takut lelaki itu memandang aku. Tahu takut! Aku rasa macam nak luku kepala lelaki yang berada di hadapan aku ini.

Haura pula elok sahaja dia melambaikan tangannya kepada lelaki ini. Lah, kawan aku yang seorang ini dah kenapa? Buang tebiat ke apa?

"Kau tak bagitahu aku ya jumpa lelaki kacak harini! Tak nak share tapi sombong!" bahu aku dipukul lembut oleh Haura.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now