"JAUH betul abang kita seorang ni usya buah hati dia ya. Kalau dah tahu diri sendiri tu senang cemburu, apa kata pergi je dekat khemah tu dan dengar sekali apa yang dibincangkan. Tak gitu?"
Hamza menghampiri rakan baiknya itu . Dari jauh lagi dia perhatikan Ershad sebenarnya. Haura pula ada saja disisinya tetapi gadis itu lebih selesa untuk berdiam diri.
Seakan-akan perasan diri ini tertangkap, lelaki ini pantas mengeluarkan telefon pintar miliknya di dalam poket.
Seolah-olah dirinya tidak terkesan dengan teguran Syed Erman Hamza itu tadi.
"Stop pretending like you don't care at all, Syed Muhammad Aiden Ershad. You know what I meant." kali ini nada suara Hamza tidak seperti tadi.
Jika tadi nadanya lebih kepada mengusik, kali ini suara lelaki itu lebih kepada tegas. Melihatkan tiada respon daripada Ershad sendiri membuatkan lelaki ini mendengus kasar.
"Ya Allah sesuai pula aku tengok tentera tu dengan Nisa. Betul tak sayang?" Haura disebelah sudah menjengilkan mata kepada Hamza. Ternyata lelaki ini sedang menjolok sarang tebuan. Memang cari nahas!
Tetapi lakonan tetap lakonan! Dia perlulah menyokong tunang kesayangannya ini untuk melancarkan misi yang telah dirancang semasa memetik buah mangga tadi.
Ya, sesi memetik buah mangga kali ini tidak kosong!
Pelbagai rancangan telahpun direka khas oleh Hamza, Haura dan Natasya. Athylia pula? Dia awal-awal sudah tarik diri tidak mahu terlibat.
Katanya, abang dia itu adalah sumber bank bergerak jadi dia tidak mampu untuk mengkhianati lelaki itu.
"Haah! Comel je saya tengok Nisa dengan tentera tu. Rapat betul, macam dah lama kenal je. Uish! Tak apa ke dia buka topeng dia macam tu, sayang?! Eh! Handsomenya lelaki tu!"
Dahi Ershad berkerut saat Haura pula bersuara. Hendak tak hendak kepala lelaki itu diangkat seketika. Matanya tajam mencerlung kearah khemah tempat Nisa dan Natasya berada.
"Sayang... Behave!" mata Hamza menjeling tajam tunang kesayangan yang berada disebelahnya itu.
Tidak dapat dinafikan, lelaki itu mempunyai aura yang tersendiri. Biarpun hanya mengenakan t-shirt bewarna hitam dan seluar cargo bewarna hitam . Tidak lupa juga topi yang menutup kepalanya.
Mask hitam dipakai semula pada wajah lelaki itu. Tag nama lelaki itu diperhatikan oleh Ershad daripada jauh.
Perlahan-lahan langkah dibawa kearah mereka sebelum dia berhenti disebelah gadis itu.
Gadis yang menarik perhatiannya sejak sekian lama. Kehadiran Ershad di situ membuatkan mereka bertiga berdiam diri buat seketika.
"Err... Kenapa ya, tuan?" lelaki itu sekadar menggeleng kecil. Dia membuat isyarat supaya mereka meneruskan perbualan seperti biasa. Buat sahaja seperti dirinya ini tidak wujud.
Malangnya, kehadiran Ershad seperti magnet kepada orang awam yang lalu di hadapan khemah ini.
Sekali pandang terpaku, dua kali pandang mereka pasti akan berhenti dan berborak sesama sendiri.
"Rasanya tak ramai orang pun tadi. Saya minta diri dulu ya. Ada kerja nak buat."
Nisa hanya mengangguk akur manakala Natasya disebelah sudahpun lesap bersama dengan lelaki tersebut untuk menghulurkan bantuan.
Bukan kali pertama dia datang membantu seperti ini.
Sesekali, mata Nisa mencuri pandang kearah wajah Ershad. Perasan diri seakan diperhatikan, Ershad memandang kearah gadis ini tetapi pantas sahaja dia melarikan pandangan.
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...