18 ♡

14 2 0
                                    

"AMANDA masuk dulu. Papa nak jumpa dengan kenalan lama papa ni. Dah lama rasanya sejak kali terakhir papa dapat beborak dengan dia."

Amanda mengerutkan dahinya. Kenalan papa? Selalunya kenalan papa mesti usahawan yang umurnya lingkungan 40 tahun keatas.

Mungkin usahawan muda yang berjaya? Lambat-lambat Amanda mengangguk dan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

Beberapa kali juga dia menoleh kearah papanya. Papanya hanya sekadar mengukir senyuman kepada anak gadisnya itu.

"You grew up so well, Aiden. Pandai juga perempuan tu jaga kamu dengan baik."

"Dan perempuan tu ada nama. Apapun yang kau rancang, you better step away from her. Kalau aku tahu kau sentuh dia walaupun seinci, aku akan pastikan kau menyesal. Mark my words."

Lelaki tua ini tergelak sinis mendengar ugutan daripada Ershad. Bukan kerana takut tetapi terhibur akan nada suara Ershad yang cuba berlagak untuk kekal tenang.

"Banyak yang kau belajar waktu belayar dekat atas kapal tu? Kau ugut atau kau cuba berunding dengan aku sebenarnya."

Tawa halus meletus dicelah bibir Ershad.

"I object to use violence because when it appears to do good, the good is only temporary but the violence? It's permanent. Nothing good ever comes to violence. Tapi aku tak pernah kesah lakukan keganasan pada mereka yang menganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara. Let just say, it is a fair situation. Kau buat jahat, you deserves what you done."

"Ingatkan kau dah lupa visi dan misi kau." Mata lelaki ini tertumpu kearah kereta Mercedes AMG-GT yang elok terparkir di hadapan rumahnya itu.

Atau lebih tepat lagi, kepada gadis yang berada di dalam perut kereta tersebut. Hujung bibirnya naik membentuk sebuah senyuman.

Senyuman yang penuh dengan makna.

"Thanks to you. Disebabkan oleh kau, aku belajar untuk sedia berkorban."

Kotak memori lelaki ini terbuka luas. Entah mengapa dia teringat saat dia ditinggalkan oleh ayahnya bersama dengan ibu dan adik perempuannya itu.

Bagaimana ayahnya membiarkan mereka bertiga hidup terkontang-kanting. Antara salah satu sebab mengapa Ershad memilih untuk berkhidmat kepada negara. Dia hanya mahu meringankan beban ibunya.

Mujur ayah tirinya ada bersama dengannya sewaktu ibunya memerlukan tempat perlindungan.

Tanpa kata penutup, Ershad melangkah pergi. Sempat juga dia menangkap kata-kata lelaki ini.

"Kau sentuh usaha aku untuk hidup senang selama ni, aku akan musnahkan dunia kau, Leftenan Syed Muhammad Aiden Ershad bin Syed Aidil Eimran."

Sisi tangannya dikepal tetapi wajahnya tetap kekal tenang, menuju kearah kereta miliknya. Hamza dipandang sekilas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta miliknya.





⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇





"AWAK okay ke?" entah kenapa dalam banyak-banyak soalan, aku tanya yang itu juga.

Walaupun pada dasarnya Ershad kelihatan sangat tenang pada pandangan mata kasar aku, disebaliknya tiada siapa yang tahu.

Apa yang aku dapat teka, Ershad sangat suka untuk menyembunyikan masalahnya daripada orang lain, atau mungkin dia tidak mahu membebankan orang lain dengan masalahnya sendiri.

"Saya okay je, Sya. Nothing to worry about." Matanya fokus memandang kearah jalan raya.

Itu kata dia. Aku rasa aura dia lain sejak balik daripada rumah Tuan Aidil tadi. Rasa macam ada yang tak kena pula.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now