"AWAK ni dah kenapa? Gila ke apa?!" perasaan marah aku kepadanya tak dapat ditahan lagi.
Lelaki ini hanya mengusap lehernya sebelum mengukirkan senyuman kepada aku. Ya Allah, dia boleh senyum lagi!
"Abang tumbuk dia balik tu kenapa? Abang mana pernah tumbuk orang sebelum ni kan?" Athylia berkata perlahan sebelum lengan abangnya ditepuk kuat.
Buang tebiat ke apa lelaki ini tiba-tiba sahaja. Selalunya, kalau dia kena pukul sekalipun dia redha tapi kali ini...
Fuh! Lain macam betul abang dia harini. Kena sampuk ke apa?
"He deserves it." mendatar saja suara Ershad ketika itu.
Bahagian tepi bibirnya pecah dan berdarah . Rahang pipinya itu juga menunjukkan warna kebiruan. Mana tak lebamnya kalau dah bertumbuk.
"Haura, ambil first aid kit dengan ice pack dekat dalam bonet kereta kau." Haura yang mendiamkan diri dari tadi bersama jagung manis di dalam cawan itu hanya akur mendengar arahan aku.
"Duduk dekat bangku sana boleh. Dekat sini kurang pencahayaan jadi saya tak nampak luka awak." dahi lelaki itu berkerut tetapi dia tetap akur.
Berjalan menuju kearah bangku yang berdekatan. Kini aku dapat lihat dengan jelas, rahang pipinya semakin jelas kebiruan dan bibirnya mengalirkan darah yang banyak.
Besar impak kena makan penumbuk percuma daripada Uzair tadi. First aid kit yang dihulurkan oleh Haura aku capai.
Tisu antiseptik, putik kapas, antibiotic ointment, strile bandage, lipbalm, ubat tahan sakit dan juga ice pack aku keluarkan. Hand sanitiser aku titiskan pada tapak tangan dan ratakan. Glove yang berada di dalam first aid kit juga aku cakap dan sarungkan pada tangan.
"Nurse atau ahli bulan sabit merah dulu?" tanya dia secara tiba-tiba.
"Nurse." jawab aku sepatah sebelum mula melakukan kerja aku yang sepatutnya.
Melihatkan dia hendak membuka mulut untuk bertanyakan soalan lagi membuatkan aku berdecit kecil.
"Diam sekejap. Saya nak buat kerja saya. Ambil ice pack ni, letak dekat rahang awak. Dah mula nak membengkak." walaupun tidak jelas tapi aku masih boleh dengar dia ketawa halus buat beberapa saat sebelum mendiamkan diri.
Tisu antiseptik aku capai dan membersihkan luka pada bahagian tepi bibirnya. Ini dapat mengelakkan daripada luka tersebut daripada dijangkiti kuman.
Kemudian, putik kapas aku capai bagi menghentikan pendarahan di sekitar kawasan bibir milik lelaki ini. Setelah memastikan darah di bahagian luka itu berhenti, aku mencapai antibiotic ointment (salap antibiotik).
Bahagian tepi bibirnya aku sapukan dengan lapisan nipis antibiotik ini. Lebihan pack ice aku capai dan tekap pada sisi bibir dia.
"Dah siap ke? Boleh saya bercakap?" Ershad bertanya. Aku mengangguk kecil . Mata dialihkan memandang pemandangan di hadapan.
Haura, Hamza dan Athylia nampaknya sudah lesap. Bayang-bayang mereka juga tiada. Hanya pengunjung luar bersama keluarga ada pula yang bersama dengan pasangan masing-masing.
"Siapa lelaki tadi?" aku menoleh seketika kearahnya sebelum memandang kearah lain.
"Kawan lama."
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...