"JADI, kisah kau dengan dia tergantung macam tu je?" aku mengangguk perlahan, mengiakan kata-kata daripada Athylia.
Mendengarkan keluhan daripada dia membuatkan aku tersenyum kecil. Aku tahu, dia sedih.
"Jangan risau, dia cuma tinggal kenangan. Kenangan yang mungkin tak patut lagi kita ingat sebagai sebuah memori. Biarkan dia berlalu, lagipun aku rasa dia layak bersama sesiapa sahaja yang dia mahu. Dia cuma nakkan aku, bukan perlukan aku."
Athy memandang kearah aku lama sebelum memandang ke hadapan semula. Haura di sebelah sudah lama menghilangkan diri. Katanya mahu membeli aiskrim.
Ombak yang perlahan membadai di persisiran pantai aku renung . Banyak nikmat yang aku dustakan selama ini.
Kenapa perlu sedih dengan kehilangan lelaki yang belum sah menjadi milik kita? Aku hampir alpa dengan semua nikmat di dunia ini sehingga aku lupa akan larangan Allah yang satu itu.
Larangan supaya menjauhi zina. Sesungguhnya aku adalah manusia yang lemah. Yang selalu jatuh dengan godaan syaitan.
"Kadang-kadang aku terfikir, macam mana kalau dia masih cari kau lagi? Kau akan terima dia ke, Nisa?"
"Kalau dialah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz, ya aku akan terima dia dengan hati yang terbuka. Tapi, entah kenapa hati ni susah sangat nak terima Uzair. Aku tak rasa aku diciptakan untuk dia tapi aku siapa untuk menidakkan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah ."
Athylia memandang aku. Kali ini mata dia seakan tidak berkelip membuatkan aku menoleh juga kearah dia.
"Apa?" pertanyaan daripada aku disambut dengan tawa kecil daripada Athylia.
Budak ni memang mudah terhibur tapi bila diingatkan balik kata-kata aku tak ada apa yang lawak.
"Bila aku fikir balik kan, kau ni sebijik macam abang aku tu. Masa dia mula-mula yakin yang dia bakal berkahwin dulu dan dia rasa cinta pertama dia tu diciptakan untuk abang aku, dia pernah cakap kalau mereka tak ada jodoh, dia tak akan menidakkan takdir."
Dahi aku berkerut seketika. Abang dia pernah bertunang sebelum ni?
"Abang kau pernah bertunang?" Athylia mengangguk membenarkan sangkaan aku.
"Dah lama tapi mereka putus di tengah jalan. Nak dipendekkan cerita, bukan semua orang boleh terima dengan lelaki yang berkerja sebagai tentera laut. Abang aku dah plan untuk apply kerja dekat office tapi disebabkan dia kecewa, dia teruskan dengan kerja dia yang sekarang."
Aku mengangguk perlahan. Complicated tapi itulah realiti sebenar. Jika aku berada di tempat perempuan itu, aku juga mungkin sama seperti dia.
"Tapi kau jangan risau. Aku jamin, dia tengah single sekarang ni."
"Excuse me? Ada aku cakap apa-apa pasal abang kau ke?" Aku menjeling wajah Athy tajam apabila dia hanya mentertawakan aku. Seronok dia kenakan aku harini.
"Oh ya, kau dah fikir ke nak apply kerja kat mana?"
"Dah fikir. Kau jangan risau. Aku tinggal fikir nak kahwin dengan siapa je nanti."
"Mungkin dengan I."
Aku pantas menoleh kebelakang apabila suara seseorang mencelah. Daripada duduk, aku terus berdiri. Athylia juga sama, berdiri bersebelahan dengan aku.
"Kan saya dah bagitahu awak, jangan ikut saya lagi. Bahagian mana yang awak tak faham atau kurang faham?" lelaki ini merenung kearah aku tajam. Senyuman yang terukir di bibirnya itu perlahan-lahan memudar.
"Bahagian yang awak dengan saya tak boleh bersama dan tak akan bersama!"
Suaranya meninggi sehingga menarik perhatian beberapa pengunjung yang duduk berkelah di tepi pantai pada waktu malam ini.
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...