14 ♡

21 1 0
                                    

"TAK nak tambah lagi nasi ke, Nisa? Umi masak banyak ni. Kalau awak nak bawa balik pun umi boleh tolong bungkuskan untuk Nisa."

"Tak apa umi. Perut kita ni kecil je umi, makan sikit pun dah kenyang. Umi janganlah susah-susahkan diri nak bungkus makanan untuk Nisa. Nisa rasa bersalah pula dengan umi."

Aku menunduk segan. Pinggan yang telah kosong aku tolak ke hadapan. Air teh panas yang dihidangkan oleh umi juga masih tidak disentuh oleh aku. Kenyang sangat! Macam nak meletup perut ni.

"Berbeza betul kamu ni dengan Ershad dan Athylia. Dua-dua ni pelahap, jenis makan tak ingat dunia. Tengok tu, daripada tadi lagi umi tengok asyik menambah saja."

Umi menggeleng kecil melihat kelakuan Athylia dan Ershad. Entah kali keberapa agaknya mereka menambah nasi lemak yang dimasak oleh umi.

"Umi kena faham, kalau Shad tak tambah nanti jadi membazir. Bila membazir nanti kita terikut amalan syaitan. Ershad tu masih nak jadi manusia lagi ni umi. Dia tak mahu daftar jadi ahli mahkluk-makhluk bertanduk tu."

Bukan Ershad yang berbicara, malah Hamza pula yang mencelah. Pantang nampak kawan dia ni senang sikit, ada sahaja perkara yang hendak dibalahkan. Mujurlah mereka bukan dalam satu unit yang sama.

Lengan sasa Hamza yang berlapikkan kemeja ditepuk kuat oleh Haura supaya lelaki ini berhenti mengusik sahabatnya lagi. Ada saja perkara yang hendak diguraukan olehnya.

"Betullah apa yang abang Hamza tu cakap, umi. Nanti kalau lauk tak habis, umi juga yang mengeluh. Masa abang posting jauh pun umi tak ada mood nak masak banyak-banyak. Bila abang dah balik, fuh! Macam buat kenduri."

Athylia sengaja menokok tambah apa yang dikatakan oleh Hamza. Jelingan manja diberikan oleh umi kepada anak perempuan kesayangannya itu.

"Pak cik tak ada ke mak cik?" soalan daripada Haura itu berjaya membuatkan seisi ruang makan itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

Hamza menarik nafas dalam sebelum berbicara dengan nada yang perlahan.

"Maaf, umi. Hamza tak sempat nak beritahu pada Haura lagi." Wanita separa abad itu hanya tersenyum kecil seraya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak apa lah Hamza. Umi faham. Kan Ershad?" lelaki ini hanya mengangguk sebelum bangun untuk meminta diri.

"Haura salah cakap ya umi? Haura minta maaf ya. Tak ada niat pun nak tanya soalan sensitif macam tu... Haura tak tahu pula yang pak cik dah meninggal—"

"Eh! Bukan meninggal sayang!" terbeliak mata Haura seraya menekup mulutnya. Hamza pula sudah menepuk dahi dengan tingkah laku tunangnya yang gelabah itu.

"Ayah aku tak meninggal. Cuma itulah, malas nak cerita." aku hanya setia menjadi pendengar.

Lama juga masa yang diambil oleh kami berbual di meja makan. Sedar-sedar sahaja, jam yang tergantung pada dinding ruang makan telah menunjukkan tepat pukul 8:00 pagi.

Setelah puas dilarang oleh Athylia dan juga ibunya, aku perlahan-lahan mengorak langkah menuju ke beranda luar.

Hamza dan Haura pula sibuk hendak memetik buah mangga yang telah masak. Natasya pula sedang berbual bersama Athylia di dapur. Yang peliknya aku dihalau, Natasya pula yang diheret bersama masuk ke dapur.

Mata aku tertumpu kepada seorang lelaki yang segak berbaju uniform bewarna putih. Tangan kanan milik lelaki itu pula dihiasi dengan jam tangan berjenama Rolex . Disisinya pula terletak topi milik lelaki itu.

Lelaki ini hanya sekadar memandang hadapan. Seakan-akan sedang termenung memikirkan tentang sesuatu.

"Assalamualaikum, tuan." tersentak lelaki ini saat aku memberikan salam kepadanya.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now