TING !
Telefon yang terletak diatas meja belajar aku menarik perhatian aku. Getah rambut yang berada di pergelangan tangan aku capai. Rambut panjang separas pinggang aku sanggulkan keatas.
H:
Jangan lupa, we do have a plan tomorrow!Oh ya! Genap 7 bulan kami berkenalan dan berkawan dan kami bercadang untuk berjumpa bersama. Sudah tentu bukan berdua.
Me :
Iya, tak lupa.Aku membalas mesejnya ringkas. Ada kertas-kertas dan buku-buku yang perlu aku asingkan untuk dijual.
H:
You busy eh sekarang ni?
Selalunya panjang je you balas mesej I.Aku duduk di birai katil apabila dua kotak yang berisi kertas dan buku sudah siap disusun. Tangan aku pantas membalas mesej daripadanya.
Me:
Sibuk sikit sebab tengah asingkan barang-barang lama yang dah tak guna.
Dah habis SPM dah pun. Simpan buat apa? Bukannya ada adik pun.H:
I see. I baru nak minta pendapat you nak pakai baju apa.
Pendapat apa pula dah Uzair ni. Rasanya kami mahu ke IOI City Mall bukannya Milan Fashion Week. Pakai sajalah apa yang dia nak, t-shirt atau kemeja biasa.
Me:
Pakai je lah baju apa-apa.H:
You know me. I jenis yang insecure.
Apa kata kita matching-matching esok nak tak?Me :
Esok I pakai baju baby blue. It's up for you nak pakai apa. I tak kisah.H:
Ish you ni cuba bagi cadangan sikit nak pakai apa.Aku memincingkan mata aku tajam kepada balasan mesej daripadanya. Pakai je lah apapun. Bukan orang dekat mall tu nak judge dia pun! Kalau ya, maksudnya orang tu memang tak ada kerja lain.
Me :
Cadangan ditutup. Fikir sendiri.Pantas aku meletakkan phone aku diatas katil. Beberapa notifikasi yang masuk aku abaikan. Ada kerja yang perlu diselesaikan lagi.
Kotak berisi buku aku angkat dan bawa ke ruang tamu dan disusun dengan rapi.
"Berseri je wajah tu. Ni mesti lepas chat dengan boyfriend kan?" aku sekadar menjelingnya tajam.
"Diam tanda setuju. Wah, dah berjaya menamatkan era single. Tahniah aku ucapkan." Ameer ketawa apabila tiada respon daripada aku.
Aku hanya menjeling abang kedua aku apabila dia melihat wajah cemberut aku. Entah apa yang dia sukakan sangat tu. Malas nak layan anak kedua ni. Selalunya anak kedua ni memang pelik sikit.
"Aku ada beberapa nasihat untuk kau sebelum kau bercinta dengan dia Nisa."
Dengan muka yang terpaksa, aku labuhkan juga punggung disebelah abang aku. Nak atau tak nak, dengar sajalah sesi kaunseling secara percuma daripada dia ni.
"Pembetulan sikit yang abang Ameer ku yang kacak lagikan manis. Dia bukan boyfriend Nisa ya.. Nisa anggap dia sebagai kawan saja."
"Tapi, aku nampak yang muka kau excited tiap kali baca mesej daripada dia." aku terdiam.
Aku tak dapat nafikan yang aku pernah rasa berdebar setiap kali dia menghantar pesanan kepada aku. Terkadang, aku rasa seperti aku tertunggu-tunggu pesanan daripada dia.
"Kau tak nafikan, Nisa. Bermakna aku betul. Satu je aku nak pesan. Jangan pernah jatuh disebabkan oleh seorang lelaki. Aku tak kenal dia jadi aku tak berhak untuk cakap lebih mengenai dia. Aku cuma nak kau tahu, kalau bukan dia orangnya, sentiasa akan ada yang lebih baik lagi buat kau. Okay?"
Aku sekadar mengangguk kecil. Terkadang aku tertanya. Betul ke aku sukakan dia atau perasaan aku ni hanya untuk menutup kenyataan betapa seksanya sebuah penantian?
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇
"Thanks for today! I really enjoyed our moment together walaupun banyak langau dekat sini." Uzair menguak rambutnya kebelakang.
Aku hanya mengangguk kecil. Entah apa yang perlu dibalas tika ini. Aku menjatuhkan pandangan kearah pasangan suami isteri yang sedang berjalan bersama.
"Ohh ya, I tak boleh berlama dekat sini. You nak balik pukul berapa?" aku bertanya. Tangan melihat kearah jam yang dipakai di pergelangan tangan kiri aku.
"I balik lambat sikit. Kawan-kawan I nak cari barang sikit dekat sini." balas Uzair sambil menoleh kearah kawan-kawannya yang berada tidak jauh daripada kami berdua.
"Nisa! Jom kita balik, kakak aku dah sampai." pantas saja tangan Haura memegang sisi tangan aku. Haura menjeling kecil Uzair apabila dia memandang kearah aku semula.
"Nak I hantarkan you tak?" aku menggeleng kecil, tanda tidak mahu dihantar. Uzair berdecit kecil apabila pelawaannya ditolak aku.
"Sampai parking lot, then I go. I promise you." Belum sempat aku mengangguk, Haura yang berada di sebelah sudah menarik tangan aku terlebih dahulu.
Sempat aku menoleh ke belakang dan melambaikan tangan kepadanya.
"I told you, he's a bad news Nisa. Bad news!" Haura masih lagi mengumam kecil di sebelah aku dan pantas saja langkah di bawa menuruni escalator.
"Haura, cuba kau tenang sekejap. Dia tak buat apa-apa pun dekat aku. Dia okay je kan tadi? Kau je yang cari pasal dengan dia dari tadi" balas aku, masih menyebelahi Uzair.
"Yeah, I don't think I'm a bad news afterall , kawan Nisa. Boleh aku tahu kenapa kau tak suka aku dekat dengan Nisa?"
Rasanya kami berdua hampir sahaja tersungkur apabila melangkah turun daripada tangga escalator kerana terkejut. Aku tak sangka dia ikut!
"Kau buat apa lagi dekat sini? Kan kami kata kami nak balik, Nisa pun dah cakap tak payah ikut." Haura mendengus geram apabila Uzair masih lagi mengikuti kami daripada belakang.
"I'm here for Nisa, not for you. Anti betul kau dengan aku harini. By the way Nisa, I think you missed something." langkah aku terhenti dan menoleh kearahnya semula.
"Here. Gambar tadi, you lupa nak ambil." Dia menghulurkan gambar yang kami ambil bersama di KPIX selfie photobooth tadi.
"I'm sorry my bad! I lupa sebab I dengan dia rushing nak balik. Thank you, Uzair dan maafkan I dengan perangai kawan I ni ya. Tiba-tiba saja moody tadi bukan main excited lagi." aku menjeling Haura kecil sebelum memasukkan gambar bersama plastik tadi ke dalam beg.
Macam biasa Haura selaku pencegah maksiat tidak berbayar menarik aku meninggalkan dia bersendirian dan langkah dibawa menuju ke parking lot.
"I don't like him. Aku boleh rasa yang dia ni bad news untuk kau, Nisa. Eii aku lagi ship kau dengan abang laut kau yang tak pasti tu tahu tak? Ingat, aku tak restu kau orang berdua tahu! "
Aku hanya mengeluh kecil. Haura lah yang paling excited saat aku mahu berjumpa dengan Uzair tetapi perjumpaan kami berakhir seperti ini. Aku tak boleh nafikan, terkadang instinct Haura sangat tepat mengenai orang yang dia baru jumpa atau kenal.
"Haura, tak ada lagi aku dengan abang laut. Mustahil tahu tak? Mustahil. Kenapa nak kena kejar seseorang yang tak pasti? Jangan mula ya Haura. Aku malas nak layan kau harini."
Aku masuk ke dalam kereta dan menyandarkan tubuh aku. Gambar yang tersimpan di dalam beg aku tadi aku keluarkan.
Betul ke aku dah mula sayangkan kau, Uzair?
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...