17 ♡

10 1 0
                                    

PAKAIAN seragam yang bewarna putih kini elok terletak di badan aku. Jam tangan besi yang terletak diatas meja pula aku capai sebelum memakainya pada pergelangan tangan kiri.

Tiba-tiba rasa bersemangat pula hari ini untuk aku meneruskan rutin harian seperti biasa.

Ting!

Mesej yang tertara pada lockscreen telefon pintar milik aku, aku baca.

Name : Wan Nur Bella Emelda
Age : 66 years old
Gender : Woman
Status : Disoriented (Patient not be able to remember themselves and the day or night time)
Health issues : Body temperature up to 38°C, headache, loss appetite and shivering. Hyperglycemia.

Location of the house

Aku mengangguk kecil sebelum menekan lokasi rumah yang telah dihantar kepada aku. Kawasan perumahan elite. Pasti kawalan keselamatan disitu juga dikawal dengan sangat ketat dan rapi.

Tidak lupa akan pesanan Ershad, aku membuka aplikasi Life 360 untuk mengetahui keberadaan kami semua. Itu termasuklah keberadaan Haura dan juga Hamza. Risau jika ada sebarang kemungkinan yang buruk boleh berlaku.

"Dah siap ke belum tu?" kedengaran suara Puan Syafira, ibu aku memanggil di depan pintu bilik aku.

Tombol pintu bilik aku capai sebelum membuka pintu itu dengan luas. Beg galas bewarna merah jambu juga sudah selamat berada di bahu aku.

"Dah! Mama, jangan lupa tau. Harini kita ada tetamu. Nanti bagitahu abah sekali, takut abah lupa pula."

"Iyalah adik. Ni mama ada sediakan bekal untuk awak. Jangan lupa makan pula ya. Awak tu sibuk sangat jaga orang sakit, jangan sampai diri sendiri pula yang sakit nanti."

Bekas Tupperware serta botol air berjenama Tyeso bewarna merah jambu dihulurkan kepada aku. Aku capai tangan ibu aku. Tangan yang banyak berjasa kepada aku semasa aku kecil. Tangan yang banyak membantu aku ketika aku amat memerlukan pertolongan daripadanya.

"Kalau ada barang dapur yang kurang bagitahu je adik. On the way balik rumah nanti adik beli." Puan Syafira hanya mengangguk faham.

Anak perempuannya membesar dengan sangat baik. Itu yang boleh dia katakan.

"Oh mama lupa pula nak tanya awak. Siapa yang nak datang rumah tu? Dah jumpa calon bakal menantu ke dekat mama?"

Hampir tersedak air liur aku dibuatnya apabila ditanya soalan sebegitu rupa. Selagi aku tidak berkahwin, selagi itu soalan tersebut akan diajukan tanpa henti.

Bagai kaset rosak yang dimainkan oleh radio.

"Ish mama ni. Adalah kenalan orang, nak jumpa dengan keluarga kita. Sekadar nak eratkan silaturrahim je."

Jelas air muka Puan Syafira sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh satu-satunya anak perempuan miliknya itu.

"Ingatkan nak bagi bakal menantu dekat mama." Aku sembunyi senyum dalam diam.

Kalau ibu aku tahu, mesti dia hidangkan makanan macam nak buat kenduri sekejap lagi. Bukannya dia tidak kenal dengan Puan Syafira.

"Insya-Allah soon. Tapi kan mama, mama tak rasa ke umur adik ni terlalu muda untuk kahwin? Baru 22 tahun kot mama."

"Mama dulu kahwin lagi muda dari awak tau. Mama tak kesah awak nak kahwin umur berapa pun tapi mama ingat yang awak tu nak ambil segulung ijazah dengan suami dekat sebelah."

Berdekah aku apabila mengenang kembali apa yang pernah aku katakan kepada ibu aku. Jam ditangan aku pandang sekilas.

"Okay lah ma. Adik gerak dulu. Kirim salam dekat abah ya kalau dia balik nanti. Assalamualaikum."

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now