"KAU serious ke nak pakai macam ni? Kita nak pergi hari terbuka tahu tak bukan nak pergi ladang strawberry dekat Cameron." Haura memandang tajam kearah aku.
Hijab bow yang berada diatas meja aku capai sebelum disepitkan diatas hijab aku. Okay, extra comel harini!
"Kau tengok aku macam baru pertama kali buat benda macam ni eh? Terkejut sangat dah kenapa?" Haura mengeluh kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
Apa salahnya? Hari Terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia ada dresscode yang perlu dipatuhi ke? Contohnya, kena pakai seluar dan tidak dibenarkan untuk memakai skirt semasa menyaksikan acara tersebut?
Ada ke?
Tak ada kan? Aku bukannya pakai mascot ikan jerung ataupun ultraman sekarang ni. Aku cuma pakai floral blouse bewarna putih dan dipadankan dengan skirt floral bewarna kuning lembut.
Tudung bawal bidang 50 yang bewarna rose gold aku gayakan seperti shawl. Dua pin rambut bercorakkan bunga dan pelangi aku sepitkan pada bahagian tepi tudung.
Bahagian belakang pula, aku letakkan dengan hijab bow pin. Sempurna dan comel!
"Betul ni kau tak menyesal pakai macam ni? Dekat sana sesak tau! Kot lah kau kena culik ke apa nanti."
Mustahil betul andaian Haura ni. Dia ni kalau bab merapu memang nombor satu dalam dunia!
Kain skirt aku singkap ke atas sebelum menunjukkan kepadanya yang aku memakai kain dalam serta seluar sukan.
"Okay fine! Suka hati kau lah, Nisa. Kat sini banyak buaya laut, kau kena hati-hati. Apa-apa yang jadi kau tanggung sendiri, okay?"
Aku hanya mengendahkan sahaja percakapan daripada Haura. Totebag cloudy bewarna pink aku capai sebelum keluar daripada bilik bersama-sama dengan Haura.
Pintu bilik hotel dikatup rapat, sebelum kami meneruskan langkah bersama-sama menuju kearah lif.
Melihat sahaja pintu lif yang hendak tertutup rapat, Haura menjerit kecil sebelum berlari anak. Mujur lelaki itu sempat menekan butang lif tersebut.
"Eh awak! Assalamualaikum selamat pagi! Terima kasih sebab sudi tahan pintu untuk kami pula. Kuat betul jodoh kau orang. Asyik berjumpa sahaja kan? " ceria nada aku berkata.
Mereka sedar, senyuman yang aku ukirkan hanyalah palsu semata-mata. Teguran daripada aku juga berbaur sinis.
"Nisa..." suara Haura meleret panjang. Sangkanya hal ini telah tamat pada malam tadi. Ternyata tidak!
"Apa? Aku cakap benda betul je." mata bulat aku terkelip-kelip memandang kearah lelaki itu, Hamza.
"Look, Nisa. Kami berdua tak ada niat nak sorokkan benda ni daripada kau pun—"
Belum sempat Haura menyatakan dengan selanjutnya aku mengangkat tangan di hadapan mukanya.
Tanda aku tidak sudi untuk mendengar penjelasannya buat masa sekarang. Okay, kau cakap dengan aku, siapa je tak sakit hati bila kawan baik kau sendiri tak jemput kau ke majlis pertunangan dia?!
Kalau nak jemput family terdekat sekalipun, janganlah lupakan aku yang comel ini!
"Harini, kau bukan kawan aku buat satu hari. Kau, naik lah dengan tunang kau ni. Aku nak dating dengan Tasya harini."
"Wait, Natasya datang sini?! Kau tak cakap pun!" teruja Haura apabila mendengar apa yang dikatakan oleh aku itu.
Nur Wardah Natasya, rakan baik aku semasa asasi dan sehinggalah kini. Dia lebih kepada partner in crime .
ANDA SEDANG MEMBACA
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...
