AKU dan Haura yang berada di meja makan hanya menunduk. Oh tidak, hanya aku yang mendiamkan diri di meja makan ini sambil menikmati bihun tom yam kegemaran aku.
Tetapi nampaknya kelazatan bihun tom yam ini seakan-akan telah dibawa pergi sebentar tadi. Haura disebelah aku masih lagi dengan celotehnya.
Bercakap tidak berhenti bersama dengan lelaki itu. Dia yang bernama Syed Erman Hamza. Lagaknya seperti sudah lama berkenalan.
Mungkin hanya aku yang kekok bersama lelaki yang berada disebelah Hamza ini. Aku perlahan-lahan mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu.
Dang! Dia tengah tengok aku!
"Sya sihat? Lama tak dengar―"
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Belum apa-apa aku sudah tersedak teruk sehingga aku dapat rasakan betapa peritnya hidung aku pada saat ini. Haura disebelah pula sibuk menghulurkan air dan seorang lagi rakan aku menepuk lembut belakang aku.
Ini dah parah dah ni! Dia tanya sihat ke tak je! Beberapa helai tisu dicapai oleh lelaki itu dah dihulurkan kepada aku.
Ya Allah! Dah tersedak tu janganlah sampai hingus meleleh sekali! Aku rasa macam nak menangis sekarang ni.
"Kau ni pun satu. Bagilah dia habiskan makanan dia dulu. Kan dah tersedak budak kecil ni. Kesian dia tau." Erman menyiku lembut lengan rakannya atau lebih tepat lagi Syed Muhammad Aiden Ershad.
Ershad berdehem kecil sebelum menyandarkan badannya pada kerusi. Memang aku juga yang dipersalahkan.
"Mungkin Nisa terkejut lagi yang kita terserempak dekat sini sama-sama, kan?" Athy memandang aku sambil menjungkitkan keningnya.
"Terkejut tu taklah tapi tak sangka yang kau ni datang sekali dengan mamat lif ni." kata aku jujur. Cuba berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Mamat lif? Wah, aku ni baru je balik Malaysia tiba-tiba dah dapat gelaran baru." Erman gelak besar apabila aku menggelarkan dirinya sebegitu.
"Kau buat apa dekat sini Nisa? Aku tak sangka boleh jumpa kau dekat restoran ni tau! Kau plan nak pergi Pulau Pangkor ke macam mana?"
Teruja Atyhlia bertanya, seakan tidak percaya. Beberapa kali juga kami merancang untuk berjumpa tetapi rancangan kami selalunya tidak berjaya.
"Tak lah, aku datang sebab HTA esok. Aku ajak Haura sekali sebab keluarga aku ada urusan lain." mangkuk yang telah kosong aku tolak ke depan.
Syarifah Athylia hanya mengangguk. Sekali-sekala matanya menjeling kearah abangnya itu. Ceh! Buat-buat tak peduli pula.
'Dengar tak tu, bakal kakak ipar datang sini sebab HTA!'
"Anyway, lepas makan kau nak pergi mana? Aku nak join sekali boleh?" aku memandang kearah Haura.
Haura sekadar menjongketkan bahunya tanda dia tidak kesah dengan rancangan aku yang semakin lama semakin huru-hara dan berterabur ini.
"Err, aku nak pergi pantai sekejap. Ambil angin malam. Bukan selalu aku pergi pantai malam-malam macam ni."
"Abang boleh tak―"
"Iya pergi je lah." tangannya dihayunkan kepada Athylia. Menghalau nampaknya! Aku hilang tahulah kau!
"Saya gerak dulu.. Ohh untuk soalan awak tadi. Allhamdullilah saya sihat."
Saat iris matanya yang bewarna hazel itu bertentang mata dengan aku, aku mengambil keputusan untuk mengalihkan pandangan terlebih dahulu.
Perasaan ini... Sama seperti lima tahun yang lepas.
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇
"AKU terkejut yang kau kenal dia." Hamza mengalihkan pandangannya kepada bayangan Nisa, Haura dan Athylia yang bergerak meninggalkan dia pergi.
"Kawan Athy ada sorang je nama Nisa. Ini baru kali pertama aku jumpa dia." Ershad juga memandang susuk tubuh wanita itu.
Nampak anggun dan sopan. Dia juga tertanya benarkah gadis itu berumur 22 tahun? Betul apa yang Athy katakan kepadanya, wajahnya seakan-akan kebudak-budakkan. Tiada siapa sangka wajah itu juga menyimpan seribu satu perasaan.
"Okay kalau ini kali pertama kau jumpa dengan dia, kenapa kau panggil dia Sya? Sya tu siapa pula? Yang aku tahu kawan dia tu nama dia Haura bukannya Sya."
Ershad memandang kearah Hamza sebelum dia menarik nafas panjang.
"Nisa Farah Ayesha. Itu nama dia." Hamza mengangguk faham. Selang beberapa minit kemudian, makanan yang mereka pesan telahpun sedia terhidang di hadapan mereka berdua.
"Kau suka dia?" terhenti pergerakan tangan Ershad untuk mengalihkan makanan.
"Apa maksud kau?" alis kening milik Ershad terangkat. Tajam matanya menikam anak mata milik Hamza.
"Leftenan Syed Muhammad Aiden Ershad. Bukan hari ini aku kenal kau. Kau faham maksud aku kan? Lagipun, bekas tunang kau dah kahwin, kau pula masih single."
"Kau nak cakap aku masih ingat dekat dia, macam tu?" Hamza tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Miscomunication itu biasa.
"Tak sangka kau ni pun lembap juga. Maksud aku, aku bakal merasa nasi minyak ke tahun ni. Dah lama aku tahan aku punya craving ni sebab tak ada member yang nak kahwin. Kau pun, jarang kau peduli pasal perempuan selain daripada dia, umi dan adik perempuan kau."
Ershad mengeluh kecil. Yakinkah dia untuk berkahwin pada masa ini. Banyak faktor yang perlu dia ambil kira. Bukan semua orang sanggup berkahwin dengan lelaki yang sibuk sepertinya.
Berbulan-bulan diatas kapal, bertahun-tahun di negara orang demi menjalankan tanggungjawabnya kepada negara. Antara salah satu sebab pertunangan dia terpaksa diputuskan apabila wanita itu tidak lagi sanggup untuk menunggunya.
Beberapa bulan kemudian, kad jemputan kahwin sampai di hadapan pintunya. Entah kenapa, rasa sakit itu masih ada.
"Insya-Allah kalau ada jodoh. Aku tak nak berharap. Kau doakan aku, aku juga doakan kau. Jangan ingat aku tak tahu Hamza, kau bertunang senyap-senyap di belakang aku."
Tersedak Hamza apabila mendengar kata-kata daripada Ershad. Mata hazelnya membulat seakan tidak percaya. Macam mana Ershad tahu?!
"Kau ingat aku tak tahu kau suka buat kerja diam-diam belakang aku? Tahniah."
"Kau ni menakutkan betul!" syukur sahaja nyawanya tidak melayang kerana tersedak hari ini.
Sedang sibuk dia dan Hamza menjamu selera, matanya terhenti kearah seorang lelaki yang memandang tajam kearahnya sebelum berlalu pergi.
"Aku rasa tak sedap hati. Ada orang perhatikan kita sekarang ni." tajam mata Ershad memerhati kearah bayangan itu. Hamza juga memandang kearah yang sama.
Sport bike yang berjenama Yamaha YZF-R15 yang bewarna hitam itu menarik perhatiannya sebelum―
PAK!
Terangkat wajah Ershad melihat perilaku Hamza. Wajah milik lelaki ini juga kelihatan sangat tegang. Ya, tekaannya tepat. Ada sesuatu yang akan berlaku selepas ini tetapi yang menarik perhatiannya lagi adalah adakah Hamza mengenali lelaki tadi ke?
"He's a bad news. Kita bungkus, sambung makan dekat rumah. Aku tahu lelaki ni nak pergi mana. Aku wonder apa jantan tu buat dekat sini."
Menarik! Syed Erman Hamza mengenali lelaki itu. Siapapun lelaki itu, dia memang dapat rasakan bahawa lelaki itu sememangnya membawa aura yang sangat gelap.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...