16 ♡

17 1 0
                                    

"HARINI hari terakhir awak dekat sini ke, Sya?" aku memandang lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelah aku.

Lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidup aku sekaligus berjaya membawa aku bertemu dengan insan yang pernah menjentik hati aku suatu ketika dahulu.

Jarak diambil sebelum lelaki ini melabuhkan duduknya. Agak jauh juga jarak kedudukan aku dan lelaki ini.

"Ya. Tak boleh nak cuti lama-lama. Saya ada kerja nak kena selesaikan." Hamza mengangguk kecil.

Ekor matanya memerhati tunangnya yang gembira bermain di gigi air. Seronok dapat melihat wajah gembira tunangnya itu.

"Macam mana awak boleh kenal dengan Haura?" Hamza menoleh kearah aku sebelum dia tersenyum kecil.

"Sebab kerja. Selebihnya biarlah ianya menjadi rahsia. Tak ada apa yang menarik pun." jauh di sudut hatinya teringat akan pertemuan pertama dia bersama dengan gadis ini.

"Ceh. Nak berahsia pula. Tak apa, nanti saya tanya Haura pula dan saya akan pastikan dia jawab setiap soalan saya dengan jujur!"

Hamza pula sudah bantai gelak disebelah aku sebelum menekan sedikit perutnya yang sedikit senak. Sungguh, sudah lama dia tidak ketawa seperti itu.

"Well let see..." lelaki ini mengumam perlahan sebelum menarik senyuman sinis dalam diam. Suaranya tenggelam disebalik bunyi ombak yang menghempas di persisiran pantai.

"Your prince charming is coming. Minta diri dulu sebelum aku pula jadi mangsa dia yang seterusnya!" Hamza pantas berdiri daripada duduknya. Bersedia untuk melangkah menuju kearah tunangnya, Haura.

"Oh ya, Nisa." lelaki ini menoleh seketika kearah aku.

"Jangan buat keputusan yang menyebabkan awak menyesal di kemudian hari. Tak kesahlah apapun jawapannya, awak mesti bersedia dengan kemungkinan yang akan datang." riak wajah lelaki ini juga berubah serius, tidak seperti selalu.

Apa yang dikatakan oleh Hamza semuanya benar belaka. Keputusan yang aku ambil kali ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Ini juga soal masa hadapan aku sendiri.

Nafas dihela panjang sebelum aku memandang Hamza.

"Insya-Allah, saya dah buat keputusan dan saya serahkan segala urusan saya kepada Allah. Biarlah dia yang aturkan takdir hidup saya. Kemana saya selepas ini, saya akan terima dan redha. Awak jangan risau ya?"

Hamza sekadar mengangguk kecil sebelum meminta diri. Nafas dihela panjang sebelum aku turut bangun dari duduk.

Bacaan basmallah terbit di bibir aku perlahan sebelum aku memulakan langkah kanan untuk bertemu dengan lelaki ini.

Apapun keputusannya, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua. Baik aku ataupun dia.


⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇


"APAPUN jawapan yang keluar dari bibir awak, saya redha, Sya. Saya tahu saya bukan lelaki yang baik, lelaki yang awak idamkan bahkan untuk bersama dengan awak mungkin sebearnya saya tak layak. Tapi, saya redha, Sya. Apa jua jawapan yang awak berikan, saya akan terima dengan hati yang terbuka."

"Ershad, tipu kalau saya kata awak bukan lelaki idaman saya. Awak boleh tanya Athylia sendiri betapa saya kagum dengan lelaki yang bekerja sebagai seorang tentera. Saya memang betul-betul sangat teringin nak berkahwin dengan seorang tentera. But I realised something..."

Mata aku masih lagi merenung pantai yang terbentang luas di hadapan aku. Langit senja juga semakin kelihatan. Matahari juga seakan-akan bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Cukup kuatkah saya untuk bersama dengan awak? Cukup kuat ke saya bila mana masa awak sepenuhnya milik negara? Saya tertanya dan sampai sekarang saya masih tak dapat jawapan yang saya inginkan."

Lelaki ini diam, matanya juga masih tepat memandang kearah aku. Biarpun air muka lelaki ini kelihatan tenang, dia tetap tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri.

Dia juga takut jika diri ini bakal ditolak buat kali kedua. Gara-gara dirinya yang terikat dengan pekerjaannya, dia ditolak.

Tapi dia sudah nekad. Jika bukan sekarang, Allah pasti akan temukan dirinya dengan seseorang yang dapat memahami tugasnya.

Seseorang yang faham dan terima diri dia seadanya.

"Tapi, tak salahkan saya jadi tamak? Tak salahkan untuk korbankan hati dan perasaan saya untuk awak? Kalau awak boleh korbankan masa awak bersama keluarga dan pertaruhkan nyawa awak untuk negara, tak salahkan saya korbankan perasaan saya untuk awak."

Pandangannya berubah serta-merta. Dia tak salah dengar kan? Suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong tekaknya.

"Saya terima awak."

Cukup dengan tiga patah perkataan itu berjaya membuatkan air mata jantannya gugur secara tiba-tiba.

Apabila sedar yang dia tidak mendapat sebarang respons daripada Ershad, Nisa pantas memalingkan wajahnya.

"Eh?! Saya ada salah cakap ke?" terkejut bukan kepalang lagi apabila Ershad mengesat air matanya yang jatuh.

"T-Tak... Saya cuma tak sangka.."

Entah kenapa jiwa lelakinya benar-benar memberontak hari ini. Hatinya terlalu lembut daripada kebiasaannya.

Biarpun pernah dilatih secara keras dan kasar, dia tidak pernah sekalipun menitiskan air matanya.

Bahkan jika berhadapan dengan musuh yang mengugut untuk membunuh tahanan, dia tidak pernah sekalipun berasa goyah.

Dia, Syed Muhammad Aiden Ershad tidak pernah gentar dengan apa jua cabaran.

Mungkin doanya pada setiap sepertiga malam telah dikabulkan oleh Allah. Supaya dia bertemu dengan seseorang yang dapat memahami dirinya yang terikat dengan negara.

Entah kenapa, dia tidak pernah berputus asa untuk berdoa.

"Terima kasih sebab terima saya seadanya. Saya akan cuba pertahankan hubungan kita. Insya-Allah apapun yang terjadi, saya akan cuba untuk perbaiki apa yang kurang. Pegang janji saya, Sya. Demi Allah, dengan izin Allah, saya akan jaga awak sepenuh jiwa dan raga saya. Seperti mana saya tunaikan tanggungjawab saya kepada negara, saya akan cuba tunaikan tanggungjawab saya kepada awak sebagai seorang suami."

Nafas dihela panjang. Lega bila dapat meluahkan segala rasa.

"Jadi bila saya boleh jumpa keluarga awak?" terkedip-kedip mata Nisa memandang Ershad.

Seolah-olah tidak percaya apa yang dia dengar sebentar tadi.

"Err... Saya tak kesah cuma esok saya perlu pergi ke rumah pesakit saya. I do part-time job as a private nurse. Kebetulan esok saya ada hal dengan pesakit saya. Kawan saya kata ada perkara yang dia tak boleh nak handle sendiri. Dia perlukan bantuan saya. " serba salah dibuatnya. Bukan hendak menolak cuma esok, dia ada tugasan yang perlu diselesaikan.

"Lelaki?" nada suaranya berubad sedikit biarpun air mukanya tetap tenang seperti biasa.

"Eh bukan! A 66 years old woman. Malaysian. Currently staying with her daughter." Ershad berdehem kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Okay, just give me your live location. Persediaan awal, mana tahu mood saya baik esok nak buat surprise."

Nisa berdecit kecil tanda tidak percaya. Hendak tak hendak dia memberi juga nombor telefonnya kepada lelaki ini.

Selesai memberikan nombor kepada lelaki ini tepat-tepat juga nama aku diseru oleh Haura dan Athylia.

"I guess it's time to go back home. Ada rezeki kita berjumpa lagi." Nisa hanya mengangguk sebelum meminta dirinya untuk pulang.

Ershad melangkah kearah Hamza sebelum membisikkan sesuatu kepada sahabat baiknya itu.

Hamza mengukirkan senyuman sinisnya itu.

"He messed up with the wrong person."


BERSAMBUNG

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now