"AWALNYA Nisa datang kerja harini. Ada apa-apa yang akak terlepas ke harini?" Kak Syu yang berada di hadapan kedai menegur aku.
"Eh, akak lupa ke harini Nisa kena sapu dengan mop lantai dekat depan kedai. Patutnya Nisa yang tanya akak, awal betul akak datang harini."
Kak Syu menepuk dahinya sendiri. Sah! Kak Syu terlupa akan tugas kami yang bertukar pada setiap minggu.
Memandangkan keputusan UPU secara atas talian masih belum diumumkan, aku mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di Watsons, salah sebuah kedai yang menjual produk kecantikan dan kesihatan.
"Ya Allah! Sepatutnya harini akak buat front facing dengan topup barang dekat shelf harini tapi akak terbuat tugas Nisa pula... Macam mana akak boleh lupa..." Kak Syu mengumam kecil sebelum meletakkan jari di dagu, tanda dia sedang ligat berfikir.
"Apa kata kalau harini Nisa ganti akak? Nisa topup je barang dekat shelf lepastu mana yang dah expired, asingkan dekat dalam kotak yang lain macam biasa. Jangan lupa tanda dekat list yang akak dah buat, senang akak nak manage store budget harini "
Aku mengangguk laju, faham dengan arahan yang diberikan. Memandangkan Kak Syu merupakan Store Manager, dia paling banyak membantu aku dalam melatih aku sepanjang aku berada di sini.
Kak Syu seorang yang tidak berkira, jadi aku tiada masalah dengannya. Pekerja-pekerja lain juga baik dengan aku.
Boleh dikatakan, aku jauh daripada toxic enviroment di tempat kerja.
Sedang aku sibuk menyusun barang-barang di rak yang disediakan bahu aku di cuit daripada belakang membuatkan aku menoleh seketika.
"Ya, cik boleh saya bantu?" soal aku ramah kepadanya.
"So, you are Nisa?" dahi aku berkerut saat dia menyebut nama aku. Macam mana dia kenal aku?
"You are the one with Harith dekat IOI City Mall. Am I wrong? I ada stalk highlights dekat instagram you. I know the one yang dekat sebelah you tu Harith right?" belum sempat aku membalas soalannya, dia menyerang aku dengan soalan lain.
"Err maafkan saya tapi sekarang waktu kerja lagi. Do you mind kalau awak tunggu saya dekat restoran sebelah ni? Ada lagi 5 minit sebelum masuk waktu rehat saya.."
Gadis itu menganggukkan kepalanya. Terasa agak kekok pula apabila ditegur sebegini. Shawl yang terletak elok diatas kepalanya dibetulkan sedikit.
"Maaf sebab tiba-tiba saja serang awak macam ni. Saya tunggu dekat sebelah. Saya cuma nakkan penjelasan daripada awak saja."
Gadis itu berlalu pergi. Aku tertanya-tanya, Harith yang dia maksudkan tu Uzair atau orang lain?
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇
"Ada apa yang nak jumpa saya tadi ya?" tanya aku setelah selesai melabuhkan punggung di hadapannya.
"Boleh saya tanya awak sesuatu? Saya minta maaf kalau soalan saya ni terlalu personal buat awak..." gadis itu menundukkan pandangannya. Tiada siapa yang tahu bahawa gadis ini sebenarnya rasa bersalah kerana menerjah aku secara tiba-tiba.
"Boleh."
"Siapa Harith pada awak?" Gadis itu memandang tepat kearah mata aku.
"Awak maksudkan Harith Uzair ke? Saya takut awak tersalah orang saja." Gadis itu mengangguk laju, seakan-akan terdesak mahukan jawapan daripada aku.
"Kenapa awak tanya saya ya? Awak sukakan Uzair ke? Kalau ya, saya boleh tolong sampaikan pada dia nanti." Gadis itu mengetap bibirnya kuat. Mungkin geram dengan aku yang bersikap sinis terhadapnya tetapi inilah cara aku.
Supaya orang tidak tahu isi hati aku yang sebenarnya, aku lebih rela menyembunyikan perasaan aku yang sebenarnya.
"Saya merayu sangat dengan awak. Tolong jawab soalan saya. Ya atau tidak. Itu sahaja jawapan yang saya perlukan." suara gadis kedengaran perlahan pada hujungnya.
"Maafkan saya tapi saya memang tak ada jawapan untuk soalan awak ni―"
"Atau awak sebenarnya tak tahu dengan perasaan sebenar awak pada dia? Lepas saya nampak awak punya highlights, saya mempersoalkan dia siapa kepada awak sebenarnya. Awak yakin yang dalam hati awak tak ada nama dia?"
Kata-kata gadis ini berjaya membuatkan aku terdiam. Aku yakin ke yang dalam hati aku tak ada nama dia? Atau sebenarnya aku cuba untuk gantikan nama dia dengan nama orang lain dalam hati aku?
"Kalau awak suka dia, kenapa awak tak cakap dengan dia? Kenapa awak cakap dengan saya? For sure he will answer to you." Gadis itu mengeluh kecil sebelum mengeluarkan telefon pintarnya.
"When I asked him who you are, he avoid to answer the question. He even said that you were just one of his fan, tak lebih daripada tu." segala perbualan daripadanya dan Uzair dikeluarkan dan diberikan kepada aku.
Ya, gadis ini tidak menipu. Aku tak tahu reaksi apa yang perlu aku beri pada masa ini. Terbungkam? Ya.
"Bila saya confess dengan dia, dia tak jawab pun soalan saya. He changed a lot now. Dia pura-pura tak tahu tentang perasaan saya pada dia." luah gadis ini lagi.
Aku sedar, gadis ini lebih mengenali Uzair berbanding diri aku sendiri. Mungkin aku juga bukan sesiapa di mata Uzair sehingga dia sanggup mereka cerita sebegitu rupa.
Aku menghela nafas panjang, mahu menenangkan diri daripada perasaan amarah yang kian menguasai diri.
"Cukup awak tahu yang dia dan saya tak ada apa-apa hubungan langsung. Lagipun dia tak pernah bagitahu apa-apa tentang saya pada awak kan? Kalau dia sendiri berniat untuk rahsiakan tentang saya daripada awak, saya memang tak ada apa-apa nilai pada mata dia."
Gadis itu terdiam bila mendengar aku berkata seperti itu. Sesungguhnya tiada sesiapa yang mengetahui apa yang berlaku pada masa hadapan kami berdua.
Begitu juga aku. Aku yang masih menunggu penjelasan daripada dia.
Dia baca apa yang aku tulis di dalam perbualan kami tapi dia mengelak untuk menceritakan hal yang sebenarnya.
Semakin aku mendesak dia untuk berlaku jujur, semakin dia menjauh. Dan kini aku sedar, aku bukanlah sesiapa di matanya. Aku ditinggalkan tanpa apa-apa ucapan selamat tinggal daripada dia.
Salah aku kah?
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...