Kuantan, Pahang 2023
"HAI kakak cantik! Awalnya kakak cantik datang harini!" tersenyum lebar aku saat disapa mesra oleh anak kecil yang berada di wad kanak-kanak itu.
"Kenalah datang awal sebab kakak nak melawat awak. Nanti ada nurse report dekat kakak yang awak merajuk lagi pula."
Budak lelaki berusia lingkungan enam tahun itu tergelak kecil mendengar kata-kata aku. Rambutnya yang tebal itu aku usap lembut .
"Mestilah kena merajuk! Nanti kakak layan orang lain lepastu lupa dekat Harraz." budak lelaki ini mengomel sendirian membuatkan aku tergelak kecil.
Macam-macalah budak kecil ni.
Tekanan darah yang ditunjukkan pada skrin monitor yang berada di sebelah katilnya aku pandang. 90/60 , normal untuk kanak-kanak sepertinya.
"Ada rasa sakit dekat mana-mana lagi dekat bahagian dada?" Dia pantas menggelengkan kepalanya.
"Kakak cantik! Kita nak tanya sikit boleh tak?" aku mengangguk sebelum melabuhkan punggung di katilnya.
"Nak tanya apa tu? Jangan tanya soalan pelik-pelik tau!" aku mencuit hidung kanak-kanak lelaki itu.
"Hmm, betul ke esok kakak cantik dah tak ada dekat sini? Kakak cantik nak pergi mana? Harraz nak ikut akak cantik boleh?"
Mendengarkan kenyataan itu, aku tergelak kecil sebelum mengusap kepalanya lembut.
"Aip! Habistu daddy Harraz dengan mommy Harraz macam mana kalau Harraz ikut kakak?" Memuncung mulut Harraz. Rasanya dah boleh buat sangkut baju dah ni. Comel betul budak ni!
"Ish! Tapi, kalau kakak cantik tak ada, siapa nak jaga Harraz lepasni? Bosanlah Harraz macam ni... Kakak je yang rajin teman Harraz pergi mana-mana."
Aku hanya menggeleng kepala apabila mendengar luahan daripada Harraz. Aku tidak salahkan ibu bapa Harraz yang kurang memberikan perhatian kepadanya.
Mereka juga ada anak-anak lain yang perlu diuruskan memandangkan Harraz merupakan anak bongsu. Jadi, akulah yang ditugaskan untuk menjaga dia semasa ketiadaan ibu bapanya.
"Alaaa Harraz ni jangan buat kakak berat hati nak tinggalkan awak dekat sini. Kalau kakak ada masa, kakak jumpa awak dekat rumah, okay?"
Harraz perlahan-lahan menganggukkan kepalanya sebelum menyandarkan badannya di kepala katil.
"Harraz tak nak duduk sini... Harraz bosanlah kakak..." dia bermain dengan jari kecilnya.
"Sebab tu lah kakak suruh makan ubat. Jangan degil tau! Ikut apa yang kakak suruh buat kalau nak balik rumah. Okay?" Harraz mengangguk kepala laju.
Comel betul budak ni! Rasa nak aje gigit pipi tembam dia ni. Dengan mata bulatnya yang bewarna coklat cair. Masya-Allah cantik!
Tok... tok... tok...
Pintu bilik yang sedia terbuka diketuk daripada luar. Nik Omar merangkap rakan sekerja aku yang berada di luar menjengukkan kepalanya ke dalam dan melambaikan tangannya kepada aku.
"Jumpa nanti tau! Kakak ada kerja nak buat." Harraz melambai kearah aku sebelum pintu biliknya aku tutup.
"Ada apa?" tanya aku kepadanya. Biasanya kes kecemasan akan diambil alih oleh jururawat yang lebih lama memandangkan kami hanya praktikal di Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC).
"Pasal permohonan kau untuk ke hospital lain lepas kau grad. Kau dah isi borang kan?"
"Dah. Aku dah submit dekat pihak atasan dan aku pun dah dapat jawapan." Nik Omar membulatkan matanya yang sepet. Seakan tidak percaya.
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...