╔══ஓ๑♡๑ஓ══╗
Hanya pemandangan laut yang terbentang luas memenuhi iris mata aku. Malangnya, keindahan ini tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata tentang kebesaran Allah SWT.
Terasa diri ini sangat kerdil jika dibandingkan dengan Yang Maha Kuasa. Malang sekali pemandangan yang indah itu dihalang oleh seseorang yang aku kenali.
Dia. Kenapa dia ada dekat sini? Dia ikut aku ke?
"Long time no see, sayang." katanya lembut. Aku nampak bibirnya bergetar saat menuturkan kalimat itu. Matanya juga berair.
Kenapa dia sedih?
"I've done enough with your sayang words, Harith. Cukup sampai sini. Apa lagi yang awak tak faham?" balasku dingin.
Tudung yang terbang ditiup angin pantas aku genggam kuat. Aku tak bersedia untuk semua ni.
"You must keep your promise, sayang. No matter what. You tak ingat atau you buat-buat lupa?"
"Yes I did! But you― Awak yang mulakan dulu !" bibirku bergetar hebat. Hanya Allah sajalah yang tahu betapa rapuhnya diri aku pada masa ini.
Aku mengeluh kecil sebelum terduduk di situ. Kenapa aku jadi seorang wanita yang sangat rapuh saat dia ada dengan aku?
"Andai boleh I putarkan masa ni, I nak bersama dengan you. I nak kembalikan kita yang dulu. I tahu, I salah sebab tinggalkan you dulu. I minta maaf, Nisa."
"Awak nak tahu satu benda tak, Harith? Hakikatnya awak sendiri tak mampu."
╚══ஓ๑♡๑ஓ══╝
Syed Muhammad Aiden Arshad
༶•┈┈୨♡୧┈┈•༶
Nisa Farah Ayesha
༶•┈┈୨♡୧┈┈•༶
Muhammad Harith Uzair
༶•┈┈୨♡୧┈┈•༶
©ANISFARAHHH, APRIL 2024
ALL RIGHT RESERVED.Hai, this is my first time writing a malay novel. Saya berharap agar awak semua dapat menikmati karya terbaharu daripada saya. Harap maaf jika terdapat kekurangan, kesalahan bahasa dan kesalahan ejaan.
Saya masih lagi belajar daripada yang terbaik untuk menjadi insan yang terbaik. Sekian, assalamualaikum.
YOU ARE READING
MIMPI YANG SEMPURNA
Romance"Saya janji akan tunggu awak. Sampai bila-bila. Andai kata suatu hari nanti saya dah berhenti menunggu awak, itu bukan bermakna saya penat. Saya anggap persahabatan kita sampai sini sahaja." - Nisa Farah Ayesha "Tak perlu bazirkan masa kau menunggu...