7 ♡

28 8 0
                                    

NAFAS dihela panjang. Ya, aku mengeluh. Permohonan yang aku buat beberapa minggu lepas baru sahaja ditolak.

Pelik? Ya, kerana permohonan bekerja aku sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak atasan tetapi tiba-tiba sahaja aku mendapat email bahawa permohonan aku ditolak.

Tak apalah, mungkin rezeki aku bukan di sana. Maknanya, aku perlu menganggur beberapa hari sebelum membuat permohonan di hospital yang lain.

"Jauh termenung. Teringat dekat siapa? Nak kata teringat dekat aku, ni ha aku dah ada depan mata kau dah ni." Haura yang baru sahaja selesai membuat pesanan di kaunter duduk di hadapan aku.

Telefon berjenama iPhone 13 bewarna soft pink itu aku hulur kepadanya. Cermin matanya dibetulkan untuk membaca isi kandungan yang tertara.

"Permohonan kau ditolak??? Habistu kau tak jadi balik Selangor ke macam mana ni? Penat tau aku datang dari jauh nak jemput princess aku ni!"

Belum sempat aku explain kepada dia dah kena sembur. Apalah nasib aku harini. Tadi dibebel oleh Nik Omar dan Elisha, sekarang Haura pula??

"Aku cuma tunjuk, ada aku kata aku tak jadi nak balik? Tak ada kan?" Aku menjeling kecil wajah cemberut Haura di hadapan aku ini.

Itulah, menggedik lagi nak datang volunteer nak ambil 'princess' kesayangan dia sorang. Katanya membazir naik bas. Memang selama ni aku ulang alik dari Kuantan ke Selangor naik kapal terbang pun.

"Iyalah, sorry sorry. Habistu lepasni apa plan kau?" Aku menyandarkan tubuh dikerusi. Sekadar mengangkat bahu, tanda-tanda aku tiada rancangan dalam masa terdekat.

"Mungkin tanam anggur dekat rumah? Lagipun aku dah lama tak luangkan masa dengan family aku." Haura mengangguk perlahan.

"Itu aku setuju. Jangan ingat aku tak tahu yang Nik Omar dan Elisha pernah mengadu sepanjang praktikal untuk tahun sebelumnya yang kau kerap sangat terlepas waktu makan."

Pasangan dua sejoli ni lagi! Tak boleh langsung kalau biarkan aku sendirian. Rasa seperti mereka berdua ini sebenarnya adalah bodyguard tidak berbayar aku.

Kedengaran bunyi loceng daripada kaunter makanan, Haura pantas sahaja meminta diri untu mengambil makanan di kaunter tersebut.

Ting !

Notifikasi daripada Instagram terpapar di lock screen telefon pintar aku.

'hrszir wants to send you a message.'

Siapa pula? Rasanya aku bukan artis ataupun penulis terkenal sampai ada orang nak request direct message di Instagram.

hrszir :
i see you.

Dahi aku berkerut saat membaca mesej daripada lelaki yang tidak dikenali. Profile milik lelaki itu juga hitam, tiada biodata yang tertulis pada profile milik lelaki itu. Bahkan nama juga tiada.

Pantas mata aku melilau kearah sekeliling aku, cuba untuk mengenal pasti sesiapa sahaja yang mencurigakan.

Pap!

"Makanan dah sampai. Nasi goreng tomyam extra pedas ni kau punya, nasi goreng kampung kurang pedas ni aku punya. Soya cincau dengan teh ais pun dah sampai."

Makanan yang berada diatas dulang diletak satu persatu. Tersedar saat Nisa masih lagi tidak menumpukan perhatian kepadanya membuatkan dahi Haura berkerut.

"Kau cari apa Nisa? Nampak hantu ke?" aku menggeleng tetapi mata masih lagi melilau kearah mereka yang berada di sekeliling aku.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now