1 ♡

96 11 0
                                    

Banting, Selangor 2018

PAP!

Terhinjut bahu aku saat meja kayu aku ditampar kuat. Kepala aku toleh ke sisi sebelum menjeling tuan empunya badan.

Kalau meja ni boleh bercakap, nahas kau Haura.

"Termenung apa lagi? Ingat abang laut ke tu?" tiba-tiba satu keluhan keluar di bibir aku.

"Sikit. Teringat yang adik dia ada bagitahu aku abang dia kena posting pergi Lubnan bulan Mei nanti." pensel yang berada di tangan aku diletak kasar diatas meja.

"Aku peliklah dengan kau ni, Nisa." Haura menarik kerusi plastiknya dan melabuhkan punggung disebelah aku.

"Apa yang nak peliknya?" Kening aku terangkat sebelah.

Dia ni macam baru kenal aku je gaya dia bercakap. Padahal satu kelas daripada tingkatan satu lagi tau! Dia nak pelik apa lagi dengan aku? Perangai aku ni nampak macam alien ke di mata dia?

"Pelik macam mana kau boleh ter'crush' dekat abang laut kau tu padahal kau bukannya pernah jumpa dia pun and one more thing, kau tak pernah kenal dia betul-betul."

Aku hanya mampu ketawa. Aku tak nafikan, apa yang dia cakap tu ada betulnya juga.

"Macam tak biasa. Aku kan kaki novel, kaki wattpad. Dengan orang yang tak wujud pun kalau boleh aku nak claim jadi bakal suami. Itupun kalau dia green flag." sambung aku lagi.

Tertanya macam mana aku boleh jatuh suka dengan 'abang laut' tu? Biarlah itu menjadi rahsia yang kekal... 

Tiada apa yang menarik tentang dia. Dia seorang yang biasa, mungkin? Aku dan dia sangat jauh berbeza. Boleh diibaratkan yang aku dan dia ini sebenarnya bagaikan langit dan bumi.

Bila aku teringat semula tentang diri aku yang penuh dengan kekurangan buatkan aku rasa ingin memencilkan diri di suatu sudut. Aku sedar, aku bukan untuk dia.

Dan dia... Bukan untuk aku.

Banyak yang aku tahu tentang lelaki itu tapi dia tetap misteri pada pandangan aku. Dia hanya akan kekal sebagai crush aku sahaja. Takkan pernah lebih daripada itu. Aku tiada masa untuk bercinta.

Awal bulan September akan datang aku pasti akan mula sibuk dengan persediaan percubaan SPM. Bulan Disember tahun ini pula peperiksaan sebenar SPM.

Hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk aku membuat persiapan sebelum aku meninggalkan alam persekolahan.

Inipun dah cukup berserabut kau tahu tak? Kelas tambahan setiap petang, tak cukup dengan itu kelas tambahan pada waktu cuti sekolah.

Penat, tapi kalau tak penat bukan hidup namanya kan? Lagipun, dunia bukan tempat untuk kita berehat.

Allah ciptakan manusia dengan satu tujuan. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada-Nya. Dan aku percaya, Allah takkan uji hamba-hambanya melebihi kemampuan mereka sendiri.

"Woi! Aku tengah bercakap kau termenung pula. Ish!" Haura membebel sendirian. Dia ni kalau dapat membebel, mak aku pun kalah tau!

"Iya kau cakap apa tadi? Aku tak dengar. Yelah, ni mesti kau tak baca fakta pasal orang rabun kan? Orang rabun ni kan memang pekak sikit. Ulanglah balik." selamba aku berkata.

"Aku ni pun rabun juga tapi tak adalah sampai orang sebelah cakap aku tak dengar langsung." matanya dijuling keatas.

Dah lali mendengar alasan aku yang satu itu. Ya, hobi aku sejak akhir-akhir ini adalah termenung. Termenung lah, nak tengok masa depan aku ni gelap ke cerah. Kot-kot kalau gelap boleh ambil lampu suluh untuk terangkan balik kegelapan tu.

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now