19 ♡

6 0 0
                                    

"SERONOK betul dapat keluar dating harini ya? Dah keluar dating, tak ajak aku pula tu."

Aku memanjangkan leher memandang figura yang berada di hadapa Ershad tersebut. Tak nampak!

Kali ini aku menjengkitkan kaki aku untuk melihat gerangan yang berada di hadapan Ershad tersebut.

Nik Omar Arash! Hujung jari aku mencuit bahu milik Ershad sebelum lelaki ini menoleh ke belakang.

"Itu kawan sayalah." Mendengarkan pernyataan yang keluar daripada bibir aku, lelaki ini menoleh kearah Omar sebelum memandang kearah aku semula.

"Are you sure this is one of your friend?" aku mengangguk laju.

Perlahan-lahan lelaki ini bergerak ke tepi, memberi ruang untuk aku melihat Nik Omar.

"Hai! Lama tak jumpa kan!" Nik Omar menjeling aku tajam.

"Ouh kau, dah seronok berdating dekat Selangor, tak inform dekat kami yang kau ni dah berpunya ya! Sampai hati kau ketepikan kami yang ada dengan kau. Susah-senang—"

"Eh bisinglah kau ni. Macamlah dulu masa kau bertunang, kau bagitahu kami. Naik semester baru je tahu-tahu tangan kawan aku dah bercincin. Bila tanya dengan siapa, dengan kau rupanya!"

Belum sempat dia habiskan ayat dramatik dia, aku potong percakapannya terlebih dahulu. Geram!

Macam manalah Elisha Zahra boleh jatuh hati pada si Nik Omar Arash ni!

"Ish! Dah cukup. Jangan attack aku lebih-lebih. Tak nak perkenalkan ke sebelah kau ni siapa? Kalini untuk siapa pula?"

Nik Omar memandang kearah Ershad yang lebih selesa menjadi pemerhati dan pendengar yang baik.

"Perkenalkan, Aiden Ershad. Insya-Allah mungkin kalini untuk diri sendiri. Anyway Ershad, yang ini kawan saya, Nik Omar Arash. Jangan risau, dia ni dah berpunya. Kami rapat pun waktu posting clinical class dulu."

Tanpa membuang masa, Nik Omar Arash menghulurkan tangannya terlebih dahulu tanda salam perkenalan. Tidak lama kemudian, Ershad juga menyambut huluran daripada lelaki ini.

Tidak mahu dilabel sebagai lelaki sombong, dia perlu berbudi bahasa dengan sesiapa sahaja. Walaupun terkadang rasa ragu untuk mempercayai sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya menguasai dirinya tika itu.

"Hope we can be a good friend in the future!" ramah sahaja Nik Omar Arash menegur lelaki itu.

Nik Omar Arash dengan wataknya yang begitu ramah dengan sesiapa sahaja dia bersama. Ershad pula hanya sekadar mengangguk.

Beberapa saat kemudian, telefon aku pula berdering, meminta untuk segera diangkat. Aku menoleh seketika kearah Ershad.

"Kejap tau! Saya nak jawab panggilan. Sementara tu awak kenal-kenal lah dulu dengan Nik Omar."

Isyarat mata aku berikan kepada Nik Omar. Bahasa yang biasanya aku dan Elisha gunakan apabila hendak membeli barang keperluan.

Entah bagaimana suatu hari boleh pula bahasa isyarat ini terkantoi dengan si Nik Omar Arash.

Belum sempat Ershad berkata apa-apa, troli yang berada di hadapannya aku ambil dan membawa menjauhi mereka berdua.

Baru sahaja Ershad hendak bergerak mengikuti langkah aku, Nik Omar Arash menghalang laluan lelaki ini.

"Let her be. Dia nak beli barang keperluan dia." Berkerut dahi Ershad mendengar kata-kata lelaki ini.

"Move." Tegas Ershad berkata kepada lelaki di hadapannya ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 13 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIMPI YANG SEMPURNAWhere stories live. Discover now