PART 2

15 1 0
                                    

"Pak Azhar, saya nak minta tolong beli barang sikit kat kedai runcit depan sana. Bukan banyak pun."

Arash menghulurkan sekeping not RM50 kepada driver nya. Pak Azhar mengangguk. Setakat ke kedai runcit, apalah sangat.

"Papa suruh Pak Azhar pergi mana?" Ashaa keluar dari rumah berjalan merapati ayahnya yang berdiri di halaman. Lelaki itu memandang ke arahnya.

"Papa suruh Pak Azhar pergi kedai runcit depan sana."

"Ashaa nak ikut!"

Arash mengerutkan dahi. Ikut? Pergi kedai runcit sana? Setahunya, Ashaa ini kalau bab-bab pergi beli satu dua barang, palinglah dia malas dan terperap saja dalam rumah.

"Ashaa nak pergi buat apa?"

Arash mendapat kepastian. Dah kenapa gadis ini pelik semacam? Nak kata isterinya buat brain wash pada si anak pun...

Mana ada! Lambat lagi Ash nak buat macam tu kat Ashaa. Otak Ashaa tu dah kuning semacam kalau nak dicucikan semula.

"Iya. Kalau papa suruh Ashaa pergi sendiri pun takpe." Ashaa senyum segaris. Mata dikerdipkan beberapa kali supaya diberi kebenaran untuk dia keluar.

Sebenarnya dia tidak mahu, tetapi kawasan kedai runcit itu berdekatan sahaja dengan rumah Imam Hamzah.

Jadi... Mana tahu dapat jumpa anak dia!

Arash menggeleng. Sah ada benda ni.

"Alaa papa. Bolehlaa. Ashaa pergi dengan bodyguard Ashaa je. Bukan Ashaa pergi sendiri."

Ashaa menarik tangan ayahnya. Dia cuba memujuk. Mahu tidak mahu, Arash mengangguk perlahan walaupun riak wajah macam tak ikhlas mana.

"Pergilah. Elok-elok lah tapi. Pak Azhar, tak payahlah. Biar dia saja pergi dengan bodyguard."

Pak Azhar menurut dan menghulurkan semula duit yang diberi oleh Arash tadi. Arash menghulurkan kepada Ashaa. Laju dia sambut.

"Lengkap dah ke pakai?"

Mata Arash naik turun memandang setiap sisi tubuh anaknya. Memastikan agar tiada sedikit pun yang mendedahkan aurat dan ketat. Dari kepala, hingga ke baju. Seluar, stokin. Okey passed!

"Boleh keluar?" Ashaa mengagak. Arash mengangguk sambil memeluk tubuh. Pagi-pagi lagi dah buat benda pelik-pelik.

Perangai macam syaitan terlepas.

Ashaa senyum segaris memeluk leher papanya dan mencium pipi kanan Arash.

"Thank you so much papa!"

Ashaa berjalan ke arah kereta yang sudah menunggu bersama bodyguard nya. Arash menggosok pipi kanan. Pelik-pelik pula bila puasa ni.

Nak cakap anak gadisnya datang bulan? Tapi dia puasa.

Pape jelah.














"Jap, saya nak tengok expired date dulu." Ashaa mengambil sebungkus roti lalu ditilik ke kiri ke kanan. Thaqif, bodyguard nya setia mengekori manakala Aiman menunggu di dalam kereta.

"Uncle, coklat kismis ke blueberry lagi sedap?" Tanya Ashaa pada Thaqif. Lelaki itu menjongketkan kedua-dua bahu. Tubuhnya yang tegap sangat jelas terlihat disebalik baju T yang melekat di tubuh.

"Manalah saya tahu cik Ashaa. Cik Ashaa yang nak makan, kan? Kalau cik tanya saya, saya akan jawab semua sedap. Tapi cerita sekarang ni, cik tak suka makan coklat dengan kismis, kan? Buat apa tanya lagi."

Ashaa mencebik bibir. Thaqif ni agak serius orangnya. Tidak seperti Aiman. Masuk air saja kerjanya. Kejap-kejap jadi ustaz. Tiba-tiba jadi penasihat tak berbayar. Dan pelbagai personaliti lagi. Tapi Thaqif pun okey je. Ada masa dia masuk air atau tidak. Dan lebih kurang saja.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now