PART 25

6 1 0
                                    

Ashaa menggosok belakang tapak tangan berkali-kali. Tiba-tiba saja dia berasa gemuruh. Jam tangan yang terikat kemas dilirik entah berapa kali.

Aiman dan Thaqif pula, hanya fokus kepada pemanduan dan perjalanan. Masing-masing diam serta memasang muka tegang. Dari pejabat sehingga mahu sampai ke hotel tersebut, sepatah pun tidak keluar dari mulut.

Apa nak jadi?

Ashaa menggigit bibir sebaik sahaja papan tanda Revina of France Hotel sudah kelihatan. Bibirnya tidak habis berselawat dan beristighfar. Gemuruh di dada makin lama makin berombak. Ditambah pula situasi sekarang yang tegang sungguh menakutkan.

Mama, nak balik!

"Kita dah sampai cik."

Ayat yang terpacul di bibir Aiman serta merta mematikan lamunannya yang jauh. Ashaa mengatur nafas yang tiba-tiba sesak. Kini, keretanya betul-betul di depan pintu utama hotel mewah tersebut.

Kemudian, Thaqif dan Aiman keluar, membuka pintu untuknya. Dan, kaki selamat mendarat di luar kereta. Kelihatan pembantu peribadinya, Ariesa mendekati dengan fail di tangan.

"Owner tu dah sampai ke?" Tanya Ashaa pada Ariesa. Wanita itu mengangguk perlahan.

"Tuan Aqeel baru sampai lima minit tadi, cik. Sekarang dia di lobi. Kita kena masuk room dulu. Barulah dia masuk."

Ashaa menggigit bibir. Kenapa sharp sangat? Ada lima minit lagi hendak pukul 10.

Itu tak kisah mana. Yang kisah sekarang ni, pemilik syarikat itu saja.

"Jom masuk, cik. Lagi cepat, lagi bagus."

Ashaa mengangguk perlahan dan menurut sahaja. Dia bersama pembantu peribadi, pembantu urus saham dan hartanah mengikut dari belakang bersama bodyguard nya.

Rizz, tolong jangan nervous!

"Cik Ashaa okey tak ni?"

Tanya Ariesa padanya. Ashaa mengangguk perlahan. Thaqif menekan butang lif nombor 3 ingin naik ke tingkat atas dari lobi.

"Nervous sikit je."

"Cik nak something?"

"No no. Jap lagi hilang lah."

Tak habis-habis belakang tapak tangannya digosok. Sesekali diletakkan di bibir lalu meniup perlahan-lahan mencari haba. Jujur, tangannya sudah sejuk mengalahkan ais.

Takut.








Duduk dilepaskan di atas kerusi. Nafas cuba diatur perlahan-lahan. Debaran yang menguasai diri cuba ditepis keluar jauh-jauh. Sungguh, dia sangat gemuruh sekarang.

Bibirnya terasa kering. Tangan sudah sejuk sesejuknya. Makin lama makin kencang terasa. Penghawa dingin memang tidak terasa.

Arghhhh tolong!

"Cik Ashaa?"

Ashaa mengangkat muka apabila namanya diseru oleh Ariesa. Wanita itu mengangkat kedua keningnya.

"Okey tak ni? Ke cik tak sihat?"

"Ariesa tolong, saya takut." Ashaa sudah tidak keruan. Ariesa mulai panik. Aihh, cik muda! Janganlah!

"Saya rasa nak pengsan..."

"Cik, jangan pengsan sekarang. Tuan Aqeel nak masuk dah."

Serentak semua ahli mesyuarat bangun dari duduk. Ashaa memejamkan mata sesaat turut bangun dari duduknya. Memang kebiasaan, kalau ada tetamu masuk, mereka akan bangun memberi penghormatan barulah duduk bersama mereka.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now