PART 22

6 1 0
                                    

"Mama, papa, kitorang nak ikut kak Ashaa pergi shoot esok, boleh tak?"

Soalan Adreana membuatkan Ash dan Arash memandang sama sendiri. Lalu direnung wajah anak kembarnya di depan mata.

"Nak ikut akak pergi shoot? Seriusly?" Ash mengangkat kening sebelah. Adrean dan Adreana mengangguk serentak.

"Tapi kenapa? Mesti ada something..." Nada Arash perlahan. Twin ini bukan boleh buat main juga. Perangai hampir sama saja dengan kakaknya.

"Sebab... Kitorang takut abang manager hotel tu mengorat kak Ashaa." Jawapan Adrean perlahan saja. Teragak-agak juga dia meminta namun, demi kakak tercinta, mereka berdua sanggup juga.

"Sapa manager hotel tu sayang?" Arash melirik ke arah Ash di sebelah.

"Ammar Aiden. Anak sulung Imam Hamzah." Arash mengangguk perlahan. Ouh, anak Imam Hamzah rupanya.

"Jadi kenapa kalau abang manager tu mengurat kak Ashaa? Masalah Adrean dan Adreana ke?"

Arash sengaja menguji. Dia sudah nampak bara amarah di mata Adreana. Raut wajah Adrean sudah bertukar menjadi tegang dan dingin. Seperti dirinya.

"Abang manager tu tak layak jadi abang kitorang masalah sekarang ni."

Ash diam membisu sambil menggigit bibir bawahnya. Apa yang tak kena dengan Ammar Aiden tu?

"Pastu? Kak Ashaa layak untuk siapa?" Suara Arash mendatar. Sengaja memasang wajah tegang. Nampak gaya, kini giliran Adreana pula yang menjawab.

"Kak Ashaa is only for Abang Aiden. Only Abang Aiden. Takde dah yang lain."

Arash mengangguk perlahan lalu dipandang wajah sang isteri di sebelah. Kening kiri diangkat. Setuju atau tidak sebenarnya.

Ash mengangguk saja tanda setuju. Lagipun, sudah tentu Ashaa akan pergi bersama bodyguard nya.

"Come here, hug me." Arash menyuruh anaknya mendekat. Dua-dua tubuh kecil itu dipeluk erat seeratnya.

"Okay, I give permission for you both to follow Kak Ashaa's shoot tomorrow."

"Yeay! Thank you so much papa!"

Adrean mencium pipi kanan Arash manakala Adreana mencium pipi kirinya. Arash hanya senyum pasrah.

"Dah, pergi kiss mama pulak."

Mereka berdua beralih ke arah Ash dan memeluk tubuhnya.

"Thank you so much mama!" Kedua-dua pipinya dikucup lembut. Ash menggeleng kepala perlahan.

"Jom, pergi bilik akak."

"Jom!" Adrean dan Adreana berlari menaiki tangga menuju ke bilik Ashaa. Arash menghela nafas panjang.

"Nampak gaya dua-dua macam psiko juga je..."

"Ikut kakak diorang lah." Ash mengangkat kedua-dua bahu. Memang perangai lebih kurang sama saja. Darah cepat menggelegak.

"Tapi kenapa tiba-tiba diorang sebut pasal Aqeel ni?"

Ash mengerutkan dahi. Wajah Arash dipandang ringan. Ya tak ya juga, sebelum ini tiada pula sebut-sebut nya.

"Bukan apa, cuma kenapa tiba-tiba?"


Tok tok tok...

Pintu bilik diketuk. Mahu mahu tidak, Ashaa bingkas bagun membuka kunci pintu biliknya.

Ya, seperti andaian, si twin tersengih-sengih macam kerang busuk di depan pintu.

"Masuklah..."

Ashaa merebahkan badan di atas katil. Otak dan badan penat mencari dan berfikir, mahu pakai baju apa pada esok hari meskipun untuk shoot esok hari memang sudah disediakan.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now