PART 16

5 1 0
                                    

Azan Zohor baru sahaja berkumandang. Arash sudah terlebih dahulu ke masjid. Bukan dia sorang saja, termasuklah Pak Azhar, Pak Ishak, Aiman dan Thaqif turut bersama.

Harap maklumlah, hari Jumaat. Memang sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim lelaki yang cukup syarat menunaikan solat Jumaat.

Ashaa dan Ash tetap fokus pada telefon bimbit masing-masing. Rehat-rehat lah dulu. Mak Jue pun sudah masuk ke biliknya. Mungkin sedang membersihkan diri.

Tapi itu bukan masalah.

"Ashaa."

Pantas Ashaa memandang wajah ibunya di sebelah. Takut nak minta sesuatu atau mahu berborak.

"Mama rasa nak beranak lah..."

Lidah Ashaa kelu. Terkejut pun ya, gelabah pun ya. Kalau nak bersalin, fuhh bukan biasa-biasa.

Namun, riak wajah Ash tetap sama. Biasa saja. Seperti tidak menahan rasa sakit.

"Mama... Betul ke ni?"

"Iya, due date kan lusa. Tak pelik kalau nak bersalin hari ni."

Ashaa bingkas bangun lalu bercekak pinggang. Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan.

Nak pergi hospital? Of course lah! Takkan nak jadi bidan terjun pula. Aku bukan pandai. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni,

Takde orang kat rumah!

"Pastu mama? Papa takde, bodyguard, security semua dah pergi masjid."

Ashaa memegang kepala. Risaunya sekarang bukan main. Sapa je tak risau kalau orang nak bersalin. Main dengan nyawa ni!

"Sempat lagi tanya. Call lah ambulans sayang ku. Takkan nak suruh mama drive pula."

Ashaa menggigit bibir. Nak call ambulans, macam lah cepat nak tunggu diorang sampai. Mesti dah beranak dulu mama ni.

"Mama boleh tahan lagi kan?" Ash mengangguk. Ashaa menarik nafas, cuba menenangkan diri sendiri. Kalau dia gelabah, parah!

"Jap, Ashaa panggil Mak Jue."

Ashaa bergegas ke bilik Mak Jue. Mujurlah biliknya dekat sahaja dalam rumah sebesar alam ini. Pantas tangan mengetuk pintu.

"Ya, cik Ashaa." Mak Jue membuka pintu. Dia baru sahaja menyarungkan kain sembahyang pada tubuh ingin menunaikan solat Zohor. Namun, pintu biliknya terlebih dahulu diketuk menyebabkan tindakannya terbantut.

"Mak Jue, dengar elok-elok. Mama tu sekarang nak bersalin. Jadi, Mak Jue tolong naik bilik mama, ambil dua beg baju atas sofa bawak masuk kereta saya."

"Nak pergi mana cik Ashaa?"

"Pergi hospital. Mak Jue pakai begini saja. Saya nak cepat."

Mahu tidak mahu, Mak Jue menurut saja suruhan anak majikannya. Biarlah berkain sembahyang putih begini, janji tak jadi bidan terjun.

Ashaa terus berlari naik ke tingkat atas. Stokin dan tudung sarungnya dicapai lalu disarungkan. Mujur dia sudah memakai lengkap.

Lantaklah hoodie dengan palazo pun. Tudung sarung pun biarlah. Janji tutup aurat.

Ashaa mengambil kunci kereta di atas meja. Lalu berlari ke bilik ibunya mengambil tudung dan stokin.

Ringkas.

Melompat-lompat Ashaa menuruni anak tangga. Biarlah macam tak matang, asalkan tak jatuh saja.

"Pakai stokin ma..." Ashaa menyarungkan stokin pada kaki Ash, kemudian menyarungkan tudungnya. Setelah selesai, dia mengangkat tubuh Ash bangun berdiri.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now