PART 5

9 1 0
                                    

"Uncle Aiman dan Uncle Thaqif nak push up kat sini ke?"

Ashaa mencekak pinggang memandang dua bodyguard nya yang bersedia untuk meniarap. Aiman mengangguk sambil menarik sedikit seluarnya.

"Dah lah puasa, petang-petang macam ni. Boleh pulak nak push up ya. Dahlaa kat taman."

Ashaa meliar sekeliling taman rekreasi yang berdekatan dengan kawasan rumahnya. Jam tangan menunjukkan pukul 5:45 minit petang.

Saja dia datang, bosan juga di rumah. Sekali sekala keluarlah juga tengok orang.

"Memang kitorang tak makan seminggu pun cik Ashaa." Thaqif sudah terlebih dahulu meniarap. Perlahan-lahan dia melakukan push up. Ashaa duduk di bangku panjang sambil menggeleng kepala.

"Qif, kita lawan nak?" Aiman mencabar Thaqif di sebelahnya. Thaqif membuat gaya berfikir.

"Kalau kalah? Ada denda ke?"

"Takde. Aku tak suka denda denda. Kita lawan suka-suka je." Thaqif mengangguk. Ashaa senyum segaris. Ada benda yang dia mahu lakukan.

"Dalam masa 5 minit ya." Ujar Ashaa. Thaqif dan Aiman mengangguk. 5 minit saja? Mereka pernah melakukan push up dengan Arash 8 minit ke atas kot. Kalau 5 minit tu apalah sangat.

"Satu, dua, tiga!"

"Satu! Dua! Tiga!" Ashaa menggeleng perlahan. Sesekali dia melirik ke arah jam tangan. Bagi memastikan masa yang diberitahu cukup atau tidak.

"Stop!"

Thaqif bangun duduk melutut manakala Aiman sudah terlebih dahulu tumbang. Fuhh, penat juga. Tapi seronok sebab badan tak berat.

Tak makan, kan.

"Nah!" Ashaa menghulurkan dua helai tuala muka berwarna putih kepada Aiman dan Thaqif.

"Ehh cik Ashaa! Tak payahlaa. Susah saja." Thaqif menolak sambil menggeleng perlahan. Peluh yang terpercik di dahi mengalir perlahan.

"Ambil jelah. Setakat tuala muka, apalah sangat." Mahu tak mahu, Thaqif dan Aiman mengambil jua. Peluh yang mengalir membasahi dahi dan leher dikesat perlahan. Tidaklah berapa ramai orang di taman pada hari ini.

"Emm... Uncle. Ashaa nak pergi sana jap. Nak record sunset." Ashaa menunjukkan ke arah pagar yang menghadap matahari turun. Dari kejauhan, ada bukit-bukit yang menghiasi tempat terbenamnya matahari. Thaqif dan Aiman mengangguk perlahan. Hanya dalam kawasan taman tersebut, tidak jauh.

Ashaa berjalan perlahan ke arah pagar separuh pinggang yang design nya seperti beranda kaca. Telefon membuka kamera. Setelah beberapa saat, dia mengambil beberapa keping gambar dan video. Sesekali dia zoom bagi melihat jelas akan matahari tersebut.







Aku nak baca surah apa malam ni?

Aiden berjalan di sebelah pagar taman. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Rambutnya agak serabai dek tiupan angin yang sedikit kuat seperti di pantai.

Ehh tu... Aiden mengecilkan anak matanya, memandang susuk tubuh seorang gadis yang fokus pada telefon bimbitnya. Kalau tak salah, itu adalah...

Ashaa.

Bibir merah Aiden mengulum senyuman nipis. Wajah gadis itu terbayang-bayang di mata. Anak mata berwarna hazel melekat di kepala.

Dia suka surah apa ya? Aiden mengetap bibir. Rasanya, boleh saja dia bertanya pada Ashaa, surah apa yang dia suka.

Bismillah.





Ashaa menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket semula. Mata tetap fokus pada hamparan seluruh semesta. Hebat! Sungguh hebat ciptaan-Nya.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now