PART 23

8 1 0
                                    

"Siap dah cik?"

"Dah-dah. Jom-" kata Ashaa mati apabila anak matanya menangkap adik kembarnya sudah tertidur di ribaan Thaqif dan Aiman. Jelas muka dua lelaki itu pasrah.

"Lama dah ke diorang tidur, uncle?" Ashaa mengerutkan dahi. Thaqif menggeleng kepala.

"Baru 10 minit..." Jawab Aiman sambil membetulkan posisi Adreana, begitu juga Thaqif dan Adrean. Setelah posisi betul, mereka berdua bingkas bangun keluar dari hotel.

"Kunci kereta, uncle. Saya bukakan. Susah nak buka tu, bawa budak."

Thaqif menyeluk poket seluarnya dan menghulurkan kunci kereta Range Rover padanya. Remote ditekan dan pintu kereta dibuka. Aiman dan Thaqif meletakkan tubuh kecil Adrean dan Adreana di atas kusyen.

"Dah macam bapak-bapak lah uncle tadi." Ashaa tersenyum nakal. Aiman menarik seltbelt sambil melirik ke dalam cermin pandang belakang.

"Hm, memang patut panggil bapak-bapak. Umur pun dah nak masuk 40."

Ashaa tersenyum kecil. Adik kembarnya dipandang. Lena betul tidurnya. Nampak sangat penat. Tulah, siapa suruh ikut orang pergi shoot. Ingat kejap ke?

"Cik jumpa ke manager hotel tadi?"

Soalan Thaqif benar-benar mengingatkan semula kisah yang berlaku sewaktu rehat 10 minit tadi. Ashaa mengangguk perlahan.

"Dia datang tegur. Ingat nak tanya pasal dewan apa semua. Sekali offer jadi girlfriend."

"Serius? Oh my god..." Ujar Aiman perlahan sambil memulas stereng kereta. Ashaa mengangkat kedua-dua bahu.

"Problem apa tah pakcik tu. Gatal. Muka takdelah handsome sangat. Sedap je dia remehkan adik dia, uncle."

Ashaa memeluk tubuh. Geramnya belum hilang dari tadi. Mudah benar lelaki itu merendahkan orang lain, orang yang dah pergi kot. Agak-agak lah kalau nak cakap pun.

"Tak baiknya... Biasalah, tak matured lagi kot."

"Kot?"

Aiman melirik ke arah Thaqif. Apa maksud tak matured? Malahan cik muda ni panggil manager tersebut pakcik. Mana satu nak percaya.

"Umur dia berapa cik Ashaa?" Soal Aiman.

"27. Dia tua dua tahun dengan Aiden. Kalau Aiden ada sekarang ni, 25 lah dia."

Serentak Aiman dan Thaqif menganggukkan kepala. Patutlah cik muda memanggil lelaki itu pakcik, dah nak masuk siri 30 rupanya.





                           •••••••••••••



Ashaa menutup iPadnya. Kedua-dua lengan diluruskan ke hadapan. Kepala disengetkan ke kanan dan kemudian ke kiri. Lehernya digosok-gosok perlahan. Jam dinding dilirik. Sudah pukul 11:30 malam. Namun matanya tidak mengantuk dek selepas shoot tengahari tadi terus dia tidur.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan. Ashaa mengalihkan pandangan ke pintu lalu bingkas bangun membukanya.

"Twin?"

Adrean dan Adreana tersenyum ke arahnya. Ashaa mengerutkan dahi. Dah kenapa malam-malam buta datang bilik orang ni?

"Kenapa?"

"Akak tak tidur lagi?" Ashaa menggeleng kepala perlahan.

"Korang pun, kenapa tak tidur lagi? Kalau mama tahu, confirm bising ni."

Adrean melirik ke arah Adreana dan kemudian bersuara.

"Kitorang lapar sebenarnya..."

Ketawa kecil Ashaa terhambur. Kepala adik kembarnya digosok-gosok lembut.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now