PART 35

4 1 0
                                    

"Good morning!"

"Good morning too..." Ashaa mengucapkan selamat pagi sebaik sahaja masuk ke dapur. Yang dia nampak, cuma ibunya sahaja.

"Twin mana?"

Ash menutup pintu peti ais lalu melirik ke arahnya.

"Kat atas. Tak turun lagi."

Ashaa mengangguk perlahan. Kerusi di meja makan ditarik keluar. Di atas meja sudah terhidang nasi goreng kampung Mak Jue. Tak pernah tak sedap!

"Aiden mana?"

"Dia cakap nak mandi dulu."

Ash hanya mengangguk perlahan sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Biasalah, dia makan dulu. Harap maklum, lapar. Tapi berat tak naik-naik.

"Aihh, tinggal suami kat atas macam tu je?! Apa ni puan muda?!" Bahu Ashaa terhinjut sedikit dek terkejut. Papa, kalau pagi-pagi tak sakat orang memang tak sah hidup dia.

"Biarlah, suami Ashaa kan?"

Rahang Arash jatuh sedikit. What? Mudahnya dia!

"Hm, tak boleh lawan mama."

"Aiden tengah mandilah, papa. Takkanlah dia nak turun dengan tuala je." Ashaa memeluk tubuh. Sekilas, dia membuat bombastic side eye, benda biasa. Papa pun lebih kurang saja.

"Ashaa nak naik tengok dia jap." Akhirnya dia memutuskan untuk bangun dan naik ke atas. Tak tahulah lelaki itu jenis macam mana. Kena tunggu orang pergi heret dulu?

Pintu bilik dibuka. Tak payah nak berlapis, kena ketuk minta izin baru masuk. Ini bukan bilik boss atau majikan yang tarafnya seperti raja. Ni bilik sendiri lah.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, terus dia berpusing ke arah cermin solek, dan...

"Astaghfirullah hal azim!" Ashaa kembali memandang pintu. Arghhhh, pagi-pagi lagi sudah disajikan begini. Mana tak rosak mata.

"Kenapa?" Tanya Aiden sambil mengelap rambutnya yang basah. Ashaa menepuk dahi. Oii, agak-agaklah kalau berseluar je! Memang nak tayang six pack pun pagi-pagi buta.

"Tak payah nak terpaling jaga pandangan lah, zaujati. Pandang jelah, bukannya aurat." Aiden menyarungkan bajunya yang berada di atas katil. Ashaa cuba mengatur nafas. Ahh, dapat jumpscare.

"Saya ingatkan awak kat dalam toilet lagi. Tu confident saya masuk je." Ashaa memandang wajah Aiden. Lelaki itu hanya mengangguk. Faham akan maksudnya, mesti mama dan papa suruh datang panggil kan?

"Dah siap. Jom turun." Tangan kiri Ashaa diraih lalu keluar menuruni anak tangga. Dalam hati Ashaa, rasa nak tampar diri sendiri saja. Memalukan!









Aiden menutup telefon lalu diletakkan di sebelah. Kepala disandarkan pada sofa di ruang tamu. Tengah cuti begini pun masih fikir tentang kerja di pejabat. Kepala pun sudah mula berdenyut. Menyakitkan hati betul.

Namun, dia nak salahkan siapa? Memang sudah menjadi tanggungjawab pemilik syarikat.

"Abang!"

Aiden mengerutkan dahi dan berpaling ke belakang. Kelihatan Adrean dan Adreana yang siap memakai baju renang berjalan menuju ke kolam sebelah kiri rumah bersama Arash.

"Jom, mandi kolam sekali." Ajak Arash. Aiden memberi segaris senyuman padanya lalu bingkas bangun.

"Nak tukar baju jap."




"Nah." Ashaa menghulurkan sepasang baju renang berwarna hitam padanya. Mahu mahu tidak, segera dia masuk ke dalam tandas bagi menukar. Ashaa membuka penutup sunscream lalu dipicit perlahan-lahan mengeluarkan isinya.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now