PART 7

8 1 0
                                    

"Ehh, Angah! Ada surat."

Aqeel mengerutkan dahi sedikit berjalan mendekati ibunya. Ustazah Hayat mengeluarkan sepucuk surat yang tertulis Imam Tarawih di hadapannya. Aqeel menarik lalu ditilik satu persatu.

"Surat? Untuk Angah?" Aqeel mengangkat muka memandang wajah ibunya. Ustazah Hayat tersenyum nipis.

"Yelah, takkanlah surat tu untuk abi pula. Bila je abi jadi imam tarawih. Mestilah untuk Angah."

Aqeel menggosok telinga kanannya. Dia boleh merasa bahawa telinganya sudah merona kemerahan. Susah juga nak tahan.

"Angah masuk... Baca dulu ya ummi." Aqeel senyum sekilas lalu masuk ke dalam rumah. Ustazah Hayat menggeleng kepala perlahan. Tengok. Mudah saja nak dapat menantu. Dah ada orang hantar surat. Alahai...

Pintu ditutup rapat. Punggung dilabuhkan di atas birai katil. Jari jemari membuka sampul surat tersebut perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah, Aqeel membuka surat tersebut.

Masyaallah!

Aqeel tersenyum sendiri. Benarlah surat itu daripada Ashaa untuk dirinya. Cantik juga tulisannya, seperti orangnya juga.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersaksikan langit dan bumi, seluruh hamparan alam semesta, beserta kalimah suci Agung-Nya, dari jiwa yang sepi tanpa cahaya menanti hadirnya seorang hamba yang bergelar Adam datang menyinari hidup seorang Hawa.

Kepada jiwa yang hadir di dalam hidupku, Aqeel Aiden.

         Sesungguhnya, hati ini telah terkunci sebaik sahaja aku memandang dirimu di suatu masa yang tidak ku jangka.

        Seperti sabda baginda Nabi Muhammad SAW, "Jika engkau menyukai seseorang, maka luahkanlah padanya." Dan tujuan aku menulis lembaran ini hanyalah ingin menyatakan perasaan cinta yang berputik di hatiku padamu.

Imam-ku,
        Jika sudah tertulis di suratan, aku menginginkan dirimu menjadi imam di setiap ibadahku, pelengkap hidupku dan madrasah pertama buat bakal penghuni rahimku yang berbin dan berbinti kan namamu.

       Cinta tidak mengenal usia, tidak mengenal darjat. Jika sudah ditakdirkan, lautan yang terbentang luas diredah, akan kembali kepada asalnya juga.

        Semoga rasa kasih dan sayang ini terbina di atas dasar cinta, iman dan taqwa kepada Sang Pencipta, bukannya ke arah cinta dan habuan dunia semata-mata.

Diharapnya diriku dan dirimu diredhai Tuhan.

      
                                                     Ashaa.



Aqeel memejamkan mata sesaat. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman sejak membuka sepucuk surat yang diterimanya.

Suka, terharu, semua ada bercampur baur di dalam dada. Jarang nak jumpa orang confess guna surat. Perempuan pula tu.

Yelah, mana ada istilah timba cari perigi dalam Islam. Pepatah Melayu saja yang ungkapkan sedemikian.

"Aku nak buat macam mana ni?" Aqeel bangun ke hadapan cermin mejanya. Pipi dan hidung sudah merona kemerahan. Fuhh, jarang nak tengok mukanya merah menyala sebegini. Ini bermaksud, dia sudah sampai tahap blushing terokk.

"Dah lama Aqeel Aiden tak jumpa peminat." Aqeel mendekatkan surat tersebut dengan hidungnya. Sipi-sipi, dapatlah juga bau wangian minyak wangi. Tapi tak pasti milik siapa. Mungkin milik Ashaa?

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now