PART 4

8 1 0
                                    

Ashaa berjalan perlahan-lahan. Mujurlah tidak ramai lelaki di situ kerana semuanya sudah bergerak terlebih dahulu ke meja yang disediakan moreh.

Ke arah kanan dan kiri dipandang. Mencari kelibat si imam yang berjaya mencuri hatinya. Aih, ke mana pula anak ini?

Dia pakai baju warna apa hari ni?

Ashaa mengagak. Namun, tetap sahaja buntu. Bukannya ketika dia datang ke masjid, dia terserempak dengan imam itu pun.

Selang beberapa saat, telefon di kocek baju jubahnya berbunyi meminta diangkat. Ashaa mengerutkan dahi.

Macam mana nak jawab panggilan kalau dua-dua tangan tengah pegang makanan ni? Meja pun takde nak letak sekejap.

Ashaa mendesis. Mahu tak mahu, terpaksa dia memegang kedua-duanya pada satu tangan walaupun ia agak sulit dan berat.

"Mari saya tolong."

Ashaa mengangkat muka. Nak tengok muka pun kena dongak juga ya. Tapi, dia terkejut. Lelaki yang berada di hadapannya tidak lain ialah...

Aiden.

Ashaa meneguk air liur. Mahu tak mahu dia hulurkan saja. Terdesak. Ashaa memegang bahagian atas manakala Aqeel menyambut di bahagian bawah bagi mengelakkan tangan mereka tersentuh. Laju sahaja Ashaa mengeluarkan telefon dan mengangkat panggilan,

Papa.

"Ashaa kat mana sekarang?" Suara Arash keluar dari corong telefon. Ashaa memandang ke belakang.

"Ashaa kat depan." Balas Ashaa. Arash mencari susuk tubuh anaknya.

"Ouh dah jumpa lah ni." Wajah Ashaa bahang. Sempat pula ayahnya menyakat. Kalau wajahnya merah sebegini, tak ke malu dengan imam tarawih yang tengah berdiri kat depan ni.

"Papa, please..." Ashaa senyum segaris. Arash menggeleng kepala.

"Okey, papa letak dulu ni."

Ashaa menyimpan semula telefonnya. Figura di hadapannya turut berjubah hitam. Saja nak matching ke macam mana malam ni? Berkopiah bersama serban berwarna putih yang dililit kemas dan kain rida' yang tersangkut elok pada bahunya masih setia di hadapan.

Aqeel menghulur semula beg plastik di tangan pada Ashaa namun ditolak.

"Err, ni papa suruh bagi. Makanlah dengan ustazah." Ujar Ashaa lembut. Sebenarnya, dia cemburu. Cemburu dengan tanah, dengan lantai yang selalu dipijak.

Kenapa Aiden selalu pandang tanah berbanding pandang orang yang ada kat depan dia kecuali lelaki?

Aqeel mengangguk perlahan namun senyuman tetap terukir di bibir. Cair juga Ashaa dibuatnya. Senyuman jejaka itu tidak pernah mengecewakan. Ikhlas. Air mukanya juga sangat tenang dan mendamaikan.

"Terima kasih... Ashaa."

Aqeel mengangkat muka. Mata mereka bersabung buat beberapa saat. Aqeel terpana melihat anak mata Ashaa yang berwarna hazel.

Mana nak cari mata warna macam ni?

Pandangan dilarikan semula. Pantas bibir Aqeel beristighfar perlahan. Panahan seorang perempuan amat tajam seperti racun dan boleh menggugurkan iman. Ashaa menggosok belakang tapak tangannya menghilangkan debar di dada.

"Awak..." Ashaa bersuara. Aqeel memandang ke arahnya tetapi tidak melihat pada matanya. Ashaa diam.

"Ya."

"Semua orang panggil awak Aqeel, kan?"

Dahi Aqeel berkerut. Sesekali anak matanya memandang anak mata Ashaa. Maksudnya?

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now