PART 8

9 1 0
                                    

"Boleh saya duduk?" Pinta Aiden lembut. Ashaa mengangguk perlahan tanda membenarkan. Baju ditarik sedikit ke hadapan menutup pahanya. Meskipun dia memakai seluar jenis palazo dan baju muslimah separas atas lutut, tapi tetap tidak selesa juga apabila dipandang ajnabi.

"Awak sihat?" Soal Aiden. Matanya masih tepat ke hadapan. Ashaa mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah. Awak?" Soalan berbalik semula. Aiden mengangguk. Bibirnya tak habis-habis senyum.

Mamat ni asyik senyum, mana tak cair aku.

"Alhamdulillah."

Jeda.

Ashaa menunduk saja. Malunya bukan kepalang. Agak-agak sajalah, dia menghantar sepucuk surat kepada lelaki itu beberapa hari yang lalu, kemudian mereka bertemu empat mata pula pada petang ini.

"Awak, saya nak mintak maaf pasal... Surat tu." Ashaa akhirnya bersuara. Aiden tetap diam.

"Tak salah pun. Tapi saya respect lah. Mana ada perempuan akhir zaman buat macam tu."

Ashaa berasa seperti anak panah tepat mengena di dada. Perempuan akhir zaman. Sesuai juga title nya.

"Awak nak saya balas ke?" Tanya Aiden. Wajahnya dipalingkan sedikit ke arah Ashaa. Sekadar melihatnya dari ekor mata saja.

"Suka hati awaklah. Saya okey je." Balas Ashaa. Jujur, malu sudah menguasai diri. Mukanya dari tadi lagi membahang. Ni bukan jadi suami lagi. Kalau tidak, tak surut-surut lah merah mukanya nanti.

"Okey, insyaallah saya balas." Aiden menolak rambutnya ke belakang. Tiupan angin lembut membelai pipi. Damai.

"Malam ni saya dapat jemputan. Jadi inam tarawih kat masjid mukim sebelah sana."

"Alaa..." Ashaa mengeluh kecil. Perlahan saja namun cukup untuk didengari oleh Aiden.

"Malam ni je. Insyaallah malam esok macam biasa, kalau saya hidup lagi." Balas Aiden dengan senyuman segaris di bibir merahnya. Ashaa mengetap gigi. Makin lama makin merah mukanya. Haishh Aiden.

"Kalau saya hidup lagi, saya akan terus jadi imam awak. Untuk selamanya."

Aiden bangun dari duduknya. Seperti mahu beredar. Dipandang ke kanan kiri sambil kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

Ashaa gumam. Tidak salahkah apa yang dia dengari tadi? Tapi, mengapa ayat itu aneh saja kedengarannya.

"Ashaa..."

Ashaa mengangkat muka, memandang tepat wajah lelaki dihadapannya. Mata mereka bersabung buat seketika. Setelah sepuluh saat berlalu, Aiden melarikan wajahnya sambil istighfar meniti di bibir.

Sabar Aiden, sabar. Dia bukan bini kau.

"Doakan saya."

Ujar Aiden ringkas. Kalau boleh, mahu saja dia tenung wajah gadis itu lama-lama. Tapi dia bukan halal lagi.

"Insyaallah. Awak pun sama. Doakan saya juga." Balas Ashaa dengan nada perlahan. Lelaki itu mengangguk. Lalu menghela nafas panjang.

Nama awak selalu ada di dalam doa saya, Ashaa.

"Saya pergi dulu ya."

Aiden senyum segaris ke arahnya lalu pergi walaupun belum sempat Ashaa membalas.

Kenapa aku rasa sayu pula? Padahal malam esok aku boleh je jumpa dia kat masjid.

Ashaa menggigit bibir. Ayat Aiden terngiang-ngiang di telinga. Namun, dia terasa lega. Aiden okey saja apabila menerima surat darinya. Tidak menunjukkan sebarang riak tidak suka.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now