PART 27

3 1 0
                                    

"Universiti Al-Azhar, Cairo Mesir."

Aqilah menutup mulut Ammara yang terlopong. Bukan gadis itu sahaja, malah rahang Imam Hamzah dan Ustazah Hayat turut jatuh.

"Al-Azhar? Serius Angah?"

"Ya, takkan nak menipu pula. Lima tahun kot sana..." Anak mata Aqeel melirik saja ke wajah ayahnya, ibunya, dan adik perempuannya.

"Mesti tak percaya kan?"

"Sapa kata?"

Aqeel ketawa kecil. Siapa je nak percaya pergi belajar luar negara kalau duduk dengan orang lain. Namun, rezeki. Tengku Zuhdi menghantarnya ke bumi Arab untuk menyambung pelajaran di sana.

"Sebab uncle Zuhdi pernah tanya Angah. Pasal nak sambung belajar. And time tu Angah terdetik nak pergi Mesir. Nampak bumi Mesir je masa tu. Pastu, dia macam okeylah. Uncle biaya.  So pergilah."

Jelas rasa terharu di wajah Imam Hamzah dan Ustazah Hayat. Memang dari dulu lagi mereka berdua berhasrat ingin menghantar anak lelakinya ke bumi Arab. Namun, anak sulungnya tak dapat diselamatkan. Dia sudah selamat mendarat di Australia. Manakala anak kedua, setelah hilang ketika tragedi kebakaran, hasrat mereka seperti hancur dan tidak berharap lagi.

"Tuhan makbulkan doa ummi dan abi. Nak bawa Angah pergi sana."

"Angah, sambung cerita. Bila angah boleh ingat semula?"

Aqilah mencebik bibir, minta Aqeel menyambung cerita.

"Angah ingat masa semester keempat. Sebab Angah tak sengaja jumpa sorang Sheikh ni..."







Aqeel melangkah masuk ke dalam masjid. Al-Quran dan sebuah kitab tebal dipeluk kemas pada dada. Dia meliar sekeliling. Masjid ketika itu lengang sahaja, hanya ada beberapa orang di dalamnya. Dia mendongak sedikit, langit pagi sangat cerah. Bersama kicauan burung yang berterbangan mencari makan.

Akhirnya kaki berhenti di sebelah tiang masjid bahagian saf hadapan. Duduk dilepaskan di atas karpet masjid, Al-Quran dan kitab yang dibawa bersamanya diletakkan di atas rehal.

Kitab setebal tiga inci itu dibelek-belek perlahan. Dan seketika berhenti apabila anak mata membaca setiap isi dan butiran yang ada. Setiap yang terkandung, semuanya penuh dengan tulisan Arab yang panjang seperti karangan.

"Assalamualaikum ya shabbab!"

Aqeel mengangkat kepala mencari pemilik suara. Salam tersebut dijawab perlahan. Tiba-tiba seorang sheikh berjanggut putih dan berjubah kelabu cerah duduk di hadapannya beserta senyuman di bibir.

Memang jenis pemurah kalau bab-bab senyum, Aqeel turut membalasnya.

"Sabaahal khair?" Tanya Sheikh tersebut. Aqeel mengangguk perlahan.

"Sabaahan nuur." Balasnya.

"Apa yang kamu lakukan disini pada waktu pagi sedangkan sangat susah untuk melihat pemuda berada di masjid ketika ini?" Tanya Sheikh tersebut dalam bahasa Arab Ammiyyah.

"Hari ini cuti, jadi saya memutuskan untuk datang ke masjid. Disini saya boleh mengulang hafalan saya. Saya boleh menghafal kitab tanpa gangguan." Balas Aqeel turut dalam bahasa Arab Ammiyyah. Sheikh itu mengangguk perlahan dengan tersenyum bangga.

"Sesungguhnya engkau sangat bertuah wahai pemuda." Aqeel tersenyum nipis dan menunduk sedikit.

"Apa nama kamu?"

"Aiden, dari Malaysia."

Sheikh itu menyebut namanya perlahan lalu mengangguk perlahan. Aqeel hanya menanti sambungan ayat yang bakal keluar dari mulut Sheikh tersebut.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now