PART 24

6 1 0
                                    

Tok tok tok...

"Masuk!"

Balas Ashaa apabila pintu biliknya diketuk. Fuhh, jenuh juga belek fail setebal alam. Tiba-tiba banyak pula laporan yang perlu diperiksa sebelum dimasukkan ke dalam data. Malahan, antara yang perlu diperiksa berkaitan dengan pasaraya yang besar itu.

Penat!

Kelibat Hadif, P.A. ayahnya masuk ke dalam bilik dengan membawa dua fail hitam berjalan ke mejanya lalu dihulurkan padanya.

"Fail apa pula papa bagi?" Soal Ashaa lalu menyambut huluran tersebut. Fail pertama dibuka. Muka depan lagi dah terang lagi bersuluh bahawa isinya berkaitan dengan saham.

Saham again.

"Ni fail saham dan hartanah. Kat dalam tu semua ada tentang butiran berkaitan meeting esok."

"Meeting esok? Maksudnya?" Ashaa menghentikan kerjanya lalu mengangkat muka dengan seribu tanda tanya.

"Esok cik ada meeting dengan pemegang saham terbesar dan hartanah. Syarikat kita nak beli saham dan tanah besar baru. Tuan Arash suruh cik yang handle meeting ni esok, jumpa pemilik tu sendiri."

Ashaa menggigit bibir. Kalau bab saham ni agak serabut sebenarnya. Tapi dia boleh saja kerana sudah tentu pembantu peribadinya ikut serta.

"Kat mana dan bila?"

"Kat Hotel Revina of France. Pukul 10 pagi esok." Jawab Hadif. Ashaa mengangguk perlahan tanda faham.

"Ada pape lagi ke?"

"Setakat ni Tuan Arash bagitahu tu saja. Takde dah. Kalau ada sebarang pertukaran, saya akan inform semula."

"Habis? Jadual saya macam mana?"

"Tuan Arash dah kosongkan. Dia cuma suruh cik pergi meeting itu saja. Selepas itu free."

Terlopong mulut Ashaa dibuatnya. Apa kejadah laju sangat bapanya kosongkan jadual? Biasanya kalau bab-bab nak kosongkan memang kena mintak merayu dulu. Kecuali ada kerja lain di House of Armada. Tapi,

Papa ni dah buang tabiat ke apa?

"Cik nak tanya pape lagi?" Ashaa menggeleng. Hadif tunduk hormat dan keluar dari biliknya. Setelah kelibat lelaki itu hilang, Ashaa membelek fail di tangan semula.

"So betullah yang papa cakap tu... Nak beli saham ngan tanah baru. Aku je yang lalai."

Sehelai demi sehelai dibelek dan kemudian berhenti. Anak mata membaca setiap butiran yang tertulis di dalamnya. Dan tiba-tiba, dahinya berkerut.

Verance of Airizz? Cantik juga nama company nya.

Ashaa mengangguk perlahan. Jarang nak jumpa. Cuma mengapa ejaan Rizz itu sama dengannya?

Lantaklah.

"Sapa owner nya?"

Ashaa menutup fail saham dan membuka fail hartanah pula. Di muka hadapan lagi, sudah tertera nama syarikat dan pemiliknya.

"Wait... Betul ke ni?"

Mr Aqeel Aiden bin Hamzah
CEO Verance of Airizz

Ashaa menggigit bibir bawahnya kuat. Nama yang tertera dibaca berulangkali dengan rasa tidak percaya. Benarkah ini nama pemilik syarikat tersebut?

"Aiden?"

Ashaa menutup fail tersebut dan menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Rasa tidak percaya menguasai diri. Benarkah pemilik syarikat tersebut merupakan seorang lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya?

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now