PART 40

5 1 0
                                    

"Sembang apa ni?!"

Naufal memekup wajahnya dengan bantal kusyen. Penat dah dengar lawak bodoh bapak sendiri, otak pula tengah serabut fikir pasal kes yang tengah bising di agensi.

"Haihh... Dahlah. Ayah nak naik."

Tengku Zuhdi menepuk bahu kirinya beberapa kali sebelum naik ke tingkat atas. Naufal hanya mengangguk. Hishh, bikin trauma.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi minta diangkat. Tangan laju mengangkat dan mendekatkan pada telinga.

"Ya Harraz, kenapa?"

"Weyh, Aqeel ngan bini dia kat rumah baru dia ke sekarang ni?"

"Yelah, takkan nak duduk rumah family dia pula."

Naufal memasang muka cemberut. Aneh juga dia. Sejak bila si Harraz bertanya soalan pelik-pelik begini? Selalunya tidak.

"Hm, nothing."

Talian tamat. Naufal menggeleng. Kalau Harraz memang tidak serumah. Jumpa pun jarang. Apatahlagi dia mengatakan bahawa dia sedikit sibuk sekarang dan kurang bercakap.

Tetapi sudah perangai semula jadi seorang Naufal, dia memang tidak bertanya. Harraz tu baran!

Harraz mengetap giginya kuat. Ssbuah gambar potret yang tergantung pada dinding biliknya direnung lama. Matanya mulai merah.

"Dia ke aunty?"

Harraz memecah sunyi. Namun, soalannya tiada jawapan. Tiada sesiapa di dalam bilik tersebut kecualinya. Tangan memeluk tubuh.

"Ke... Mak dia sebenarnya? Siapa yang bunuh siapa sekarang ni?"

Jeda.

"It's okay aunty. Harraz akan balas dendam semula."


"Mama!"

Ash mengangkat muka memandang kedua anak kembarnya di hadapan. Mahu mahu tidak, terpaksa dia bawa masuk offices, sekolah mereka cuti ganti tiba-tiba.

Memanglah boleh je tinggal di rumah. Pengasuh itu ada. Tapi bila dah merayu bagai, tamat ceritanya terpaksalah bawa.

Eloknya eksport pergi Belle of France saja.

"Kenapa?" Ash tetap fokus pada kerja di hadapan. Adreana memeluk tubuh.

"Mama, kalau kita tersentuh babi, kita kena samak kan?"

Ash meneguk air liur pahit. Soalan apa ni?

"Yelah, kena samak lah sebab babi kan haram." Ash menampar bibir perlahan. Duk sebut babi babi ni rasa tak sedaplah pulak.

"See. Adreana Nasren always right."

Adrean merengus perlahan. Orang cakap haram, dia cakap samak. Tapi tetap nak menangkan dia juga. Ini tak adil.

Tok tok tok...

"Masuk!" Adrean dan Adreana membalas serentak. Ash sekadar menggeleng. Hanya anak mata yang memandang ke arah pintu.

Dan,

"Hi!"

"Papa!"

Sepasang kembar tersebut berlari ke arah bapanya lalu memeluk tubuh Arash. Ash menggaru dahi perlahan. Pelik juga mengapa lelaki itu datang ke sini sedangkan sekarang merupakan waktu bekerja.

"Ean dan Eana ganggu mama ke?"

"Tak. Mama fokus je buat kerja."

Arash senyum segaris ke arah Ash yang diam melihat drama anak kembarnya.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now