PART 45

1 0 0
                                    

Siang malam pagi petang, tahu-tahu dah sebulan lebih bergelar isteri orang. Hari bermula seperti biasa tanpa masalah.

"Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Pakai baju, solat subuh, turun breakfast, chau dulu!"

Itulah lagu yang selalu bermain di bibir Aiden sekadar menyakat diri. Yelah, bukannya mereka ada anak untuk diuruskan pada awal pagi. Bukannya perlu mengemas rumah sebelum keluar. Orang gaji ada, semua sudah tersedia. Hanya diri yang mahu atau tidak saja.

Kadang-kala, bosan juga bila hidup berdua begini. Keluar pagi balik petang. Kalau ada majlis, sampai ke tengah malam. Kalau ada urusan penting yang tidak boleh dielakkan, hari cuti dah hilang tajuk. Buat masa sekarang, hati tidak memilih untuk berbulan madu atas urusan kerja. Dalam sehari kalau nak tengok muka, hanya ada waktu malam sahaja.

Di rumah pun boleh kalau setakat nak honeymoon, bak kata dia juganya.

Tiba-tiba fikiran terlintas akan kejadian pada waktu malam yang berlalu beberapa hari lepas. Gara-gara bosan berada di rumah, hati memilih untuk keluar kononnya nak memandu pada waktu malam.

"Aiden..."

Aiden mengangkat wajah memandang susuk tubuh sang isteri yang sedang berdiri di rel tangga.

"Yes baby, kenapa?"

"Saya bosanlah. Jom keluar."

Aiden melirik jam dinding. Sudah pukul 9:45 malam. Keluar pergi mana malam-malam buat macam ni. Kalau bab ajak keluar malam, lepas isyak sepatutnya.

"Lewat dah ni. Awak nak pergi mana?"

"Alah, drive night je. Bukan nak pergi mana pun. Saya bosan. Jomlah!"

"Ya-ya."

Setelah beberapa minit bersiap ala kadar,

"Saya nak drive." Aiden mengerutkan dahi mendengar pernyataan Ashaa. Drive? Malam-malam macam ni?

"Serius sayang?"

"Iya, saya bukannya rabun malam." Ashaa membuka pintu kereta lalu menghidupkan enjin. Aiden hanya menurut lalu duduk di sebelah kiri penumpang bahagian depan. Rasa macam dapat prince treatment pula.

"Awak nak lalu jalan mana?" Tanya Aiden apabila sang isteri memakai tali pinggang keledar sambil membetulkan cermin kereta pandng belakang.

"Ikut highway kot, sebab kat sana selalu tak banyak kereta."

Ashaa menekan pedal minyak kereta mahalnya meninggalkan perkarangan rumah. Wajah suami dilirik sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduan. Lelaki itu hanya beriak biasa, tiada senyuman atau cemberut. Seperti redha sahaja apa yang dilakukannya.

"Baby, slow sikit boleh tak?" Aiden mengecilkan mata. Kadang-kadang dia memejamkan mata buat sesaat dua. Seluruh tubuh memang dah sejuk kalah mayat dalam peti. Namun, sang isteri masih berlagak biasa.

"Slow dah lah ni. Nak slow macam mana lagi?" Ashaa tetap fokus. Tangan kirinya menggenggam erat tangan Aiden yang sejuk.

"Uishh, sejuknya! Kenapa takut sangat?"

"Eyyy, macam mana tak berdebar?! Awak bawak laju macam ni memang bawak mengucap saya."

Aiden hanya melirik pada dash board kereta. Kelajuan kereta sekarang sudah mencapai 180 kilometer per jam. Makin lama bukan makin perlahan, tapi makin laju.

"Baru 180, baby Aiden. Saya pernah drive night 200 dengan uncle, elok je." Ujar Ashaa selamba. Aiden merengus perlahan. Rasa nak nangis pun ada bila perempuan di sebelah tak dengar cakap.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now