PART 6

11 1 0
                                    

"Papa cakap ada buat bagi-bagi makanan untuk buka puasa kat jiran sekampung semua petang ni."

Ashaa menuruni anak tangga. Lagi setengah jam nak masuk waktu Zohor. Dari pagi terperap saja dalam bilik, keluar lah juga berbual dengan ibu bapanya yang sedang berehat di ruang tamu.

"Mama, papa." Ashaa melabuhkan punggung di sofa single. Ash melirik ke arah anaknya.

"Ashaa nak tahu something tak?"

Arash bersuara. Wajahnya cukup menyimpan seribu satu kata di pandangan Ashaa. Gadis itu mengangguk.

"Apa dia?" Ashaa bersedia mendengar. Ash senyum segaris. Dah tahu, confirm sangat-sangat anak dia nak ikut.

"Opa ada buat bagi makanan kat semua jiran dan sekampung petang ni. Ada lah sukarelawan yang tolong. Ashaa nak join tak?"

Ashaa membuat muka berfikir. Menarik juga kalau join aktiviti sedekah macam ni. Boleh juga!

"Nak nak! Ashaa nak ikut." Jawab Ashaa bersungguh-sungguh. Arash mengangguk perlahan tanda setuju.

"Ashaa nak sorang ke, partner?"

"Sorang."

"Okey, satu kereta, bodyguard Ashaa, sukarelawan dan makanan. Nanti papa tanya opa lah area mana Ashaa dapat."

Arash menerangkan padanya. Wajah Ashaa yang ceria tadi tiba-tiba bertukar muram.

"Kenapa?" Ash yang menyedari hal itu bertanya. Ashaa menggigit bibir.

"Ashaa nak area rumah Aiden. Ashaa nak hantar sendiri kat rumah dia. Alang-alang boleh jumpa ustazah Hayat, kan?" Ashaa memujuk. Ash dan Arash memandang sama sendiri. Mencari jawapan, rasanya boleh saja.

"Okey, nanti papa cakap kat opa." Arash membuat kata putus.

"Yeay! Sayang papa!" Ashaa memeluk tubuh Arash lalu mencium pipi kiri lelaki itu. Ash hanya menggeleng. Haih, ada juga macam ni.

"Jangan lebih-lebih Ashaa. Nanti puan besar jealous pula." Ashaa menjauhkan diri. Wajahnya dipalingkan pada Ash lalu senyum nakal. Ash memeluk tubuh.

"Ops, sorry puan besar. Saya sengaja buat macam tu tanda menghargai effort papa saya bagi jumpa bakal menantu dia." Ashaa ketawa kecil. Wanita itu menggeleng kepala.

"Puan besar, puan besar. Cik Ashaa bila lagi nak jadi puan?" Ash cuba menyakat. Serta merta ketawa Ashaa mati.

Bak kata Mobile Legends, double kill!

"Kena tunggu imam tarawih masuk meminang dulu, puan. Barulah saya bergelar isteri orang."

Ashaa meletakkan tapak tangan di dada. Wajahnya mengukir senyuman jahat. Bukan biasa-biasa kalau sekali dia tunjuk Rizz side.

"Okey cik Ashaa Rizwana." Ash tak kalah, malas meneruskan keras kepala si anaknya saja. Ashaa ada dua jenis di dalam dirinya mudah cerita.

Satu Ashaa, satu lagi Rizz. Ashaa, biasa saja. Mudah kata, normal. Tapi tidak dengan Rizz. Kalau Rizz, psiko, obses, perangai gelapnya semua ada.

Tapi perangai Rizz jarang keluar atau ditunjukkan. Sebab Ashaa sedar, dia masih waras. Dia masih ada iman. Jadi tak perlu diturutkan sangat perangai Rizz tu.

"Ashaa naik dulu ya, mama, papa."




Pintu bilik ditutup lalu dikunci. Ikatan rambut dilepaskan. Celahan jari dimasukkan ke dalam rambut lebatnya lalu diluruskan.

Sejak tadi, nama Aiden Aiden Aiden bermain di fikiran. Kalau jadi zikir pun boleh kerana dalam seharian, ada lah dua tiga kali juga dia teringat akan lelaki itu.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now