PART 21

5 1 0
                                    

"Mama, papa, kitorang nak pergi rumah Imam Hamzah jap."

"Uishh, tiga-tiga pergi ke?"

Ash melirik ke arah anak-anaknya yang menuruni anak tangga. Mereka mengangguk serentak.

"Haah, Ashaa bawak twin ni nak suruh teman je."

"Hm, Thaqif ngan Aiman pergi jugak ke?"

Soal Arash. Ashaa menggeleng. Dia tak mahu susahkan mereka berdua. Setakat nak pergi rumah yang dekat-dekat, apalah sangat. Bukannya beribu batu seperti dahulu.

"Bye, mama, papa!" Adrean dan Adreana melambaikan tangan kepada Ash dan Arash yang sedang berehat di ruang tamu.

"Bagus korang keluar rumah jap. Boleh mama ngan papa berdua je." Arash tersenyum nakal. Hidung digesel pada pipi Ash.

"Nak sweet tu sweet lah juga. Jangan tambah lagi sorang sudah."

"Ehh, taknaklah mama. Malas!" Ash menolak dada Arash. Haih, anak perempuan sorang ni. Otak tu fikir macam-macam. Sama juga dengan bapa dia.

Pintu rumah ditutup rapat. Semua rakyat keluar dari rumah. Tinggal mereka berdua saja sekarang.

"Tak payah mengada tuan Arash Ridzuan. Dah tua pun gatal lagi..." Ash mencapai telefon bimbitnya di hadapan lalu dibuka. Rambutnya dibelai lembut Arash.

"Gatal ngan sayang je." Pipi gebu Ash dikucup perlahan. Lalu, kepalanya perlahan-lahan mendarat di atas ribaan Ash.

"Haih bapak orang ni... Penat aku."

"Tapi papa muda kan?"



"Akak nak jumpa ummi buat apa?" Soal Adrean. Adreana hanya mendengar.

"Nanti korang tahulah. Jom turun."

Kereta Corolla Altis miliknya sudah terpacak di depan rumah Imam Hamzah. Ashaa membuka pintu kereta lalu keluar diikuti kedua adiknya.

"Assalamualaikum!"

"Oiitt!"

Tak lama-lama, Adrean dan Adreana telah memberi salam terlebih dahulu. Ashaa menggaru kepala yang tidak gatal.

"Waalaikumussalam!" Seorang gadis menjawab salam dari dalam rumah lalu membuka pintu.

"Ehh kak Ashaa! Marilah masuk!" Pelawa Ammara. Ashaa menggeleng perlahan lalu melirik ke arah adiknya.

"Tak payahlah. Kejap je ni. Ummi ada?"

"Ya Allah, Ashaa rupanya." Ustazah Hayat berjalan ke pintu rumah. Ashaa tersenyum nipis.

"Marilah masuk, Ashaa. Bawak adik tu."

"Tak payahlah ummi, Ashaa datang kejap je."

Ustazah Hayat menyarungkan sandalnya lalu berjalan ke perkarangan rumah. Mereka berdua bersalaman dan kemudian diikuti dengan Adrean dan Adreana.

"Besar dah awak." Ustazah Hayat mencubit lembut pipi kanan Adrean. Hm, comel betul budak ni.

"Emm, Ummi. Ashaa nak tanya. Nama panjang anak sulung ummi tu Ammar Aiden... Bin Hamzah, kan?"

Ashaa teragak-agak. Ustazah Hayat mengangguk perlahan tanda mengiyakan.

"Ya, Ammar Aiden bin Hamzah. Kenapa Ashaa?"

"Takdelah. Dia kerja apa sekarang?"

"Dia jadi manager dekat Hotel D' Duana."

Ashaa mengangguk perlahan. So tak salah lah andainya mengatakan, manager hotel itu anak sulung imam Hamzah.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now