PART 3

11 1 0
                                    

"Cari sapa, Ashaa?"

Ash menegur anaknya yang tak habis-habis memandang ke arah pintu masjid lelaki seusai solat tarawih. Ashaa menayangkan muka sedikit berkerut.

"Aiden..." Jawab Ashaa perlahan. Entah mengapa, nama kedua jejaka itu terpacul di bibirnya.

"Aqeel Aiden... Dia tak keluar lagi lah tu. Jap-jap lagi. Sabar." Ash memujuk. Ashaa mengangguk perlahan lalu menarik tangan Datin Dayana. Mereka bertiga berjalan seiringan.

"Tu papa." Ashaa menunjukkan keberadaan papanya dan datuknya. Datin Dayana dan Ash mengikut arah telunjuknya.

"Tengah borak ngan Imam Hamzah rupanya..." Ujar Datin Dayana. Ashaa mengetap bibir. Dia takdelah fokus mana pada ayahnya atau datuknya mahupun imam tersebut. Tetapi yang dia tengah fokus sekarang pada...

Lelaki yang mengimami solat tarawih tadi!

"Mama, tu Aiden!" Ashaa memandang wajah ibunya. Wajahnya yang tadi sedikit muram bertukar ceria. Ash hanya menggeleng.

"Mama, handsome laa dia!" Ashaa memekup wajahnya dengan kain sembahyang. Wajahnya sudah merona kemerahan. Ya Allah, jodoh orang!

"Ashaa nak papa akad kat sini terus ke? Alang-alang dia ada, imam Hamzah ada, opa ada. Boleh kawin terus." Ash menyakat. Kerut wajah Ashaa naik ke dahi. Aikk?

"Mama nak ke?"

"Tak, yang nak kawin sekarang ni bukan mama..." Ash memandang ke arah sekeliling. Tahu wajah anaknya sudah membahang.

Parah kau Ashaa... Ashaa menggigit bibir. Ya tak ya juga. Papa dah ada kat sini. Bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

No no no! Aku tak kenal si Aqeel Aiden tu macam mana!

"Taknaklah ma! Ashaa tak tahu perangai sebenar dia macam mana."

Ashaa memeluk tubuh. Memandang ke arah empat figura yang bersalaman. Ashaa gumam sebaik sahaja melihat ayahnya memeluk tubuh remaja lelaki yang berserban tersebut.






"Doakan family uncle ya, Aqeel." Ujar Arash lembut sambil meleraikan pelukannya lantas menepuk belakang Aqeel perlahan. Remaja itu mengangguk dengan segaris senyuman.

"Insyaallah uncle." Balas Aqeel perlahan. Sempat Arash memberi senyuman padanya sebelum meninggalkan kawasan hadapan pintu masjid. Selang beberapa saat, Dato' Hakem dan Arash berjalan ke arah Datin Dayana, Ash dan Ashaa.

"Jom balik." Ujar Dato' Hakem. Arash menyeluk poket kurtanya mencari junci kereta.

"Sabar papa." Ashaa menghalang. Secara spontan, pergerakan Arash terbantut lalu dia mengangkat muka.

"Kenapa?" Ashaa mendekati tubuh Arash. Tangan kanan lelaki itu ditarik lalu digosok belakang tapak tangannya. Kemudian, Ashaa mendekatkan wajahnya pada dada Arash.

"Dia cium tangan papa kan tadi?" Arash mengangguk.

"Papa peluk dia kan?" Arash mengangguk lagi. Isi kepalanya sekarang tidak dapat membaca setiap pertanyaan Ashaa.

Bukan biasa-biasa bau perfume dia. Macam perfume mahal.

Ashaa menjauh. Arash masih diam. Apa maksudnya?

"Taklah. Saja je, jom lah balik. Ashaa nak jadi detektif."

Ash menepuk bahunya. Budak ni, bila keparat memang keparat sungguh. Dah tak betul macam dulu lepas kena tembak.







"Abang cakap apa kat Imam Hamzah tadi?" Tanya Datin Dayana sebaik sahaja mereka berlima masuk ke dalam rumah. Dato' Hakem duduk di sofa.

"Abang cakap, malam esok nak sponsor moreh untuk jemaah yang datang. Dia kata boleh je." Jawab Dato' Hakem. Ash dan Ashaa mendengar sahaja. Arash sudah terlebih dahulu ke dapur, katanya nak minum air.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now