PART 30

7 1 0
                                    

"Ya uncle, saya dah keluar ni."

Selang beberapa saat, talian bersama Aiman ditamatkan. Kaki terus melangkah keluar dari pasaraya tersebut. Cuma kali ini dia berseorangan, Thaqif dan Aiman telah keluar terlebih dahulu.

Mesej yang masuk ke dalam telefon dibaca satu persatu. Banyak tu banyaklah juga. Tambah-tambah lagi dari House of Armada. Produk barulah, saham naiklah, best saller lah, promosi, shoot dan berlambak lagi yang boleh menyerabutkan kepala.

Secara tiba-tiba,

PEEEEPP!

"Ashaa!"

Ashaa tersentak dan mengangkat kepala sebaik sahaja namanya diseru oleh seseorang. Lantas lengan kanannya ditarik seseorang dari belakang membuatkan dia terkejut besar.

Kereta Hilux berwarna merah berlalu pergi. Ashaa menyentuh dada yang berdegup kencang. Wajahnya serta merta pucat. Hampir saja dia dilanggar kereta itu dek kecuaiannya.

Anak mata hazelnya terus mencerlun ke arah seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Mata diluaskan sedikit bukaannya. Terkejut kali ini bukan biasa-biasa, malah terkejut kuasa dua. Tidak percaya akan lelaki yang menyelamatkan nyawanya itu ialah,

"Tuan?"

"Awak ni, kalau kereta tu terus laju dan awak tak perasan, boleh kena langgar tau. Nasib baik saya sempat tarik awak. Kalau tak, nyawa saya melayang dulu."

Aiden memejamkan mata rapat lantas beristighfar dan mengatur nafas setelah menyedari bahawa dia terlalu ikutkan hati. Tiba-tiba saja amarahnya berombak. Fuhh, nafsu!

"Sorry tuan..."

"No need to apologize. Lain kali hati-hati, saya bukannya ada dengan awak."

Ashaa menunduk sedikit, mendengar sahaja ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Serupa budak kecil dimarahi ibunya kerana nakal atau degil. Walaupun dia sedikit aneh mengapa lelaki itu berpesan sedemikian, padahal mereka tidak saling mengenali ataupun bertegur sapa sejak mesyuarat tempoh hari.

Aiden menghembus nafas perlahan. Mujur jantungnya tidak gugur saja. Kalau sesuatu terjadi pada gadis itu tadi...

Uishh, nauzubillahi min zalik!

"Sorry tuan sebab buat tuan hampir sakit jantung tadi."

"Stop calling me sir. Just call me Aiden." Ujar Aiden dengan suara dinginnya.

"Huhh?"

Ashaa mengerutkan dahi kerana sedikit terkejut apabila Aiden menyuruhnya menukar panggilan. Aiden tetap memasang muka tegangnya. Tak sampai lima saat, kereta Corolla Altis milik Ashaa berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Ashaa menghela nafas panjang lantas wajah Aiden dipandang.

"Saya pergi dulu ya. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi."

Pamit Ashaa perlahan lalu membuka pintu kereta. Aiden hanya mengangguk. Selang beberapa saat, kereta tersebut berlalu pergi. Aiden memeluk tubuh. Tak semena-mena, bibirnya mengukir senyuman nipis.

Endingnya dapatlah juga bertemu mata dengan cinta hati dan melepas rindu walaupun sebentar. Dia juga sempat menangkap jari tengah Ashaa disarung cincin perak yang dia berikan. Makin merah pula mukanya. Tak sangka pula gadis itu memakainya.

Fi hifzil laah sayang.




Ashaa melemparkan pandangan ke arah luar tingkap kereta. Fikirannya masih teringat kejadian yang berlaku beberapa saat tadi.

Betul ke tu Aiden?

"Cik Ashaa? Okey tak ni?" Thaqif melirik ke dalam cermin pandang belakang. Ashaa menghentikan lamunannya.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now