PART 10

11 1 0
                                    

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Disaksikan oleh seluruh para malaikat yang berbaris di sekeliling masjid, seorang hamba yang bergelar Adam berdiri di saf hadapan, mengangkat takbiratul ihram diikuti makmumnya seorang Hawa.

Ku mulakan lembaran ini seperti Surah Al-Fatihah, bermula dengan Bismillah dan disusuli Alhamdulillah.

Teruntuk penerima lembaran ini, semoga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tercinta.

Ashaa,
           Tatkala diri ini membaca lembaranmu itu, sebenarnya nama N Ashaa Rizwana sudah lama terukir di hati seorang Aqeel Aiden.

           Sebagai balasan buat keinginanmu wahai Hawa-ku, kan ku jadikan dirimu makmumku di setiap sujudku, ibadahku, pelengkap diriku dan hidupku, dan aku bersedia menjadi madrasah pertama buat bakal penghuni rahimmu suatu hari nanti, Insyaallah dengan izinnya.

          Namun, jika sudah tertulis di Luh Mahfuz, untuk aku meninggalkan dirimu suatu hari nanti. Tolong, jangan kau tangisi pemergian ku. Jangan kau gugurkan air mata mu untuk lelaki biasa seperti diriku. Aku cuma manusia yang banyak kekurangan dan tidak sempurna.
          
Aku mencintaimu kerana Allah, sayang.

Rahmat Tuhan yang satu ini tidak akan ku persiakan. Insyaallah dengan izin-Nya, kita akan bersama sehingga ke syurga-Nya.

     
                                               Fi hifzil laah,
                                                   Aiden




Ashaa memejam mata sesaat. Surat dihulurkan kepada ibunya di sebelah. Nafas ditarik dalam-dalam. Sesak. Sebak. Sakit. Semua ada. Bercampur baur di dalam dada. Malah rasa sakit itu berganda. Sakit kuasa dua!

Tak semena-mena, wajah disembamkan pada dada bidang Arash. Sedar atau tidak, bahunya terhinjut kuat. Tangisan kali ini bukan biasa-biasa.

Arash menggosok tubuhnya sambil mengucup puncak kepala Ashaa. Apalagi dia mahu pujuk. Tampak semuanya, hanya Ashaa yang perlu ubati sendiri. Biarkan saja luka itu sembuh sendiri.

Hatta ia memakan masa. Namun mahu tak mahu, semuanya sudah pergi.

"I'm not strong, papa. Please..." Ashaa menangis lagi. Ash hanya mampu melihat dan sesekali memandang wajah suaminya yang seperti sudah serba salah malah tak kena.

"Ashaa... Aiden cakap apa kat surat tu? Jangan tangisi pemergian dia, right? Jangan gugurkan air mata Ashaa untuk dia. See, dia taknak pun. So, stop crying, sayang. Jangan seksa Aiden."

Arash memegang kedua pipi Ashaa sambil menggosok perlahan. Air matanya dilap hujung jari.

Siapa saja suka tengok anak perempuan menangis begini?

"Jangan nangis. Kalau rindu dia, sedekah Al-Fatihah. Doa untuk dia biar dia tenang kat sana, sayang. Papa tahu, Ashaa sayang Aiden sangat-sangat. Jadi, jangan buat benda yang dia tak suka, okey?"

Pujuk Arash lembut. Lembut sangat. Boleh menyejukkan hati, menundukkan ego yang meninggi. Ashaa memejamkan mata rapat dan mengangguk perlahan. Bibir dipaksa senyum. Agar sedih tidak menguasai diri lagi.

Okey papa.


                          ••••••••••••••••


Ashaa menggosok mata perlahan. Jam dinding menunjukkan pukul 4:15 pagi. Benarlah, pukul 4.

Sejak kejadian masjid mukim itu terbakar, dia tidak dapat melelapkan mata seperti biasa. Nak terlelap, ada lah sejam dua. Pagi-pagi buta sudah terjaga. Pukul 3, pukul 4. Nak buat apa waktu begitu? Takkan nak buat projek decor decor pula.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now