PART 11

7 1 0
                                    

Ashaa mengetuk meja dengan jari telunjuknya. Mata melilau ke luar rumah. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Banyak pula burung berkicauan pagi ini.

Macamlah mereka tahu bahawa Aiden datang semalam.

"Ashaa..."

Ash menarik kerusi di hadapan Ashaa lalu melabuhkan punggung. Bibirnya mengukir senyuman.

Sapa je tak suka tengok anak perempuan sorang yang macam kehilangan suami dah kembali seperti biasa.

"Ashaa... Okey tak?" Ash teragak-agak untuk bertanya. Gadis itu mengangguk perlahan. Senyuman yang menguntum di bibir jelas nampak ikhlas. Tiada nampak terpaksa.

"Ya, kenapa?"

"Taklah, pelik sikit je. Macam, mood Ashaa dah datang balik. Tu mama ngan papa pelik."

Ash menyusun ayat dengan berhati-hati. Karang anaknya bertukar menjadi seperti sebelumnya, fuhh. Parah!

"Ashaa jumpa Aiden malam tadi."

"Huhh?!" Ash terkejut besar. Jumpa? Aiden? Mana mungkin! Bila masa jejaka itu datang ke rumah? Bukankah dia hilang ketika kebakaran?

"Maksud Ashaa?"

Ashaa melemparkan pandangan ke langit biru. Nafas ditarik dalam-dalam. Wajah Aiden yang ditatap sebelum sahur tadi kembali bermain di fikiran.

"Malam tadi, Ashaa jumpa Aiden. Masa Ashaa tahajjud. Ashaa tengah zikir.

Tiba-tiba ada suara panggil Ashaa kat belakang.

And he is Aiden. My Aqeel Aiden.

Dia cakap, dia sayang Ashaa sangat-sangat. Dan dia pesan, jangan nangis lagi. Jangan seksa dia. Jangan seksa perasaan Ashaa.

Pastu, dia jalan rapat ngan Ashaa, dia sentuh kepala Ashaa. Then, dia baca something. Tapi Ashaa tak tahu dia baca apa.

Lepas dia baca, dia tiup kat ubun-ubun Ashaa. Pastu dia cakap, aku mencintaimu kerana Allah, sayang. Lembut sangat.

Pastu dia hilang. And Ashaa bukak mata. Still lagi atas sejadah. Macam mimpi..."

Ashaa cerita panjang lebar. Ash yang tekun mendengar mengangguk perlahan. Tak sangka kuasa Tuhan.

"Papa pernah macam tu jugak rasanya. Tapi dia jumpa mama."

"Iya?" Ash mendapat kepastian. Ashaa mengangguk perlahan.

"Haah, masa tahajjud juga. Dia jumpa mama. Kalau mama nak tahu, tanyalah dia. Ashaa tak ingat dah cerita dia macam mana."

Ashaa menyandarkan tubuh pada kerusi. Tangan diletakkan di atas perut. Tak lapar, tapi nak makan.

Puasa woi! Astaghfirullah hal azim.

"So, happy lah ni jumpa Aiden walaupun macam mimpi?" Ash cuba menyakat. Ashaa tersenyum nipis, wajahnya mula merona kemerahan.

"Dapatlah lepas rindu malam tadi. Dia pakai macam pergi masjid selalu. Jubah putih, serban, rida'. Muka dia tenang je. Macam ada Nur. Handsome sangat. Kalau dia halal, nak je peluk tadi."

"Ehh, jauh dah ni!" Ash mengerutkan dahi. Dah keluar dah perangai pelik-pelik Ashaa. Tapi bagus juga. Dia juga rindu nak melayan perangai aneh anak perempuan sorang ni.

"Kenapalah tak kawin haritu ya? Kalau tak, boleh Ashaa peluk dia malam tadi..." Ashaa senyum nakal. Kening kiri diangkat tanda menyakat. Ash mencebir bibir.

"Tak kawin pun dah merana kalah orang ada suami. Kalau dah kawin, silap haribulan dah tak betul. Hm..."

Ashaa ketawa kecil. Ya juga. Dia tiada hubungan dengan Aiden pun sudah merana tak kira masa. Apalagi kalau lelaki itu bergelar suaminya.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now