PART 29

4 1 0
                                    

Ashaa melemparkan pen hitam yang kemas pada tangan di atas meja. Telefon bimbit di sebelah dicapai lalu dibuka. Walaupun tiada apa yang menarik untuk dilihat, ia lebih baik dari terus membaca nama sama dari pagi sehingga hampir masuk waktu petang. Lenguh di badan, Tuhan saja yang tahu. Leher, lengan, pinggang, belakang,

Dah, cukup!

Lapar? Semestinya! Namun, sudah mahu tamat waktu kerja, baik dia berehat dulu seketika. Dan,

Tok tok tok...

Ashaa menjauhkan telefonnya apabila pintu biliknya diketuk. Kelibat Ariesa masuk dengan membawa sebuah beg kertas berwarna biru gelap di tangannya.

"Ya Aries, kenapa?"

Ariesa menghulurkan beg kertas tersebut padanya. Mahu mahu tidak dia menyambut sahaja walaupun seribu satu soalan memenuhi isi kepala.

"Tadi, guard dari lobi bagi. Dia cakap, ada someone bagi untuk cik. Someone tu cakap dari tuan dia."

So someone dari someone lah ni.

Ashaa mengangguk perlahan mendengar balasan Ariesa. Ucapan terima kasih diucapkan sebelum wanita itu keluar dari biliknya.

Sapa hantar ni?

Ashaa mengeluarkan sebuah kotak berwarna biru gelap juga. Saiznya kecil seperti saiz kotak cincin. Pantas jari Ashaa membukanya.

Dan,

"Oh my god... Cincin!"

Ashaa mengeluarkan sebentuk cincin yang terukir cantik berwarna perak. Buat seketika, lidah terasa kelu.

Speechless.

"Sapa hantar ni?" Ashaa terus menyarungkan cincin tersebut pada jari tengahnya. Kalau jari manis, kang orang ingat dah kahwin padahal suami pun belum ada.

"Padanlah..." Ashaa 'menyelongkar' beg kertas itu lagi. Mungkin ada sesuatu di dalamnya selain kotak cincin tersebut. Kemudian, jarinya menangkap sesuatu.

"Sticky note?" Ashaa membaca apa yang tertulis di nota kecil berwarna putih tersebut. Keningnya terangkat serta merta.

Fiancee; Imam Tarawih

Bibirnya menguntum senyuman manis. Mukanya dipekup dan,

Arghhhh!

Ashaa membaca nota itu lagi. Dahi digosok perlahan-lahan. Wajahnya sudah merona kemerahan tak ubah seperti tomato.

Sudah, jom balik!






Telefon bimbit disimpan di poket seluar. Sepasang anak matanya terus merenung jauh ke luar tingkap. Memerhati dari tingkat atas, segala bangunan pencakar langit tersergam indah.

Bibirnya menguntum senyuman nipis. Wajah ditundukkan sedikit sambil tangan kanannya menggosok belakang leher perlahan-lahan. Wajah gadis itu terbayang-bayang di mata sejak kejadian bertemu empat mata semasa mesyuarat.

Walaupun ketika itu dia terpaksa berlakon?

"Haa, angau lagi Tuan Aiden ni?!" Jerkahan Naufal membuatkan bahunya terhinjut dek terkejut. Segera tubuh berpaling ke belakang. Tangan diletakkan pada dada sambil beristighfar.

Terkejut!

"Terkejut aku, Naufal..." Aqeel menggeleng kepala perlahan. Kadang meluat juga dengan perangai tak matang Naufal. Lelaki itu ketawa kecil lalu melepaskan duduknya di sofa.

"Dah aku bagi salam kau tak dengar. Sengih-sengih. Betul lah tu tengah angau."

Aqeel melemparkan pandangannya semula ke arah luar. Tanpa disedari, bibirnya tersenyum lagi. Puas dia mengetap agar tidak terlihat.

Lembaran buat Imam Tarawih Where stories live. Discover now