Special Chapter : 1

2.5K 134 14
                                    

Tubuh disandar pada kerusi pejabat. Sesekali badan diregangkan melepas penat. Jam di tangan dilihat. Tak lama saja lagi masa untuk pulang ke rumah. Beberapa ketika, anak mata Zafran tertancap pada frame gambar yang berada di atas meja pejabat. Ada empat frame gambar atas meja pejabatnya. Satu, gambarnya berpelukan bersama Iris. Kedua, gambar dia, Iris dan juga dua orang permata hati mereka. Ketiga, gambar dia bersama anak lelakinya, Ian Maleeq dan yang terakhir sekali ialah gambar bersama anak perempuannya, Ivy Maisara. Anak lelakinya sudah berumur 11 tahun. Anak bongsunya pula berumur 5 tahun. 6 tahun beza. Lepas lahirkan Ian, dia dan Iris jarakkan sikit masa. Dia nak Iris berehat dulu. Tak nak paksa-paksa untuk anak yang seterusnya. Walau mereka mampu, tapi anak itu amanah. Alhamdulillah, selepas itu Iris mengandungkam anak perempuannya pula.

Badan ditolak sedikit ke depan. Frame gambar mereka satu keluarga diambil dan dilihat. Ibu jarinya naik mengusap frame sambil tersenyum manis. Dalam tak sedar, senyuman di bibirnya makin lebar. Sedar tak sedar, masa berlalu sangat pantas. Kini, dia bahagia bersama keluarga kecilnya. Ada juga Daddy bersama mereka. Alhamdulillah, Daddy sudah boleh berjalan walaupun masih lagi bergantung pada tongkat. Syukur, Daddy masih sihat seperti dulu. Boleh bermain dengan kedua anaknya. Bolehlah anak-anaknya merasa kasih sayang seorang atuk. Dia bersyukur sangat atas nikmat ini.

Ah! Lambat pula masa berlalu. Dia ingin cepat- cepat pulang ke rumah. Rindu pada isterinya dan pada kedua anaknya. Tambah-tambah lagi pada si bongsu, Ivy Maisara. Bongsu? Ya. Masih ingat lagi dia waktu Iris mahu melahirkan Ivy, hampir saja dia mahu hilang Iris. Sejak dari itu, dia tidak mahu Iris mengandung lagi. Dia tak mahu hilang Iris. Bagi dia, sudah cukup sepasang anaknya.

Ada Ian dan Ivy, itu sudah cukup untuknya.

Tersentak Zafran kejap bila terdengar bunyi alunan lagu secara tiba-tiba. Telefon bimbitnya yang  bergetar di atas meja itu dilihat. Tangan segera mencapai dan nama pemanggil dilihat. Lihat saja, terus senyum manis timbul di pipinya.

"Hello sayang—"

"Daddy!"

Dengar saja suara comel itu terus senyum naik ke pipi Zafran. Haish, ini buat dia rasa mahu balik cepat-cepat. Geram mahu gomol pipi si comel itu. Anak perempuannya. Si jantung hatinya.

"Ha main telefon mommy ya? Mommy tahu tak ni?" Soal Zafran lembut. Anak perempuannya  seorang ini memang nakal sungguh-sungguh. Antara Ivy dan anak lelakinya Ian, Ivy lah yang paling nakal sekali. Dah terbalik pula, biasanya anak lelaki yang nakal, ini anak perempuan pula.

Kadang pening juga kepala dia dan Iris nak melayan karenah anak perempuan mereka seorang ini. Suka sungguh buat hal. Ada kala jadi singa juga Iris kadang. Berbeza dengan Ian, anak lelakinya itu lebih menurut kata. Boleh juga diharap menjaga adik. Pernah sekali, ada satu kali Ivy pecahkan pasu bunga milik Iris dalam rumah. Anak lelakinya itu bersungguh-sungguh mengaku dia yang buat sebab mahu lindung adiknya. Sayang sangat pada adiknya itu.

"Ivy dah minta permission mommy tadi! Mommy bagi Ivy guna phone mommy call daddy. Tapi Mommy cakap tak boleh kacau Daddy lama. Daddy kena work, mommy cakap macam tu."

"Iya? Good girlnya princess Daddy."

Terkekek Ivy ketawa. Seronok sungguh dapat pujian dari Daddynya. Dia memang good girl, kadang je dia nakal. Tapi dia nakal sikit je.

"Daddy buat apa tu?" Soal Ivy ingin tahu.

"Daddy kerja sayang. Ivy rindu Daddy?"

"Ivy miss Daddy! Ivy miss Daddy banyak-banyak!" Bila Daddy nak balik rumah?" Soal Ivy lagi riang.

Senyum Zafran dengarnya. "Nanti kejap lagi Daddy balik ya? Ivy nak apa? Nanti Daddy beli untuk Ivy." Ucap Zafran. Dia memang selalu manjakan anak perempuannya ini. Setiap kali sebelum balik, ada saja benda yang nak dibeli pada Ivy. Sampai kadang Iris membebel juga sebab katanya terlampau manjakan Ivy sangat.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now