Special Chapter: 6

1.9K 126 39
                                    

"Kenapa kau buat macam ni?" Soal Lukman. Wajah cantik Orked yang sedang berdiri di sisinya saat ini ditatap penuh minat. Sekarang dia dan Orked ada di ruang lain restoran. Jauh sedikit dari meja makan mereka tadi. Tadi, lepas Orked minta diri ke tandas. Dia pun ikut sama minta diri. Tak ada apa pun. Dia tahu Orked pendam sesuatu. Sebab itu dia datang ke sini.

"Buat apa?" Soal Orked pura-pura bingung.

"Aku tahu kau faham maksud aku." Jawab Lukman ringkas. Orked ini bijak orangnya. Tak payah dia soal lebih-lebih, Orked cepat tangkap.

Diam seketika. Tak lama keluhan lemah terbit dari bibir mungil Orked. Pintu restoran yang berada tak jauh dari tempatnya dan Lukman berdiri saat ini ditatap sedih. Kedua tangan dibawa ke sisi mencengkam dressnya seolah- olah mengumpul kekuatan yang kian rapuh.

"Bila kau tahu?" Soal Orked kembali. Soalan Lukman dibiar saja. Malas mahu menjawab.

"Dah lama, tapi aku diam je." Jawab Lukman.

Angguk. "Betul lah tu. Aku dah lama suka Ian." Jawab Orked yakin, namun nada suaranya saat berkata kedengaran begitu sayu. Mukanya juga berubah menjadi semakin sedih dari awal tadi. Sebagai seorang sahabat, Lukman perasannya. Mana tidaknya, mereka berempat sudah lama berkawan. Dah macam adik beradik dah.

"Kau tak nak beritahu Ian? Mana tahu Ian—"

"Ian suka Ara." Potong Orked pantas.

"Aku tak rasa macam tu. Cuba beritahu Ian dulu. Mana tahu lepas kau beritahu, Ian—"

Geleng. "Tak perlu. Dari dulu sampai sekarang, dalam hati Ian cuma ada Ara." Ucap Orked sedih. Menunduk kejap kepalanya ke bawah. Matanya dikelip-kelipkan perlahan supaya air matanya tak tumpah. Argh, buat malu saja menangis depan Lukman. Dia bukan gadis yang cengeng, tapi bila melibatkan Ian, air matanya cepat saja tumpah.

"Ian dan Ara, dua-dua sahabat baik aku. Aku tak nak disebabkan perasaan aku ni, aku hilang dua orang kawan baik aku. Lagipun...Ian tak pernah suka aku. Di mata Ian, aku cuma sahabat biasa dia sahaja," Sambung Orked lagi. Di hujung ayat nya suara Orked bunyi begitu sebak. Sedarlah Lukman, Orked sudah banyak memendam rasa.

Ah! Bodoh kau Ian. Kenapa kau tak sedar? Dia tahu dua-dua sahabatnya ini saling mencintai. Tapi, masing-masing ada rasa takut. Seorang takut kehilangan, seorang ego tebal di hati.

Tapi, dia tahu Orked menjauh kerana Orked selalu merasa dirinya tak layak untuk Ian.

Keluhan lemah Lukman lepaskan perlahan. Lagi bertambah rasa bersalahnya bila tengok mata coklat cair milik Orked itu tampak bersinar di bawah sinaran cahaya lampu. Bukan dia tidak tahu itu apa, itu takungan air mata Orked di tubir mata. Ah! Rasa menyesal pula dia tanya soalan ini tadi. Patutnya dia diam saja. Tak pasal-pasal pula dia sudah buat Orked sedih. Ini kalau Ian tahu sebab dia Orked sedih, mahu kena sedas.

"Tak ada benda yang boleh buat aku gembira selain tengok orang yang aku sayang bahagia. Kalau Ara boleh buat Ian bahagia, tak salah kan kalau aku yang berkorban?" Soal Orked lembut pada Lukman. Kelu sekejap lidah Lukman mahu menjawab. Macam mana dia nak jawab kalau dua-dua tak sedar dua-dua saling mencintai?

Tiada siapa yang perlu berkorban.

**
Orked yang hanya diam di depannya itu ditatap penuh ralit. Sejak Orked kembali dari tandas, dia perasan Orked macam tak ada mood pun ada. Kenapa dengan Orked? Muka Orked pun sedikit merah. Macam tengah tak sihat. Risau pula dia.

"Orked..." Sebut Ian lembut.

"Ya?" Soal Orked. Wajah yang dari tadi tunduk diangkat dari pinggan makanan dan Ian yang sedang duduk di depannya saat ini dipandang.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now