Special Chapter: 10

2K 115 27
                                    

Cincin di jari manis dilihat sebelum iris matanya beralih pada kolam di hadapan. Mata coklat cair miliknya mula berkolam dengan air mata. Sudah hampir seminggu dia bertunang dengan Rayyan, anak kepada sahabat papanya, dan seminggu sudahlah dia menangisi nasibnya. Sumpah dia tidak mahu semua ini terjadi tapi dia juga tak sanggup hendak menolak permintaan papa.

Dia tak mahu di cop sebagai seseorang yang tidak kenang budi, dan disebabkan itulah dia menerima pertunangan ini walau hatinya tidak rela. Ian, Lukman dan Ara, mereka bertiga tidak tahu tentang semua ini. Dia yang minta supaya buat biasa-biasa saja majlis pertunangan itu. Awalnya mama dan papanya hairan juga kenapa dia tak jemput sahabatnya tapi dia pandai beri alasan. Dia tak nak sahabatnya tengok wajah sedihnya. Dia tak mahu sahabatnya lihat wajah sedihnya yang terpaksa menerima pertunangan ini. Sebab itu dia tak jemput datang dan beritahu mereka bertiga. Lagi-lagi Ian. Dia tak nak mama dan papa dapat tahu yang dalam hatinya ada nama Ian. Dia tak nak kecewakan mereka.

Sesiapa yang berada di tempatnya pasti akan melakukan hal yang sama. Biarlah dia sedih, asalkan mama dan papa tidak sedih kerana dia.

Kata papa, papa buat semua ini bukan sebab urusan bisnes atau apa, tapi sebab papa yakin Rayyan, anak sahabatnya itu boleh menjaganya dengan baik. Papa risau mahu melepaskannya pada lelaki yang bukan-bukan. Dia faham niat baik papa dan itu buat dia makin rasa bersalah. Dia tak mahu kecewakan papa jika dia menolak pertunangan ini. Walaupun papa bukan ayah kandungnya tapi papa lah orang yang sudah membesarkannya dan beri dia hidup sebaik ini.

Langit malam dipandang sepi. Gelap. Kosong. Sunyi. Tak bercahaya. Sama seperti hatinya saat ni. Lama kemudian, setitis demi setitis air mata turun ke pipi mulusnya. Bibir bergetar kerana menahan sedih dan sebak mencengkam dada.

"Ian..." Bisik Orked sebak.

"Orked cintakan Ian." Ucap Orked pilu.

Makin bercucuran air mata turun ke pipinya. Memikirkan hakikat yang dia akan menjadi milik Rayyan, buat dia makin sedih. Dia cintakan Ian. Tapi dia tak boleh mengikut kehendak hatinya kerana rasa terhutang budinya pada mama dan papa yang telah membelanya sehingga dia besar. Dia tak sampai hati nak menolak. Dalam hidup ini dia cuma ada mama papa dan abang Aril saja. Dan kalau bukan kerana mama dan papa, tak mungkin dia boleh hidup sebaik ini.

Jadi, dia tiada pilihan selain menerima.

"Orked gembira dengan pilihan Orked?"

Tersentak kecil Orked bila tiba-tiba ada suara mencelah. Toleh ke tepi, ada abangnya sedang berdiri sambil memegang mug di tangan. Deras dia seka air mata di pipi. Mintalah abang Aril tidak sempat lihat air mata di tubir matanya tadi.

"Abang Aril cakap apa tadi? Orked tak dengar,"

Air disisip perlahan sebelum anak mata Aril terhenti di wajah cantik Orked. Sinar cahaya lampu di tepi kolam buat mata coklat cair Orked tampak sedikit bersinar. Bukan dia tak tahu dari tadi Orked menangis. Dia perhati saja dari jauh.

"Orked gembira dengan pilihan Orked?" Soal Aril lembut. Dia tahu adiknya tak gembira langsung dengan pertunangan ini. Walau Orked ini bukan adik kandungnya, mereka membesar sejak dari kecil lagi. Jadi, Orked sudah dia anggap seperti adik kandungnya sendiri. Tambahan pula, dia tiada adik beradik lain. Sebab itu, dia sayangkan Orked. Baginya Orked adalah adik kandungnya. Jadi, sebagai abang dia akan lindung dan jaga Orked. Dan sebagai seorang abang juga, sudah pasti dia mahu Orked hidup dengan bahagia.

Diam.

"Orked tak gembira kan?"

"Orked tak tahu." Jawab Orked perlahan.

"Dari kecil Orked membesar depan mata abang Aril. Walau abang Aril bukan abang kandung Orked, tapi Orked tahu kan yang abang Aril sayang Orked macam adik abang Aril sendiri?"

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now