Special Chapter: 15

2.1K 145 34
                                    

Buk!

Sebuah sepakan padu dihayun pada punching bag yang sedang tergantung. Peluh merintik di dahi dan tepi kepala. Tak puas hati, beberapa biji sepakan dihayun lagi pada punching bag itu.

"Orked Rania, she's my fiance."

Ayat yang sedang bergema kuat dalam fikirannya saat ini buat hayunan kakinya pada punching bag semakin kuat. Tak cukup kaki, tangan pun turut sama menumbuk kuat.

Buk!

Buk!

Buk!

"She's my fiance,"

Buk!

Buk!

Buk!

"My fiance,"

Buk!

Buk!

Buk!

Tendangan padu dihayun pada punching bag sebelum tubuhnya direbahkan kasar di atas lantai gym. Bahagian siling gym dipandang. Dada berombak menahan rasa di dada. Naik, turun dadanya itu bernafas. Mata dipejam rapat.

"She's my fiance."

Bersama kata-kata ini, bayangan tiga hari lepas mula bermain di ruang matanya. Masih jelas lagi di matanya lihat Orked sedang berjalan bersama dengan Rayyan Mateen, anak kepada Tan Sri Rashid, salah seorang ahli perniagaan berjaya. Bila dia hampiri mereka, mahu rebah dia bila Rayyan dengan bangganya mengakui bahawa Orked adalah tunangnya. Lagi teruk, mereka sudah bertunang dalam sebulan lebih yang lepas. Dan dia langsung tak tahu apa-apa mengenai ini. Orked langsung tak beritahunya apa-apa. Tambah teruk lagi ialah bila dia harus tahu semua ini dengan cara begini. Bila lihat saja tangan kecil Orked berada dalam genggaman Rayyan, buat relung hatinya saat itu membuku geram, marah, kecewa. Semua ada bercampur menjadi satu. Lepas balik dari situ, dia ada cuba call dan chat Orked minta penjelasan, tapi Orked membisu sehingga ke hari ini tak cakap apa-apa.

Gadis yang dicintainya kini sudah dimiliki oleh orang lain. Bertunang, sudah tentu mereka berdua itu akan merancang ke peringkat yang lebih serius. Dan dia dengan bodohnya akan berputih mata saja? Tak! Dia tak akan benarkan semua itu terjadi di depan matanya. Dia harus lakukan sesuatu. Apa lagi lihat wajah Orked yang tak berapa ceria masa itu, buat dia yakin Orked tak rela dengan pertunangan tu. Dia kenal Orked sudah lama, jadi segala ekspresi wajah Orked sudah boleh dia baca. Dia kena lakukan sesuatu. Dia tak peduli apa akan jadi. Dia akan gagalkan semuanya. Tapi, masalahnya sekarang ialah apa yang harus dia buat? Apa yang boleh dia buat supaya pertunangan mereka terputus?

*******************

Kaki direndam ke dalam kolam. Air yang beralun tenang ditatap sendu. Rasa sejuk yang dari tadi mencengkam tubuh, tidak dia peduli. Hanya dia seorang saja di kolam saat ini. Sudahlah waktu sudah jejak ke tengah malam, tapi dia selamba saja duduk lepak di kolam ini. Dia tak boleh nak tidur tadi. Sebab itu dia turun ke kolam waktu ini. Nak menenangkan hati. Lama termenung, entah bila, air mata jatuh ke pipi mulusnya. Perlahan dia seka. Tak tahu kenapa dia jadi cengeng dua tiga hari ini. Padahal sebelum ini dia mana kisah pun orang cakap apa kepadanya. Peduli apa dia.

Tapi, kata-kata Ziyad beberapa hari lepas telah  mengguris hatinya. Dan sebab itu, dia ambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tiga hari sudah berlalu, dan dalam tiga hari ini, kata-kata Ziyad kepadanya semasa di kampung terngiang-ngiang di kepalanya. Bukan dia tak biasa dikata bukan-bukan oleh orang lain, sudah kebal dah dia ditomah macam-macam, tapi tak tahu kenapa, bila kata-kata itu keluar dari mulut Ziyad, dia rasa sedih. Mungkin kerana Ziyad tak macam orang lain. Sebab itu dia terasa sangat bila Ziyad kata begitu kepadanya. Kerana, dia percayakan Ziyad. Dan bila Ziyad musnahkan kepercayaannya, sebab itu dia terluka teruk.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now