"Ivy, you okey?" Soal Datuk Kamal resah. Kedua bahu Ivy dipegang lembut. Ivy yang sedang memicit kepala itu ditatap penuh perhatian.
"Pening..." Bohong Ivy. Kepala sengaja dipicit perlahan. Mata sekejap dibuka sekejap ditutup, pura-pura sakit. Tubuhnya kemudian sengaja dilembikkan. Senyuman sinis tersungging di hujung bibir mungilnya. Kepala dipegang lalu...
"Ivy!" Deras pinggang Ivy dipeluknya bila Ivy seakan ingin tumbang. Ivy menghebatkan lagi lakonannya hingga jatuh terduduk Datuk Kamal di atas kerusi berdekatan. Badannya dijatuhkan dalam pelukan Datuk Kamal. Mengeras kejap tubuh Datuk Kamal bila Ivy tak sengaja terduduk di atas ribanya. Air liur diteguk laju. Begitu laju jantungnya berdegup. Mana tak resah, di atas ribanya ini ada seorang gadis cantik. Seksi pula. Sungguh menggoda jiwanya. Moga-moga dia dapat bertahan. Bertahan dari buat yang tidak- tidak pada Ivy. Ruangan bilik make up dilihat. Dari tadi memang hanya dia dan Ivy saja disini.
"Kepala I pening..." Ucap Ivy manja. Kepalanya dijatuhkan di atas dada Datuk Kamal. Terpejam kejap kedua belah mata Datuk Kamal bila bau wangi haruman rambut Ivy menyucuk-nyucuk hidungnya. Lama begini boleh tewas dia. Mana tidaknya, sekarang ini ada seorang gadis cantik jelita sedang bersamanya. Dengan pakaian Ivy yang terdedah sedikit di bahagian belakang buat dia makin tidak keruan. Tambah pula sekarang ini hanya mereka berdua saja yang ada dalam ruangan bilik make up ini. Lagi bergetar jiwanya.
Teragak-agak Datuk Kamal memeluk pinggang ramping Ivy. Rambut Ivy yang terjuntai di dahi itu dialih ke tepi. Jantungnya makin berirama laju.
"Pening?"
"Hmm..." Rengek Ivy.
"Tadi you okey je?"
"Tak tahu. Tiba-tiba I rasa pening kepala. Bila jalan rasa macam nak tumbang..." Bohong Ivy. Kalau tidak kerana geram dengan isteri kepada Datuk Kamal yang tak habis mengutuknya tadi, memang tidak dia nak buat kerja gila ini. Saja dia buat begini, nak ajar si perempuan tua itu. Kalau mommy dan daddy tahu dia buat kerja gila ini, memang nahas dia nanti. Dia memang tengah tempah kubur ini. Dia buat begini sebab geram dengan isteri lelaki ini, Datin Faridah itu. Tadi sebelum fashion show start, dia dengar Datin Faridah ini mengutuknya bukan-bukan. Kata perempuan tua itu, dia cepat famous dan laku kerana dia jual body. Itu tuduhan yang sangat kejam! Dia tak sejahil itu lagi. Dia tahu Datin Faridah tak puas hati padanya sebab anak perempuan tua itu, si Karina itu tenggelam semenjak kewujudannya. Nak buat macam mana, itu bukan salahnya. Anaknya yang tak laku, jangan salahkan dia dan menuduhnya bukan-bukan. Jadi, dah alang-alang Datin Faridah menuduhnya bukan-bukan. Dia ikut sajalah apa kata perempuan tua itu. Tapi, dia pergi goda suami perempuan itu itu. Rasakan!
"N-nak I tolong?" Soal Datuk Kamal gagap.
"Macam mana?" Soal Ivy manja.
"I-I boleh tolong picit kepala you. Lama-lama mesti ringan sikit sakit kepala you ni..."
"Hmm.." Kepalanya dibenam pada dada Datuk Kamal. Senyuman sinis tersungging di bibir. Tak susah pun nak goda lelaki tua dan gatal ini.
Kepala Ivy dipicitnya lembut. Sambil memicit, seluruh wajah Ivy dijelajahinya. Sumpah, Ivy memang cantik! Anak Puan Sri Iris. Siapa saja tak kenal. Ivy memang menurun kecantikan ibunya. Mata bundar, rambut hitam panjang, badan tinggi lampai, hidung mancung, bibir mungil dan putih melepak. Betul-betul copy paste Mommynya. Padanlah jadi rebutan.
"You balik dengan siapa nanti?"
"I drive sendiri..."
"Boleh ke nak balik nanti macam ni?"
Mata dipejam rapat. Pura-pura sakit. "Tak tahu. Kalau tak boleh, I suruh someone pick up I..."
"Nak saya hantar?"