Special Chapter : 2

2.6K 137 40
                                    

"Mommy..." Rengek Ivy. Deras dia berlindung di belakang daddynya bila mommynya cuba untuk memukulnya. Nasib Daddy datang sama, kalau mommynya saja yang datang memang dah kena debik dia sekarang. Lihat muka mommynya pun dah tahu yang mommy marah sangat-sangat padanya saat ini. Mana tak marahnya kalau dia dah debik anak orang tadi. Sebab itu mommy dan Daddy kena panggil dengan guru disiplin sekolah. Eh, tapi dia ada rakan subahat, siapa lagi kalau bukan Danish. Anak Uncle Dean dan Aunty Qaisara. Itu lah partner in crimenya.

Mata dipejam rapat menahan geram. Geram saja dia mahu debik anaknya tapi itulah anaknya ada back up. Siapa lagi kalau bukan suaminya ini. Manjakan sangat anaknya, sebab itu makin menjadi-jadi perangainya. Dia fikir masukkan anaknya ke sekolah harian biasa bolehlah buat anaknya jadi down to earth, sekali macam apa perangai. Nak buat macam mana, di sekolah ini hanya anaknya dan anak Dean dan Qaisara saja yang datang dari keluarga yang berada. Itu yang menjadi-jadi perangainya. Tak tahu lah berapa kali dah dia datang ke bilik disiplin ini. Setiap tahun. Setiap tahun anaknya dan Dean buat masalah. Dah macam acara tahunan dibuatnya.  Dah tebal dah mukanya ini keluar masuk bilik disiplin. Dah lah anaknya perempuan. Perangai tak semenggah betul. Dah naik pening kepala dia memikirkan anak perempuannya ini. Yang lelaki senang dijaga, yang perempuan selalu buat darah dia tinggi. Lama-lama begini, suatu hari nanti agaknya boleh kena sakit jantung dia.

"Sini!" Ivy yang berselindung di belakang suaminya cuba dicapai tapi suaminya makin melindungi anaknya. Makin baran dia jadinya.

"Mommy janganlah, malu Ivy nanti.." rengek Ivy. Tubuh makin dilindungkan di belakang tubuh Daddynya. Dah la bilik disiplin dekat dengan kantin, ramai tau orang tengok. Rosaklah imej dia nanti. Ada ke patut murid paling popular dan cantik sekali di sekolah ini kena debik dengan Mommy dia. Jatuh lah imej popular dia nanti.

"Tahu pun malu, habis mommy ni tak reti malu datang sini?!" Lengan anaknya dicubit geram. Berkerut muka cantik anaknya. Geram betul dia. Dia memang tak jentik anaknya tapi kali ini dia betul-betul dah tak boleh tahan lagi sabarnya.

"Mommy, sakitlah Ivy..." Lengannya yang putih melepak itu digosok-gosok lembut. Muka cemberut. Tidak suka mommy buat dia begitu.

"Padan dengan muka tu!" Lengan Ivy cuba dicubit lagi tapi ditahan oleh suaminya.

"Dah sayang, kesian Ivy..." Tegah Zafran.

Suaminya dijeling tajam. Inilah suaminya, nak sentuh anak perempuannya memang tak boleh langsung, manjakan sangat. Sebab itu anaknya makin teruk perangai. Ye lah, anaknya tahu kalau dia buat salah pun ada Daddynya akan back up nanti. Itu makin hari makin menjadi-jadi perangai nakalnya. Dia pula yang pening kepala memikir.

"Semua ni salah abang!" Marah Iris.

Diam.

"Abang lah manjakan sangat anak abang tu, sebab itu makin menjadi-jadi perangai dia!"

"Abang tahu, abang minta maaf ya?"

"Dah terlambat!" Jawab Iris.

Anaknya dan suaminya dipandang tajam. Sama saja anak dan bapak ini. Sabar sajalah dia.

Anaknya ditatap tajam. "Dengar sini mommy  nak cakap apa, ini last mommy dengar you buat hal dekat sekolah! Ini last mommy datang bilik disiplin ni sebab you buat hal! Sekali saja lagi mommy terima call yang you buat hal dekat sekolah, penampar mommy singgah dekat muka you. Mommy tak main-main! Apa mommy cakap mommy akan buat! Kalau you tak nak penampar mommy singgah dekat muka cantik you, buka telinga you luas-luas! Selama ni mommy sabar saja hadap perangai you, jangan sampai sabar mommy habis! Faham Ivy Maisara?!" Tanya Iris keras. Mencerlung matanya pandang Ivy.

"Faham Mommy..." Jawab Ivy perlahan. Hesy, mommy ni seramlah. Macam ibu singa pun ada.

Suaminya dijeling tajam. Pedulikan suami dan anaknya, laju Iris berjalan pergi menuju ke arah kereta. Zafran mengeluh perlahan. Habislah dia nanti. Mesti isterinya marah teruk padanya.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now