Special Chapter: Akhir

1.9K 139 86
                                    

Sesekali senyuman manis tersungging di bibir Ian bila melihat Orked yang ralit melakar sesuatu di atas kertas putih. Dari tadi lagi, Orked fokus melukis dan dia pula hanya menjadi pemerhati setia saja. Makanan yang terhidang atas meja sikit saja Orked jamah. Fokus betul melukis. Orked memang suka melukis. Bukan setakat suka saja, Orked memang ada bakat dalam melukis. Tapi itulah Orked tak nak kembangkan lagi bakatnya ke arah lebih jauh. Kata Orked, dia suka melukis hanya untuk tatapan dirinya saja.

Lihat wajah cantik Orked di depannya, dari tadi senyum manis sentiasa terbit dari bibir merah Ian. Dia bersyukur. Alhamdulillah, selepas apa yang telah terjadi sebelum ini, hubungan dia dan Orked sudah semakin baik. Malah, sekarang dia dan Orked sudah merancang ke arah hubungan yang lebih serius. Dia juga sudah berjumpa dengan keluarga Orked meminta maaf atas kelakuannya sebelum ini dan syukur mama dan papa Orked sudi memaafkannya. Mommy dan Daddy juga sudah berjumpa keluarga Orked berbincang tentang mereka dan kini dia dan Orked sudah bertunang sebelum ke peringkat seterusnya. Syukur, semuanya dipermudahkan.

"Cantik tak Ian?" Soal Orked perlahan. Kertas putih tadi diangkat sedikit ditunjuk kepada Ian.

"Cantik..." Balas Ian perlahan. "Tapi lagi cantik si pelukisnya..." Sambung Ian lembut. Dengar itu, terus merona merah wajah Orked kejap. Terus tergelak kecil Ian bila lihat wajah malu Orked itu. Saja dia mahu mengusik Orked. Dia suka lihat senyum manis Orked sebab itu dia mengusik.

"Sweet talker..." Balas Orked.

"Ian tak tipu. Tapi, lukisan Orked memang cantik. Orked tak rasa nak kembangkan bakat Orked?"

"Orked tak yakin," jawab Orked lembut.

"Kenapa?"

"Ian tengok memang lah cantik tapi orang lain belum tentu lagi. Jadi, sebab itu Orked tak nak. Lagi satu, Orked lebih selesa macam ni..."

"Belum cuba belum tahu. Orked selalu mengalah sebelum mencuba. Tak bolehlah macam tu. Try dulu. Kalau Orked tak yakin dengan kebolehan Orked sendiri, siapa lagi nak percaya? Ian bukan nak paksa Orked, Ian cuma rasa sayang kalau bakat Orked tak dikembangkan lebih jauh dan dipendam macam itu saja. Tapi kalau Orked sendiri tak nak, Ian tak boleh nak paksa Orked."

"Ian rasa Orked boleh?" Soal Orked. Bulat saja matanya menatap wajah tampan Ian depannya.

Angguk. "Semestinya. Ian yakin dengan Orked."

"Ian akan sokong Orked. If one day Orked rasa nak kembangkan bakat Orked ke arah lebih jauh, Ian sokong saja. Sebab Orked memang layak."

"Terima kasih Ian." Jawab Orked sambil tersenyum. Ian memang lelaki yang baik.

"Sama-sama sayang..."

Sekali lagi, merona wajah Orked kejap dengan usikan Ian itu. Sudahnya menunduk saja Orked melihat kertas lukisannya. Sesekali tangannya bergerak melakar sesuatu di atas kertas putih itu. Makanan yang dari tadi ada di atas meja baru sikit saja dijamahnya. Dia memang begini. Kalau dia sedang melukis memang dia akan fokus betul. Tak hirau dah tentang perkara lain.

"Ara tak ada chat Ian?" Soal Orked tiba-tiba.

Geleng. "Ian ada try chat Ara, call Ara tanya khabar tapi Ara tak balas. Ian pun tak tahu nak buat apa. Orked pun sama juga ke?" Soal Ian. Selepas dia dan Orked bertunang, dia perasan Ara selalu mengelat dari dia dan Orked. Lukman juga perasan dan ada bertanya pada mereka.

Angguk. "Sampai ke hari ini Ara mengelat dari Orked. Semua chat dan call Orked, Ara tak respons langsung. Orked rasa serba salah sangat. Mesti Ara fikir Orked dah khianati dia..." Ucap Orked perlahan. Raut wajah Orked bertukar keruh. Dia sedih sangat. Siapa tak sedih bila kawan yang dulunya rapat kini dah menjadi semakin renggang. Mereka sudah berkawan 16 tahun lamanya. Dan semuanya musnah kerana hal ini. Kerana cinta, hubungan persahabatan mereka musnah. Untuk itu, dia rasa bersalah.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now