Special Chapter : 11

1.6K 105 34
                                    

Tangan menekan-nekan telefon. Fokus matanya memerhati apa yang terpamer di screen telefon bimbitnya. Sesekali bajunya dikibas perlahan tanda panas. Ergh, sebab inilah dia tak suka balik kampung. Panas, tak selesa semua ada. Rosaklah kulitnya nanti. Sebab itu dia tak suka balik sini. Rumah ini mana sama macam rumah Mommy dan Daddy. Dah lah tak besar mana, panas pula tu. Macam mana dia nak tahan.

"Ehem,"

Tak layan.

"Ehem!"

Tak layan lagi.

"Ehem! Hai tak akan dah pekak kot?"

Anak mata dialih dari telefon. Alisa yang sedang duduk di atas kerusi kayu tak jauh darinya itu ditatap. Dari tadi lagi perempuan gila ini sibuk cari pasal dengannya. Bukan dia tak perasan. Dia dan Alisa memang dari dulu tak pernah sebulu. Sejak dari kecil lagi, ada saja benda nak digaduhkan. Biasanya Alisa lah yang suka cari pasal dulu dengannya. Dia walau nampak begini, dia tak suka cari pasal dahulu kalau orang tak cari pasal dengannya dahulu. Itu pendiriannya. Mommy pun selalu cakap macam itu padanya.

"Muka je cantik tapi pekak," sindir Alisa.

"Ah, thanks sebab puji aku cantik, aku tahu aku cantik." Jawab Ivy bangga. Senyuman mengejek kemudiannya diberi pada Alisa. Sempat Alisa dijeling tajam. Apalagi, makin meluap marah Alisa. Niatnya ingin buat Ivy marah, tapi dia pula yang jadi makin marah. Selalu akan jadi begini.

Gigi diketap tanda geram. Ish! Lain yang dia nak buat, lain pula yang jadi. Tak tahu kenapa, sejak dari kecil lagi dia tak puas hati pada Ivy. Mungkin kerana Ivy yang sedikit lebih segala-galanya dari dia, buat dia rasa cemburu. Ya lah, Ivy itu cantik, kaya, pandai pula. Model terkenal lagi. Cukup pakej orang kata. Dia kalau duduk sebelah Ivy, gamaknya orang ingat dia pembantu rumah Ivy.

"Dah kenapa kau tiba-tiba mimpi nak duduk sini masa cuti semester? Dah buang tebiat?" Soal Alisa. Sakit hati dia, bila dapat tahu yang Ivy akan duduk sama di rumah ibu Zara. Dia tak suka Ivy ada di sini. Bukan apa, dia selalu juga perasan, abang Ziyad kalau ada Ivy, mesti lagi tak kisahkan dia. Tak tahulah kenapa. Penat saja dia datang jauh-jauh tapi kena palau macam gitu saja. Ivy yang santai saja, dapat lebih perhatian dari abang Ziyad. Mana adil! Abang Ziyad pilih kasih! Dia pun sepupu abang Ziyad juga macam Ivy. Kenapa perlu layan Ivy lebih-lebih pula?

"Kau tak dengar ke semalam ibu Zara cakap apa? Kau ke aku yang pekak sekarang ni?"

"Kau jawab elok-elok tak boleh ke? Aku tanya elok kan!" Jawab Alisa keras. Tajam matanya menikam wajah cantik Ivy. Perempuan ini selalu saja bermulut pedas. Geram saja dia mahu cili.

Percakapan Alisa langsung tidak dipeduli.

"Kau datang sini sebab abang Ziyad kan?"

Terus terangkat wajah Ivy.

"Kalau aku datang sini sebab dia pun apa masalah kau?" Tajam anak mata Ivy menikam wajah Alisa. Dah agak dah Alisa tak puas hati dengannya sebab ini. Muka tak boleh cover langsung. Desperate sangat sukakan Ziyad.

Alisa ketawa sinis kejap. "Aku dah agak dah, kau datang sini sebab nak menggatal. Muka macam kau bukan boleh percaya—"

"Excuse me perempuan, aku datang sini sebab Mommy dan Daddy aku yang suruh. Kau tu yang datang sini sebab nak menggatal kan? Kau ingat aku gatal merenyam macam kau ke?" Soal Ivy.

Gigi diketap tanda geram.

"Kau ingat aku percaya?" Soal Alisa geram.

"Aku peduli apa kau percaya ke tak. Kalau aku nak duduk sini setahun pun apa masalah kau? Kau lupa rumah ni rumah siapa? Rumah mak saudara aku. Kau tu yang kena sedar diri, jangan sampai aku bangkit asal usul kau kat sini!" balas Ivy. Jelingan tajam bak belati diberi pada Alisa.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now