Special Chapter: 8

2.2K 143 18
                                    

Pintu bilik adiknya dikuak perlahan. Buka saja pintu, nampak sosok adiknya sedang duduk menyandar di atas katil. Muka sedih semacam. Semalaman adiknya diam berkurung dalam bilik. Tak keluar. Apa lagi kalau bukan sebab tanda protes pada Mommy sebab Mommy suruhnya duduk di Kelantan. Mommy pula buat tak layan saja dengan protes adiknya ini, lagi lah sedih adiknya. Tapi dia tahu Mommy risau. Cuma Mommy tak tunjuk saja depan dia dan Daddy.

Kaki dibawa mendekati katil adiknya. Bulat saja kedua mata bundar itu memandang sosok dia.

"Abang Ian..." Mulut Ivy melengkung sedih.

Sampai saja di tepi katil Ivy, Ian labuhkan duduk di situ. Air mata yang mengalir di pipi Ivy diseka lembut. Hai, manja sungguh adiknya seorang ini.

"Kenapa nangis-nangis ni? Tak cantiklah,"

"Abang Ian. Ivy tak nak balik kampung dekat Kelantan... Ivy tak nak..." Kepala digeleng tanda tak mahu. Air mata makin merembes di pipi.

"Ivy duduk sana kejap je. Kelantan okey apa? Ada Ibu Zara, ada abah Tuah, ada abang Ziyad, ada Tia boleh teman Ivy nanti. Nanti lepas habis cuti semester Ivy baliklah sini semula. Kejap je,"

"Ivy tak nak... Ivy tak nak duduk sana..." Kepala digeleng-geleng lagi tanda tidak mahu. Lengan sasa abangnya digengam kemas. Tak tahu pada siapa dia nak minta tolong. Selalu Daddy akan menyebelahinya, tapi kali ini Daddy menyebelahi Mommy. Dia sedih, dia betul-betul tak nak duduk di Kelantan. Tak dapat bayangkan dia duduk di Kelantan selama beberapa bulan tanpa segala kemewahan yang dia ada selama ini. Dia tak nak! Dia tak akan mampu hidup keadaan begitu.

"Kejap je. Nanti balik abang Ian belanja Ivy coklat banyak-banyak okey? Deal?" Jari kelingkingnya disua pada Ivy namun cepat ditepis oleh Ivy.

"Ivy tak nak!" Marah Ivy.

Kepala yang tidak gatal digaru.

"Ivy tak nak balik kampung dekat Kelantan. Ivy tak nak duduk sana. Abang Ian tolonglah Ivy. Abang Ian pujuklah Mommy dengan Daddy nanti. Ivy tak nak duduk sana... Tolonglah Ivy..." Lengan sasa abangnya digoncang-digoncang kuat. Mata makin kuat tumpahkan air mata.

Keluhan lemah Ian lepaskan. Dia kesian pada adiknya. Tapi itulah dia tak boleh nak buat apa.

"Abang Ian bukan tak nak tolong Ivy, abang Ian pun kesian dekat Ivy tapi abang Ian tak boleh buat apa-apa. Daddy mungkin abang Ian boleh slow talk lagi, tapi Mommy? Ivy sendiri pun tahu kan Mommy macam mana?" Soal Ian lembut.

Melengkung bibir mungil Ivy akibat terlalu sedih.

"Ivy duduk sana kejap je okey? Tak lama pun. Tia ada boleh teman Ivy nanti. Abang Ziyad pun ada.  Diorang semua okey je. Jangan risau okey?"

"Ivy tak nak..." Jawab Ivy sebak.

"Kejap je—"

"Ish, Ivy tak nak!" Tangan Ian yang ingin mengusap rambutnya terus ditepis laju.

"Abang Ian keluar! Ivy tak nak tengok muka abang Ian dalam bilik Ivy!" Tubuh abangnya kemudian ditolak kuat ke belakang. Dan tanpa banyak kata, tubuhnya dibaringkan di atas katil membelakangi abangnya itu. Teresak-esak Ivy menangis. Abang Ian pun sama macam Daddy. Sampai hati abang Ian tak nak tolong dia. Dia bukan minta apa, dia cuma minta abang Ian pujuk Mommy saja supaya tarik balik semua ini.

Lah pulak. Kepala yang tidak gatal digaru lagi. Kan dah cakap princess seorang ni perangainya susah nak dijangka. Kejap kucing, kejap singa.

"Abang Ian keluar, Ivy tak suka abang Ian..." Ucap Ivy dalam keadaan sedih. Nak tergelak rasa Ian dengarnya. Dah imun dah dia dengan ayat ini.

"Abang Ian keluar dulu ya? Goodnight adik abang." Rambut Ivy diusap-usap lembut kejap. Itulah nakal pun tetap adiknya. Ada kan pening kepala nak melayan, tak ada kan rindu pula.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now