Special Chapter : 4

2.1K 142 24
                                    

Pang!

Terteleng kepala Syera ke tepi bila pipinya ditampar kuat oleh Ivy. Tangan menekup pipi. Pijar terasa pipinya. Tapi bukan itu yang penting sekarang, yang dia kisah sekarang ialah rasa sakitnya pada Ivy. Ivy yang berdiri tak jauh mana darinya itu ditatap tajam macam mahu telan!

"Kurang ajar!" Kaki menapak laju ke arah Ivy. Dia tak kira, dia nak tampar Ivy lagi sekali. Berani Ivy menamparnya. Ivy ingat dia akan biarkan saja. Memang tidaklah. Dia bukan perempuan lemah!

"Dah la Syera!" Tegah kawan-kawannya yang lain. Lengan Syera dipegang dan direntap jauh dari Ivy. Mereka-mereka yang lain pula hanya memandang saja. Ada yang mengeluarkan telefon bimbit dan merakam perbalahan ini dari tadi. Mereka dah biasa dah tengok fenomena ini.  Kenapa? Ivy memang kaki gaduh. Setiap bulan ada saja masalah yang dia buat. Tapi itulah anak orang kaya kan, jadi pihak universiti nak ambil tindakan padanya pun tak berani. Mana nak beraninya, Ivy itu anak Tan Sri. Tan Sri Zafran. Siapa tak kenal. Ahli perniagaan berjaya. Itu belum cerita tentang mommynya lagi. Mommy Ivy pemilik butik yang terkenal di Kuala Lumpur. Puan Sri Iris Mikayla, siapa saja tidak kenal.

Siapa tak kenal Ivy Maisara? Satu universiti tahu dan kenal gadis cantik dan kaya raya ini. Dekat sosial media pun berlambak muka gadis popular di universiti mereka ini. Selain dari seorang pelajar universiti, Ivy juga merupakan seorang model. Model rebutan! Apa saja barang yang dipakainya pasti akan sold out di website nanti!

Hinggakan orang menyebut Ivy ini ada midas touch. Ye lah apa saja yang dia pakai, apa saja yang dia pamer, apa yang dia tunjuk pasti akan habis dan laku keras nanti. Selain dari itu, orang juga tertarik pada wajah juteknya. Ivy, susah untuk senyum. Hinggakan orang menggelarnya ice princess. Itu aura yang buat dia menarik.

"Lepaslah! Lepas! Lepaskan aku! Biar aku tampar muka perempuan tak guna ni!"

"Dah lah Syera! Orang tengok lah!"

"Biar! Biar orang tengok! Biar semua orang tahu perempuan ni perempuan gatal! Kekasih orang pun nak sebat! Dasar perempuan murah!"

Terus ketawa Ivy. "Apa? Kau cakap aku apa tadi?" Soal Ivy biasa namun bunyinya keras.

"Aku cakap apa? Aku cakap kau perempuan gatal! Aku cakap kau perempuan mu—"

Pang!

Sekali lagi terteleng kepala Syera ke tepi. Tangan    sekali lagi dibawa menekup pipi. Makin panas pipinya. Naik turun dadanya saat ini menahan marah. Ivy di depan ditatap tajam. Rasa merah matanya saat ini. Gigi dikacip kuat bila anak matanya menangkap senyum di bibir mungil Ivy. Nampak macam tengah mengejeknya pun ada juga. Kurang ajar! Dia tak kira, kali ini dia akan ajar Ivy cukup-cukup. Berani-beraninya Ivy menghinanya begini. Tak pernah lagi dalam hidupnya dia dihina sebegini rupa. Ivy memang tengah cari nahas! Ivy memang harus diajar!

"Kau memang nak mati!" Tangan diangkat tinggi untuk menampar wajah Ivy. Namun, belum sempat tangannya cecah ke pipi putih Ivy.....

"Stop!" Tempik seseorang.

"Stop! Stop! Stop!"

"Danish?"

Semua mata tertumpu pada seorang lelaki. Siapa? Siapa lagi kalau bukan kawan baik si Ivy, Danish. Danish Qaiser. Kawan sehidup semati Ivy. Mana Ivy pergi, ada saja muka si Danish ini.

"My baby....."

Ivy menggulingkan matanya ke atas. Danish yang sedang berlari ke arahnya dipandang tanpa perasaan saja. Macam nak marah pun ada.

"Ivy, kau okey? Syera buat apa dekat kau? Kau beritahu aku. Dia apa-apakan kau ke?" Tubuh Ivy dipusing belakang dan depan. Mahu tengok kot- kot ada luka ke. Peluh di dahi dikesat sekilas. Punyalah laju dia berlari ke sini bila dapat info yang Ivy tengah bergaduh dengan seseorang.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now