Special Chapter: 14

1.9K 139 24
                                    

Dari tadi, tak habis Tia tersengih. Seronok dapat bercakap dengan crushnya. Masih ingat lagi dia dalam dua minggu lepas, nak terlompat dia bila tiba-tiba saja pujaan hatinya chatnya bertanya khabar dia. Setelah dua tahun dia menghantar pesanan chat, baru hari ini pesanannya dibalas.Walau rasa pelik, tapi dia tak kisah. Yang penting apa yang dia mahukan selama ini sudah terjadi.

"Ehem, Tia ada dekat mana?"

"Ada dekat dalam bilik. Kenapa?"

"Tak ada apa, Danish tanya je." Jawab Danish.

Danish? Ya, Danish ialah crushnya. Masih ingat lagi dia, pertama kali dia bertemu dengan Danish buat kali pertama ialah semasa berada di rumah Ivy di Kuala Lumpur. Masa itu Tok Daddy, iaitu atuk kepada Ivy dan abang Ian meninggal dunia, jadi dia dan seluruh keluarga ke Kuala Lumpur.

Hari itulah saat pertama kali dia bertemu dengan Danish. Danish juga ada disana bersama dengan ahli keluarganya. Saat pertama kali lihat Danish, dia sudah jatuh cinta. Tak tahu macam mana, dia beranikan diri masa itu minta nombor phone Danish dan Danish pun bagi. Lepas pulang ke Kelantan, dia beberapa kali cuba chat Danish, tapi langsung tak dibalas. Setelah dua tahun berlalu, dua minggu lepas, Danish tiba-tiba chatnya. Melompat dia kerana terlalu gembira.

"Danish buat apa?" Soal Tia pula ceria.

"Tak ada buat apa pun. Sembang dengan Tia," jawab Danish ringkas. Kalau bukan sebab nak tahu tentang Ivy, memang tidaklah dia tiba-tiba nak berchat dan bersembang begini dengan sepupu Ivy, Tia ini. Usaha dia cari balik nombor phone Tia sebab nak tahu tentang Ivy. Iya lah, Tia kan dekat dengan Ivy. Atleast dia tahu Ivy baik-baik di sana pun dia sudah okey walau Ivy masih tak balas dan jawab callnya. Walau dia terpaksa guna Tia, dia peduli apa. Yang penting buat dia sekarang ialah Ivy baik-baik saja disana.

"Danish-"

"Ivy buat apa hari ni, dia okey?" Potong Danish.

"Ivy? Soal Tia.

"Ya," jawab Danish pantas.

"Okey je. Macam biasa. Cuma, dua tiga hari ni, Ivy macam terlebih diam. Selalu dia memang tak banyak cakap, tapi dua tiga ni dia nampak lain."

"Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat Ivy ke dekat sana? Ivy tak sihat ke? Tia tak tanya Ivy kenapa-"

"Er, Danish sabar boleh? Tia tak habis cakap lagi," potong Tia laju. Muka berkerut tak senang.

"Ivy okey je. Tak sakit apa pun. Mungkin Tia je yang perasan lebih. Danish jangan risau,"

"Betul?" Soal Danish resah.

"Betul." Jawab Tia yakin.

"Ya Allah, alhamdulillah...Lega hati Danish ni dengar. Tia tolong tengokkan Ivy boleh dekat sana? Bukan apa, Ivy kan mana biasa duduk kampung, dengan panas semua tu. Kalau Ivy demam ke, Tia paksa dia makan ubat. Budak tu susah nak makan ubat sikit. Boleh kan Tia buat semua tu untuk Danish?" Tanya Danish lembut.

"Er, boleh." Jawab Tia tak berapa ikhlas.

"Terima kasih Tia. Danish hargai sangat,"

"Sama-sama. Hmm, dah la sembang tentang Ivy. Kita sembang hal lain pula boleh? Danish-"

"Ya Allah! Danish baru ingat. Danish ada hal nak buat. Urgent! Nanti Danish call balik ya? Bye Tia!"

Tut! Talian ditamatkan.

Terkebil-kebil Tia lihat telefon bimbitnya yang tadinya cerah dan kini hanya terpampang screen kosong saja. Telefon diletak ke tepi. Belakang badannya disandar di kepala katil. Patung kecil yang berada di tepi bantalnya diambil dan diletak ke atas ribanya. Mata memandang siling bilik.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now